BANGUNAN setinggi 20 tingkat yang tersergam indah di hadapan mata, Daniel pandang dengan rasa yang berbelah bahagi.
Bangunan perumahan yang terletak di tengah-tengah Kota Seoul itu telah mengubah sedikit sebanyak hidupnya hanya dalam masa satu hari.
Ikutkan hati, ingin sahaja apartmen yang pernah dia bayar sewa untuk bekas teman wanitanya itu, dia tamatkan kontraknya dengan pemilik. Namun begitu, aturan takdir telah membawanya sekali lagi ke tempat itu dan kali ini dengan matlamat yang berbeza.
Daniel menghela nafas dengan tenang.
Bagasi di tangan sudah bersedia untuk ditarik. Keputusan yang diambil bukanlah hanya rasa simpati kepada gadis itu semata-mata tetapi demi memenuhi kehendak diri sendiri.Kehendak hati yang tidak lagi dalam keadaan tenang setelah mengenali Jane. Keinginan untuk membawa Jane pulang ke tanah air semakin membuak-buak pada saat ini.
Tanpa mengira kerugian dan penyesalan yang mungkin akan dihadapi, dia melangkah dengan tenang untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Masuk ke dalam kehidupan Jane dan pelajari tentangnya.
●●●●●
“ANA!!!”
Saleha memanggil kuat teman serumahnya itu. Dia yang sedang menyusun pinggan di meja makan sekali sekala menyudu kuah sup ayam masakannya ke mulut. Yeah! Secukup rasa!
“Akak, sedap ke sup ayam tu?” tanya Qistina yang muncul tiba-tiba dari bilik mandi. Tubuhnya juga masih dalam keadaan berkemban tanda dia baru saja selesai membersihkan diri.
“Eh, mestilah sedap! Tengoklah siapa masak?” puji Saleha pada diri sendiri.
“Ceh! Memanglah sedap kalau diri sendiri yang rasa! Cuba akak bagi orang lain yang rasa? Deria rasa masing-masing tak sama la kak!” usik Qistina.
“Ah, banyak lah kau! Nak makan ke tak ni? Kalau nak makan pergi pakai baju. Jangan nak buat aksi 18SX pulak depan rezeki ni. Lepas tu, Panggil Kak Ana sekali!” suruh Saleha. Usai menghidang makanan, dia membancuh air sirap bandung pula.
Qistina mencebik mulut. Namun begitu, senyuman tercetus di bibirnya. Terima kasih kak sebab buat orang rasa macam ada keluarga dekat sini! Cetus hatinya.Saleha yang dua tahun lebih tua daripadanya sangat dia hormati dan sayangi. Sama juga dengan Jane dan Laila. Bilik dituju bagi menukar pakaian yang lebih sesuai untuk menghadap rezeki.
●●●●●
“WAH!!!” jerit Jane dengan wajah bersinar-sinar
“Banyaknya kau masak Leha! Tapi kenapa semua nampak macam favorite aku aje?” tanyanya kehairanan setelah melihat begitu meriah sekali hidangan yang terpapar di depan matanya.Rajin betul housmatenya itu masak banyak-banyak. Ada sup ayam, ikan siakap masak tiga rasa, sambal belacan, dan banyak lagi. Air pula sirap bandung.
Qistina dan Saleha tersenyum manis mendengar pertanyaan itu. Mereka berdua kemudian merapatkan diri kepada Jane. Tangan gadis itu dicapai dan diusap lembut.
Jane yang melihat perlakuan kedua housmatenya terpinga-pinga.
“Ana... hari ni aku dengan Qis dah berpakat nak luangkan masa dengan kau. Aku takut sangat kalau-kalau Bigboy tu bawak kau lari cepat-cepat dari sini dan masa tu kita orang mungkin akan menyesal kalau tak buat benda ni pada kau. Aku tak nak benda yang sama berulang. Kalau dulu arwah Sakinah dah gugur, kali ni aku pun tak nak kau hadap benda yang sama!” jelas Saleha.
Kolam matanya mula bergenang. Begitu juga Qistina. Jane apatah lagi. Orang yang diraikan memang akan terasa lebih daripada orang yang meraikan.
“Ye kak! Orang pun tak nak hilang siapa-siapa lagi.” Qistina pula bersuara berpesan.
Tangisan Jane pecah juga akhirnya.
“Kenapa korang tak marah saja aku atas apa yang Bigboy dah buat dekat korang hari tu? Kenapa korang perlu raikan aku? Aku tak layak! Aku banyak susahkan korang tapi korang masih nak anggap aku kawan!” luah Jane dengan esakan yang ditahan-tahan.
Qistina dan Saleha juga turut sama teresak.
Kedua-kedua mereka terasa hiba apabila mendengar Jane meluahkan isi hati. Selama perkenalan mereka bertiga, tidak pernah sekalipun mereka berdua menyimpan dendam terhadap wanita muda itu.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...