JANE dan Daniel tiba di KL setelah seminggu berada di kampung. Turut bersama adalah Puan Salina.
"Mak, masuklah. Mak akan tinggal dekat sini dengan kami buat sementara waktu. Akif dengan Arif dah masuk asrama. Kami nak jaga mak dekat sini," kata Daniel sebaik sahaja ketiga mereka melangkah ke dalam suite mewah miliknya. Bagasi miliknya dan Jane terus dibawa ke master bedroom. Manakala beg pakaian ibu mentuanya itu dibawa ke bilik tetamu.
Mak hanya sekadar melihat sekeliling. Dia yang duduk di sofa terasa kagum dengan rekaan ruang yang mewah itu.
"Ya mak. Mak okey kan duduk sini? Mak kan tahu orang yang dendam dengan kita ni masih bebas," jelas Jane.
Tentang Kingen, dia sudah luahkan segala-galanya kepada mak. Dia juga turut mencari tahu tentang mangsa langgar lari ayahnya itu. Hasil yang diperolehi adalah seorang lelaki dewasa. Hubungan lelaki itu dengan Kingen yakni Azlan masih samar-samar.
Jika dikatakan sebagai bapa Azlan, dia kenal benar dengan lelaki tua itu. Asbab meninggal pula adalah kerana sakit tua. Jadi, siapakah lelaki dewasa itu yang mati dilanggar ayahnya? Dan, apakah hubungannya dengan Azlan?
Mak tersenyum tipis lantas kepala dianggukkan. "Mak okey aje Ana. Tapi kalau boleh mak tak nak lah lama-lama dekat bandar, nanti mak rindu kampung."
"Mak bersabar ya. Nanti semuanya dah selamat, Ana bawak mak balik kampung," ujar Jane perlahan.
●●●●●
"ABANG..." panggil Jane kepada Daniel yang sedang tekun di hadapan lap-topnya.
Daniel berhenti menaip, tumpuan diberi sepenuhnya kepada isterinya itu.
"Jannah masuk kerja esok ya?" Jane meluahkan perkara yang bermain di fikiran sejak sekian lama. Sejak dia bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu, dia langsung tidak dibenarkan bekerja.
Kedengaran Daniel mengeluh perlahan. Tubuh diangkat mendekat kepada Jane yang sedang duduk di atas katil. Tangan isterinya itu diraih.
"Sayang, Abang bukan tak nak bagi kerja, nanti siapa nak teman mak? Jannah nak ke mak bosan sorang-sorang dekat rumah ni?"
"Jannah masih hutang dengan abang. Jannah kerja balik ya," pujuk Jane lagi.
Daniel menggeleng kepala. Sebenarnya dia dah lama lupa tentang wang RM100 000 itu, malam ini isterinya itu mengingatkan kembali.
"Sayang dah tak berhutang apa-apa dengan abang. Anggap aje lepas sayang jadi isteri abang, hutang itu sudah lunas," ujarnya.
"Tapi..." Bibir Jane dikunci dengan jari Daniel.
"Takde tapi-tapi. Pasal hal ni biar tamat dekat sini. Abang tak nak dengar dah lagi lepas ni," tegasnya.
Jane mengeluh lemah. Akhirnya dia terpaksa akur. "Jannah nak kerja..." pintanya lagi dengan mata sengaja dibesarkan.
Sekali lagi Daniel menggeleng kepala. "Sayang duduk rumah teman mak. Abang mampu nak tanggung sayang."
"Tapi Jannah nak tolong event abang tu. Minggu depan kan? Apa kata Jannah kerja sampai habis event tu aje. Lepas tu Jannah berhenti. Promise!" Jane mengangkat tangan seolah berikrar.
Kata-katanya itu membuatkan Daniel terdiam lama.
"Abang, boleh tak?" Jane mengoncang tubuh Daniel yang masih bisu.
Kedengaran keluhan lemah dilepaskan oleh suaminya itu. "Seminggu aje tahu, lepas tu berhenti. Dah janji, tak boleh mungkir."
"Yeah..." jerit Jane riang lantas pipi suaminya itu dicium bertalu-talu sehinggalah dia hilang keluar dari bilik tidur mereka.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...