♤ BAB 10 ♤

123 12 0
                                    

JELAS di gegendang telinga si pendengar akan maksud dua perkataan itu memandangkan ianya adalah bahasa yang sangat dia fahami. Apakah reaksinya?

Daniel terpaku. Langkahnya juga mati. Begitu juga Hariz. Secara automatik terus tubuhnya dipalingkan menghadap pemilik suara tersebut. Dia? Daniel bertanya dalam hati.

Sempat Daniel bertukar pandang dengan wanita yang berteriak kepadanya tadi. Bagaikan tahu suara jeritan itu ditujukan kepadanya. Dan, yang paling mengejutkan adalah Haru sudah meluru ke depan, hendak menghentak kepalanya dengan botol arak.

Bengis sahaja wajah Haru. Fahamlah Daniel bahawa Haru bangkit membalas dendam. Tidak akan dibiarkan Haru menang, segera dia tepis mengelak.

Haru juga terperanjat dengan suara lantang milik Jane serta tindak balas laju Daniel. Dia hilang pertimbangan. Akhirnya, tubuh tingginya jatuh terhenyak ke dinding.

Botol arak juga berkecai di lantai. Entah bagaimana serpihan kaca botol itu pula telah mengena lengan gebu Jane. Darah mula mengalir. Jane menahan sakit namun dalam hati tetap bersyukur. Daniel tidak apa-apa.

“Jane!!!” jerit Ha-joon kuat dan terus langkah dibuka laju bagi mendapatkan Jane yang terluka. Melisa dan beberapa orang rakan mereka pula mendapatkan Haru.

Situasi mereka sememangnya menarik minat pengunjung lain. Makin ramai yang mula berkerumun. Malah ada yang merakam dan tidak kurang juga ada di antara mereka yang bergosip sesama sendiri. Busybody betul!

Daniel melihat luka di tangan Jane mula timbul rasa kasihan di hatinya. Terus langkah diatur ke arah susuk tubuh langsing itu. Tidak dia pedulikan lagi pandangan orang lain. Melisa pun dia tidak jeling.

Misinya sekarang adalah melindungi wanita yang telah menyelamatkannya. Sekelip mata sahaja kan hatinya beralih tujuan? Entah la! Daniel sendiri pun tidak faham apa yang dia rasa sekarang.
  
Serentak!

Kedua-dua belah tangan Jane elok dalam genggaman dua jejaka. Jane terkejut. Ha-Joon apatah lagi. Dia terkejut dengan tindakan Daniel yang turut memegang tangan Jane. Dah kenapa dengan mamat ni? Tanya hatinya. Riak yang tidak puas hati dipamerkan kepada Daniel.

Daniel tidak menghiraukan pandangan tajam Ha-Joon. Sapu tangan berwarna sky blue dibawa keluar dari kocek seluarnya dan segera lengan Jane dibalut bagi menghalang darah daripada terus mengalir. Wajah Jane kemudiannya dipandang dalam-dalam dan seraya itu Daniel bertanya.

Are you Malaysian?” Daniel kena cari kepastian. Senang urusannya nanti. Perkataan ‘awak’ dan ‘jaga-jaga’ tadi bermain-main di fikirannya. Daniel yakin niatnya akan tercapai.

So, what if she’s Malaysian?” pintas Ha-Joon cepat-cepat. Enggan Jane bersuara. Jane ditarik merapatinya.

Then, she’s my person!”

Jawapan yang bersahaja daripada Daniel mengundang kejutan kepada Jane, Melisa, Ha-Joon dan juga Hariz. Kau nak buat apa ni Niel? Hariz tertanya-tanya dalam hati. Dah kenapa nak claim-claim anak orang sesuka hati ni?

Jane yang terkejut dengan kata-kata Daniel mula terkebil-kebil matanya. Tidak faham kenapa Daniel harus berbuat demikian. Atas dasar apa lelaki itu harus mengakui yang dia adalah pemilik dirinya, dia pun tak pasti. Mereka bukan kenalan pun!

Kalau hendak kata sebab jasanya, boleh sahaja Daniel ucapkan terima kasih. Tidak perlulah sampai ke tahap hendak mendakwa yang dia itu miliknya.

Namun begitu, tak terkeluar kata-kata di bibir untuk menyangkal dakwaan lelaki itu.
Alih-alih, Jane hanya tunduk mendiamkan diri. Faktanya, memang dia orang Malaysia dan dia tidak boleh berbohong tentang hal sebegitu di saat getir begini.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now