“KAU bersiap-siap nak pergi mana?” tanya Kang Ha-Joon kepada Daniel yang sedang mengisi mi dan kuah kari ke dalam bekas makanan tertutup.
Melihatkan Daniel yang lengkap berpakaian kemas bagaikan bersedia untuk berjumpa seseorang telah menimbulkan perasaan tidak keruan di hatinya.
Daniel buat tidak layan dan tangan asyik dengan kerjanya. Menutup bekas makanan yang terisi bersama senyuman manis di wajah.
Ha-Joon mendengus geram. “Aku tanya ni, kau bersiap-siap hendak pergi mana?”
Daniel mengeluh keras. “Aku pernah cakap kan, jangan ambil tahu hal aku! Ada faham Encik Sengal?”
“Encik Sengal? Apakah?”
“Tak perlulah kau tahu!”
“Kau!!! Huh!” dengus Ha-Joon malas meneruskan perbalahan. Dia kemudian mencapai kasut putih jenama Adidas untuk disarungkan di kaki. Mengikat tali kasut itu dengan perasaan mula gembira. Dia nak jumpa Jane. Hendak terangkan segala-galanya agar gadis itu tidak kekok bila berada bersamanya.
“Kau nak pergi mana?” Daniel pula yang bertanya. Bersiap bagai nak rak. Jangan-jangan... Daniel terfikir sesuatu.
“Seperti kau tak nak aku ambil tahu pasal kau, kau pun tak perlu la tahu aku ke mana!” jawab Ha-Joon selamba bersama senyuman sengaja disengetkan.
“Kau nak pergi apartmen Jane?” teka Daniel dengan suara sedikit bergetar.
Ha-Joon pamer riak sombong. Dia kemudian berjalan keluar dan terus mata meliar mencari nombor unit apartmen Jane.
Tak boleh jadi ni! Bisik hati Daniel. Dia sudah bergegas untuk menyarung kasut. Bersama rasa sedikit termengah-mengah, dia tidak lupa untuk membawa bersama bekalan tersebut. Keluar sahaja dari pintu, mata melihat Kang Ha-Joon sudah tiada di situ. Hati kembali rasa sakit. Dia tahu yang dia kena cepat. Cepat daripada lelaki itu untuk tiba di apartmen Jane.
●●●●●
“KAK ANA! Ada orang nak jumpa!” jerit Qistina di hadapan muka pintu. Dia melihat kunjungan itu dengan reaksi tidak percaya. Jejaka kacak mana ni yang telah mengenali Kak Ananya? Qistina sembunyi senyum.
Betul-betul popular Kak Ana ni! Tak sangka orang Korea boleh melekat memandang Kak Ana. Sampai berkunjung ke rumah mereka pula tu! Tapi nanti dulu! Entah-entah penjahat. No, jangan bagi dia masuk Qis. Pastikan dengan Kak Ana dulu.
“Kak Ana cepat! Ni ada lelaki kata dia nak jumpa akak. Qis tak boleh bagi dia masuk. Kita tak tahu siapa dia!” jerit Qistina. Dia akhirnya memandang kunjungan itu dengan pandangan tajam. Buang niat jahat kau, kalau hendak apa-apakan kami! Desis hatinya.
Ha-Joon hanya tersengih. Takut juga dia kalau-kalau salah alamat. Diperhatikan beribu kali juga tadi supaya tidak silap. Rasanya betul dah!
“Siapa Qis?” tanya Jane yang muncul dari bilik bersama tuala membungkus rambut tanda baru selesai mandi.
“Entah! Marilah tengok Kak!” gesa Qistina.
Jane pasang wajah pelik. Kaki akhirnya menapak ke arah Qistina. Dan saat memandang ke arah kunjungan yang sedang elok sedekah senyuman manis kepadanya, kejung terus tubuhnya. Serta-merta ayat ‘I miss you’ menerjah ingatan. Dia buat apa dekat sini? Gerutu hatinya.
Ha-Joon gembira yang amat saat melihat sosok tubuh yang dia sentiasa rindukan itu, tetapi tidak lama senyumnya di bibir kerana melihatkan Jane yang senyap dan terlihat sangat terkejut, dia terasa gusar pula.
“Err, Jane, saya boleh jelaskan pasal malam tu!”
Jane masih diam tetapi reaksinya tidak teruk seperti tadi. Jane menyuruh Qistina masuk dulu. Nafas dihela dengan baik.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Lãng mạn○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...