♤ BAB 22 ♤

89 4 0
                                    

DI pagi hari ahad. Daniel membuka luas daun pintu apartmennya dengan perlahan.

Terlihatkan tubuh tinggi yang terpacak di depan mata serta merta membuatkan air mukanya yang tenang berubah kelat. Terus tubuhnya menghadang bukaan pintu yang luas tadi.

"Kau nak apa pagi-pagi datang sini?" soal Daniel langsung. Terpandangkan benda yang berada di belakang lelaki itu, terus fikiran membuat spekulasi pelbagai.

Ha-Joon tidak menjawab sebaliknya, tangan kekar miliknya menolak kasar tubuh Daniel. Senang pula kali ini. Semalam betul-betul dia tambah tenaga demi hari ini.

Ha-Joon melangkah dengan bergaya ke ruang tamu apartmen bersama bagasi ditarik. Kini, sofa kelabu milik Daniel menjadi tempat berlabuhnya punggung. Belakang badan bersandar. Kaki bersilang cantik. Mata ke sana ke sini memerhati keadaan apartmen Daniel.

Good! Desis hatinya.

"Ada dapur? Checked!"

"Ada bilik air tapi takde jakuzi! So-so. Okey la!"

"Ada empat bilik? Hmmm, banyak pilihan!
Kelengkapan yang lain? Hmmm, tak banyak tapi still okey."

"Tv? Peti sejuk? Checked! Robot vakum? Waw! Upgrade! Hmmm, almost perfect but okey."

Bisik Ha-Joon sambil mukanya terangguk-angguk.

Daniel yang hampir terjelepok ke lantai dek tolakan Ha-joon tadi, hanya termangu sendirian bersama tanda soal di atas kepala. Dia membetulkan kedudukan tubuh. Pintu ditutup dan wajah Ha-joon dijamah dengan tatapan tajam.

"Kau buat apa datang rumah aku pagi-pagi? Mana kau tahu aku duduk sini?"

"Bilik kau yang mana satu?" Selamba Ha-joon melontar soalan menepis pertanyaan Daniel.

Terkelip seketika mata Daniel. Dua hari lepas bagai nak rak bergaduh, hari ni tanya bilik yang mana satu pulak? Serapat itu ke hubungan kita ni? Soalnya dalam hati.

"Buat apa kau nak tahu? Kau tak jawab lagi soalan aku, kau buat apa datang rumah aku pagi-pagi?"

Ha-joon tidak menjawab malah pamer senyum sinis. Dia sudahpun bangkit dan memasuki ke salah sebuah bilik yang terletak berhampiran dapur.

Bilik itu kosong dan bilik di hadapan ruang tamu, kosong juga dan seterusnya, kedua-dua bilik yang di tengah-tengahnya ada bilik air. Satu bilik sebelah kanan, lengkap segalanya dan satu lagi yang kiri hanya ada katil tapi tiada almari.

Daniel pelik dan berasa bengang. Berani-berani Ha-joon menjelajah apartmennya tanpa izin. Semua bilik diselongkar? Dia ingat aku sorok Jane ke apa?

"Pass!"

"Apa?!"

"Berdasarkan minda aku yang bijak ni, bilik kanan ni..." Ha-joon menunding jari telunjuk ke arah bilik yang lengkap segalanya itu.

"...bilik kau. Sebab kau, jenis low profile konon. Cadar pun biru kosong! Takde cita rasa langsung!" Sempat dia mengutuk.

Ceh, bijak konon! Dah memang satu tu aje bilik yang ada semuanya! Dah memang aku duduk sini memang tu la bilik aku! Daniel mengutuk Ha-Joon dalam hati.

"Kau datang-datang terus komen bilik orang! Jap, yang pass tadi apa benda?"

"Bilik kiri tu jadi bilik aku!" kata Ha-Joon selamba.

"Apa?! Siapa yang bagi kebenaran? Suka-suka kau ajekan? No, keluar sekarang! Keluar!" Berang Daniel sudah muncul. Daniel terpandangkan bagasi Ha-joon dan terus dicapainya. Dibawanya bagasi tersebut menuju ke luar apartmen.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now