♤ BAB 26 ♤

88 4 0
                                    

“JANE, awak, tinggal dekat mana di Malaysia?” Daniel memecahkan kesunyian dan keadaan yang awkward bersama Jane

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“JANE, awak, tinggal dekat mana di Malaysia?” Daniel memecahkan kesunyian dan keadaan yang awkward bersama Jane. Walaupun dia sudah maklum asal usul gadis itu tetap juga dia ingin dengar sendiri dari mulut Jane.

Sudah lebih 10 minit, mereka berdua di dalam keretanya, tetapi Jane tetap dengan bisunya. Tidak berbual apa-apa, hanya memandang kosong setiap perjalanan mereka.

Daniel buntu. Mungkin, Jane masih marah pasal petang tadi memandangkan gadis itu senyap sahaja apabila peristiwa petang tadi dibahaskan? Fikirnya.

Jane kemudian memandang Daniel sekejap sebelum kembali fokus pada jalan.

“Terengganu,” ucap Jane perlahan, sekadar menyertai perbualan.

“Oh, budak Ganu la ni? Best la kan duduk ganu? Keropok lekor? Banyak pantai?” ujar Daniel teruja.

Jane tersenyum kelat. Dia malas sebenarnya meneruskan topik tentang tempat tinggalnya itu. Bukan masa ni! Kang ada jugak yang menangis kat dalam kereta ni! Cetus hatinya.

“Kita cakap pasal benda lain. Awak nak bawak saya pergi mana sebenarnya?” Jane tukar topik.

Daniel terkedu. Nampaknya Jane tidak mahu terbuka tentang dirinya. Daniel tidak mahu memaksa. Mereka masih di awal perkenalan. Daniel kembali pamer senyum.

“Saya nak bawak awak ke tempat yang paling best!”
  
“Mana?”

“Nanti dah sampai, awak akan tahu!”

Jane angguk perlahan. Malas bertanya lagi. Suasana kembali seperti tadi. Sunyi.

“Kalau awak mengantuk, awak tidur lah dulu. Dah sampai nanti saya kejutkan,” ujar Daniel setelah melihat Jane kebosanan.    

“Jauh lagi ke?”

Daniel geleng. “Lagi 10 minit.”

“Dah tak lama. Kalau tidur pun tak puas. Lagipun, tak bagus kalau saya tidur masa awak tengah drive. Nanti awak bosan pula.”

Daniel senyum. “Saya takkan bosan, selagi ada awak kat sebelah saya,” kata Daniel antara dengar dan tidak.

“Maksud awak?” Jane menyoal kepastian. Dia dengar.

“Err, maksud saya, saya tak bosan kalau ada orang kat sebelah. Lagipun, saya boleh jaga pemanduan saya, memandangkan saya bawa dua nyawa?” dalih Daniel cepat-cepat. 

“Oh...” Jane angguk mengiakan kata-kata Daniel itu.

Daniel senyum lega.

Mereka akhirnya tiba di destinasi. Usai memarkir kereta dengan baik, Daniel membukakan pintu kereta secara berhemah untuk Jane.

“Jom!” ajak Daniel.

Jane memandang ke sekeliling. “Tempat apa ni?”

Daniel senyum. Tangan kemudian menarik perlahan hujung lengan baju Jane.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now