Sebulan kemudian...
KEDENGARAN ringtone orginal classic berbunyi nyaring di telefon Nokia 3310 menandakan ada panggilan masuk.
“Arghh!!!” Jane merengus kasar. Siapakah yang gatal nak call time-time macam ni? Aku nak tidur pun tak senang! Rungutnya dalam hati.
Tanpa melihat nama si pemanggil, punat hijau ditekan kasar. Hatinya panas apabila lenanya diganggu. Sudahlah hendak mendapat lena bukan main susah! Kalau boleh dibeli kan senang! Belum sempat berkata hello kedengaran suara kasar terlebih dahulu menyapanya.
“Woi, perempuan!”
“Kenapa kau lambat sangat nak angkat telefon? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke, hah?” Kuat suara di sebelah sana memetir memarahinya. Lelaki! Tetapi itu tidak sedikitpun menggetarkan hati Jane. Dia sudah biasa. Kenal sangat dengan suara si pemanggil.
“Aku tidur,” jawab Jane selamba. Tangan naik menutup mulut yang menguap. Mata yang terasa melekit, dikesat malas.
“So? Kalau tidur tak boleh nak angkat?”
“Dah angkat kan ni? Nak apa?”
“Huh!!!” Lelaki itu merengus sebelum menyambung kata.
“Kurang ajar kau kan sekarang? Kau dah lupa ke pasal Sakinah? Ke kau nak aku ingatkan balik?” Dia menjerkah Jane kuat. Baginya, wanita muda itu perlu diberi amaran supaya tidak naik memijak kepalanya suatu hari nanti.
Mendengarkan ugutan tersebut, hati Jane terasa kecut. Seram. Hati cuba bertenang. Ana, api jangan lawan dengan api. Pesan hatinya pada diri sendiri. Tangan spontan naik mengurut dada. Kus semangat!
“Aku tak lupa dan aku takkan pernah lupa dengan apa yang kau dah buat!” balasnya.
“Good girl!” kata lelaki itu. Kali ini diiringi ketawa terbahak-bahak. See? Baru gertak sedikit, dah kendur!
Huh! Good girl, good girl! Tak habis-habis good girl!
Jane benci mendengarnya. Lelaki itu memang durjana. Tak layak hidup di muka bumi Allah ini. Jane mengetap bibir. Sekarang memang dia tidak berkuasa. Sabar yang membuatkan dia bertahan selama ini.
“Sekarang ni kau nak apa sebenarnya, Helmi? Takkan kau tak tahu waktu sekarang kan aku tengah tidur?” tanya Jane saat terpandang jam yang baru menunjukkan pukul 10.30 pagi.
Helmi a.k.a Bigboy, rakan sekampung Jane. Mereka berdua sebaya. Helmi sudah lama bekerja di Korea. Ramai orang kampung memandang tinggi tetapi dia sebenarnya talam dua muka. Dan, lelaki ini jangan disimbah api apabila dia tengah marah. Bunuh kerja biasa baginya.
Dalam cuba bertegas, kadang-kadang Jane juga rasa tidak senang hati. Kalau dia buat aku macam yang dia buat dekat Sakinah hari tu kan naya!
Teringat akan peristiwa pahit itu serta-merta hatinya tidak keruan. Resah! Perkara yang paling pahit dalam hidupnya. Kesian kawan baiknya, Sakinah. Apa yang harus dia jawab sekiranya bertemu mata dengan ibu Sakinah?
Kolam mata sudah mula berair. Ya Allah, kau tempatkanlah Sakinah Mawwadah bersama orang-orang yang beriman dan orang yang kau kasihi. Sempat, doa dipanjatkan kepada Ilahi buat teman baiknya.
“Woi! Kau dengar tak apa aku yang cakap ni?” Helmi menjerit di talian.
Bagaikan tersedar daripada tidur yang lama, Jane menggelabah kebimbangan. Boleh pula dia mengelamun jauh teringat pasal Sakinah. Tidak sedar air mata dari tadi lagi merembes keluar. Serta-merta tangan mengesap air mata daripada berterusan gugur. Sudah setahun peristiwa itu berlalu. Rindunya pada teman baiknya yang satu itu. Dia tidak sekuat Sakinah.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...