TIADA satu patah kata yang keluar dari mulut Aidan. Lelaki itu cuma berdiam sejak kejadian tempoh hari. Ini semua gara-gara dia sibuk menyampaikan cerita.
“Daneen tahu abang salahkan Daneen.” Bicara Daneen dibiarkan pergi dibawa angin lalu. Dia memimpin Daneen sebelum kakinya diatur masuk ke dalam kereta semula.
Telefonnya terjatuh sebelum sempat masuk ke dalam kereta bagi mengalihkan kenderaannya ke garaj.
“Kalau nak diam je bila Daneen cakap, baik Daneen cakap dengan dinding je!” Daneen terus meluahkan rasa yang menebal di hati. Dia tahu ini semua salahnya. Tetapi, dia pun tak sanggup bila lelaki itu mengabaikan setiap perkataannya.
Air matanya dikesat kasar. Dia melangkah ke arah pintu pagar, baik dia lari je. Aidan tidak dipandang lagi. Aidan hendak meninggalkannya seorang diri di rumah. Dia pun boleh.
“Daneen,” panggil Aidan. Akhirnya terpancul juga suara si pemilik hati.
Mendengarkan itu, dia langsung berdiri. Tapaknya bergegas mendapatkan Daneen.
“Dah abaikan Daneen sangat, kan? Kenapa kejar.” Mudah sahaja dia mengalirkan air mata. Sedih, suaminya mengabaikannya selama dua hari. Hanya kesihatannya sahaja dipeduli.
Tangan Daneen diraih. Tipulah dia tidak terkesan saat terpaksa mengunyah perkataan yang ingin keluar. Dia tidak menyalahkan Daneen. Tetapi, hubungannya dengan Hayden yang kian keruh membuatkan dia tidak tenang.
Perlahan kepala isterinya dirapatkan ke bahu.
“Jangan comel sangat, sayang.” Perasaan Daneen penting. Dia terlalu memikirkan Hayden menyebabkan dia merasakan dia perlukan masa.
“Apa yang comelnya? Abang abaikan apa yang Daneen cakap dari dua hari lepas, Daneen akui salah Daneen, tapi Daneen tak boleh kalau sehari tak dengar suara abang,” luah Daneen penuh sebal.
“Tak boleh kalau sehari tak dengar, lepastu yang nak lari ni?” Mereka berlawan bisik.
Masing-masing mulai ditujah rasa indah di hati.
“Maafkan Daneen,” ucap Daneen sebelum meleraikan pelukan, memandang wajah Aidan. Mengenangkan cuaca yang agak panas, dia menarik tangan Daneen ke bawah kanopi mewah di rumah itu.
“Abang yang patut minta maaf, abang tak patut abaikan Daneen. Abang rasa bersalah terhadap Hayden, abang nampak selama ni apa yang jadi, tapi abang pejamkan mata. Abang rasa abang yang tak dapat sepenuhnya kasih sayang mama selepas hadirnya adik-adik abang,” luah Aidan sejujurnya. Dia menunduk dan perlahan-lahan air matanya jatuh, dia ketawa kecil.
“Abang tahu abang dah patutnya matang, fikir yang anak sulung seharusnya beralah.”
Daneen merenung hiba si suami yang sedang meluah.
“Abang sebenarnya bukan tak dapat, tapi tak bersyukur, padahal Hayden dari kecil susah nak merasa kasih sayang mama.”
“Daneen, dari kecil lagi tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu. Belaian, sentuhan, tatapan, semua tu cuma mimpi je kalau Daneen berangan atau terfikir boleh dapat. Daneen tak pernah faham pun perasaan macam mana jadi anak sulung, tapi dari sudut pandangan Daneen, mama cuma sentiasa berbelah bagi.
Mama pun seorang yang masih bekerjaya, bila anak-anak dia dah besar, dia mesti rasa semuanya dah tak perlu sangat kasih dia. Ini apa yang Daneen beranggapan je. Macam mana pun hakikatnya, mama sayang semua anak dia sama rata.
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
RomancePerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...