♤ BAB 3 ♤

205 15 3
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia.

“KAU prepare semua ni?” 

Hariz bertanya sambil ketawa kecil selepas melihat ada tiga barangan yang begitu mewah di atas meja di bilik pejabat Daniel.

Masuk-masuk sahaja ke dalam pejabat itu sudah terhidang dengan purse jenama Gucci, cincin emas putih dan rantai berlian terletak cantik di tempat beradunya.

Daniel pandang Hariz sebentar kemudian angguk mengiakan. Dia menggosok perlahan barangan tersebut dengan sapu tangan. Sesekali dia meniup habuk kalau-kalau ada yang melekat. Kena pastikan ianya bersinar cantik.

Hariz pula telah duduk di kerusi di hadapan meja Daniel. Dijeling sekilas tanda nama meja yang tegak terletak. 

Daniel Hazim bin Zamarul. CEO DH Beauty’s Holding Sdn. Bhd.

Hujung jari Hariz menyentuh ukiran huruf-huruf nama tersebut dengan bersahaja. Mata meliar kepada tuannya pula. Memandangnya lama dengan rasa bangga.

Sepupunya itu sangat cermat orangnya. Wajah yang putih bersih. Pakaian kalau boleh jangan ada cela. Mesti bergosok dan bebas kedutan. Kalau tak, boleh hangin mood dia seharian. 

Hariz kenal benar dengan Daniel yang sangat pentingkan penjagaan diri dan kebersihan sekitar. Daniel suka untuk melihat benda-benda bersinar tanpa debu. Walaupun begitu dia bukanlah seorang penghidap germophobic terlampau.

Jangan risau. Daniel masih boleh dibawa berbincang. Taksub dengan kebersihan yang melampau tidak elok juga untuk kerja seharian.

Menurut Daniel, cukuplah untuk badan sentiasa terjaga dan tempat tinggal yang bebas kuman. Itu bukan sahaja menjamin kehidupan yang sihat bahkan menjamin kebahagiaan keluarga. Dan atas dasar itu, dia memilih bisnes itu sebagai bidangnya. 

Pada usianya 27 tahun, dia sudah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif syarikat. Sebuah syarikat produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan slogan 'Back to Natural Beauty'. Mengingatkan hal itu, Hariz tersenyum. 

Hariz tahu niat asal penubuhan syarikat tersebut. Penting sangat bagi Daniel. Timbulnya syarikat itu adalah untuk menghilangkan parut kekal yang dialami oleh semua orang tidak kira lelaki atau wanita sedunia. Dan, atas dasar pengalaman peribadi Daniel, akhirnya tertubuh jua syarikat itu namun objektif asalnya masih belum tercapai. 

Banyak juga halangan yang terpaksa Daniel hadap semasa awal-awal penubuhan. Mujurlah ada dia yang sentiasa memberi semangat. Dia juga memegang jawatan besar di syarikat itu, iaitu sebagai CFO.

Pop!

Bunyi ketikan jari tepat di muka menyedarkan Hariz pada dunia realiti. Terus dia membetulkan kedudukan sambil tersengih-sengih malu.

“Kau menung apa?” Daniel menyoal. Pelik sangat dengan tingkah sepupunya yang tiba-tiba senyap.

“Takde apa lah!”dalih Hariz.

“Hmm... yelah tu...” balas Daniel dengan senyuman sinis. Bukan boleh percaya sangat si Hariz ni.

Hariz berdehem membetulkan suara.”Dah dua tahun kan syarikat ni? Serasa sekejap aje masa berlalu. Macam mana? Rasa bangga tak impian kau yang satu ni tercapai?”

Daniel memandang sekeliling pejabatnya. Pejabat benar besar. Siap ada pantri peribadi dan toilet, serta ruangan bacaan yang dilengkapi perabot mewah. Ditambah pula dengan meja utama melengkung panjang yang diperbuat daripada kayu. Pilihan warna juga minimalis iaitu white and grey. Cukup elegan yang menenangkan.

“Alhamdulillah. Tapi itulah, selagi benda tu tak settle, selagi itu aku tak boleh nak kata aku dah berjaya sepenuhnya,” luah Daniel.

“Ala chill la! Benda yang kita nak sangat memang makan masa tapi percayalah it’s worth it bila dah tercapai. Masa tu pasti kau meloncat-loncat punya!” ujar Hariz sambil tersenyum.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now