"TEMPAT apa ni abang?" soal Jane sebaik sahaja dia turun dari superbike itu.
"Gym," ucap Daniel selamba sambil melepaskan helmet di kepala. Rambutnya yang berselerak dibetulkan.
"Gym? Buat apa kita ke sini? Dah lewat ni." Jane sedikit terkejut memandang bangunan tiga tingkat di hadapannya kini. Bangunan itu nampak sudah berhenti beroperasi pada hari ini memandangkan jam sudah menunjukkan ke pukul 10.30 malam.
"Kita masuk dulu." Daniel menongkat superbike miliknya dan menarik tangan Jane untuk masuk ke dalam bangunan tersebut.
"Eh... abang. Gym ni dah tutuplah. Tengok tu dah gelap!"
"Takpe, abang ada kunci."
Mata Jane terkebil-kebil mendengarnya. "Ni pun abang punya ke?" Tengok? Lagi-lagi hal suaminya itu memberi kejutan kepadanya. Jannah... Jannah... banyak benda lagi yang kau tak tahu pasal suami sendiri! Marah Jane pada diri sendiri.
"Bukan abang punya. Kawan abang. Dia bagi guna malam ni." Daniel menerangkan.
"Oh, ingatkan apa. Risau Jannah kalau masuk tanpa izin."
Daniel hanya menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu. Mereka berdua akhirnya memasuki premis tersebut dan mula beroperasi masa peribadi.
●●●●●
"ABANG, dahlah... Penatlah asyik tumbuk sand bag ni. Naik lenguh dah tangan ni," adu Jane. Wajahnya jelas kepenatan.
"Baru lima minit sayang! Takkan dah penat?" jerit Daniel dari atas gelanggang. Tangan mengesat peluh yang terhasil dari melakukan push ups serta senaman badan yang lain.
Jane berdecit kecil. Lima minit apa? Dah setengah jam! "Yelah bang. Ingat senang ke?" protesnya.
Daniel tertawa lucu. Dia akhirnya keluar dari gelanggang mendekati si isteri yang terbaring lesu di atas tilam yang terdapat di situ.
"Jom, ikut abang masuk gelanggang," ajaknya tepat ke wajah Jane. Dia melihat isterinya itu dari atas.
Jane mendongak kepala ke atas. Muka meminta belas ihsan kepada suaminya itu namun Daniel tetap tegas. Tangannya ditarik memasuki gelanggang dengan penuh perasaan geram.
"Buat macam ni." Daniel menunjukkan langkah membuka kekuda.
Jane menurut dengan malas. Mata tepat memandang Daniel yang hanya berseluar muai thainya menyerlahkan ketulan roti six packnya.
"Aip! Mata tu. Pandang depan, not at my six packs!" usik Daniel dengan suara dibuat-buat tegas.
Jane menjeling benci. Kedekut! Tengok sikit pun tak boleh.
"Lepas macam ni buat apa lagi?" soalnya geram.
"Tumbuk angin!" suruh Daniel sambil menunjukkan caranya. Tangan kanan ditujahkan ke hadapan beberapa kali dengan daya tenaga yang kuat.
Jane melakukan perbuatan yang sama. Sehabis baik tenaga dikerah untuk mendapatkan hasil yang terbaik walaupun dimarahi suami sendiri.
Selepas beberapa minit, Jane sedikit kelelahan.
"Okey done. Sekarang ni tengok abang buat." Daniel melakukan tendangan angin menggunakan kaki yang diangkat laju separa pinggang beberapa kali. Boleh rasa angin kencang terhasil daripada libasan itu.
Jane menelan air liur. Boleh terbayang rasa sakit kalau terkena batang kaki Daniel yang tinggi itu!
"Now, your turn!" ujar Daniel sambil mengesat peluh di dahi.
"Macam ni?" Jane mengangkat kaki separa pinggang namun hanya beberapa saat sahaja kerana hilang pertimbangan.
Dia bangun sekali lagi untuk buat benda yang sama namun masih gagal. Daniel dari tadi telah menggeleng kepala. Dia kemudian berdiri di hadapan Jane dan meminta agar isterinya itu mengangkat kaki seperti tadi.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...