♤ BAB 63 ♤

61 3 0
                                    

MALAM ITU, Jane menarik selimut bersedia untuk tidur namun melihatkan suaminya masih tekun pada skrin komputer riba mematikan niatnya. Kepala disandarkan ke kepala katil.

“Abang, Jannah nak tanya sikit boleh?”

Go ahead.” Mata Daniel masih pada skrin lap-top.

“Keluarga abang macam mana? Diaorang kan dah tahu yang Jannah ni...” Jane tak mampu meneruskan perkataannya. Teringat-ingat akan riak kecewa keluarga mentuanya itu setelah aibnya terbongkar.

Daniel terdiam sebentar sebelum tangan menutup lap-top dan membuka cermin matanya lalu kedua alat itu diletakkan ke meja sisi katil. Kepala kembali menghadap isteri sebelum turut bersandar di kepala katil mereka. Kepala Jane ditarik supaya berbaring di dada bidangnya.

“Jangan fikir sangat. Diaorang tak kisah pun.”

Jane geleng kepala. “Abang jangan tipu. Jannah tahu, abang. Takde siapa yang boleh terima masa silam Jannah macam mana abang terima.”

Daniel tersenyum kelat. Hakikatnya memang begitu namun pada awal terbongkarnya kisah Jane, hanya Puan Nurjuwita, Nek Tok Radziah dan Abang Dani yang nampak jelas tidak menyukai isterinya itu. Tetapi dari sudut papa, Ummi Ila dengan adik-adiknya yang lain, dia pasti mereka tidak akan menghukum Jane dengan sewenang-wenangnya.

“Abang tahu tak semua orang boleh terima masa silam seseorang tapi jika ada seorang pun jadilah kan? Biar abang aje yang faham sayang. Sebab sayang diciptakan untuk abang. Abang dah tak kisah yang lain.”

“Tapi Jannah nak kenal rapat dengan keluarga abang. Keluarga yang membahagiakan abang sebelum kemunculan Jannah. Jannah nak kenal diaorang satu persatu. Jannah nak jumpa diaorang. Boleh kan?” soal Jane penuh harapan.

Perlahan-lahan senyuman Daniel terbentuk di bibir. “Abang bawak Jannah jumpa Ummi Ila dengan adik-adik. Kalau abang bawak jumpa mummy, abang tak yakin sangat yang mummy takkan sakitkan hati sayang. Mummy pun masih tak anggap abang sebagai anak dia.” Suara Daniel kedengaran lirih.

Jane tersenyum hambar. Dia faham akan keadaan itu. Sedangkan anak kandung sendiri dibiarkan apatah dia yang hanya berstatus menantu.

“Abang, apa maksud beware of the pools? Jannah ada nampak dalam fail abang tapi Jannah takut nak tanya,” soal Jane setelah dia teringat akan amaran yang pernah menjadi persoalan di kepalanya.

Wajah Daniel kelat menerima soalan itu namun dia sudah bersedia untuk menjawabnya. Lambat laun isterinya pasti tahu juga. “Abang takut dengan kolam renang. Tak kisahlah kolam macam mana pun. Abang takut.”

“Kenapa?” soal Jane.

Daniel menarik nafas panjang sebelum mendedahkan memori silamnya. “Sebab mummy pernah cuba lemaskan abang dalam kolam masa abang umur lima tahun lepas dia dapat tahu Ummi Ila mengandung anak pertama, adik abang, Aizat. Mummy marah sangat-sangat pada abang sebab abang punca papa menikah lain. Semuanya permintaan Nek Tok.”

Jane mengurut dada mendengarnya. Mengucap panjang dia. Kejamnya hati seorang ibu.

“Sebenarnya, mummy tu penyayang tapi abang cuma dapat kasih sayang mummy selama lima tahun aje. Papa disuruh Nek Tok untuk kahwin baru sebab mummy dah disahkan tak boleh mengandung lagi sebab komplikasi selepas melahirkan abang secara caesar. Doktor terpaksa buang rahim mummy. Sebab itulah anak mummy cuma dua orang. Tapi lepas mummy dapat tahu papa kena kahwin, terus layanan mummy pada abang berubah. Mummy jadi kasar. Masa tu abang takut sangat dengan mummy,” luah Daniel sebak. Air mata mula mengalir ke pipi.

Jane yang mendengar gugur juga air matanya. Belakang badan suaminya dielus bagi memberi kekuatan.

“Sayang tahu? Setiap hari abang terseksa hadap makian mummy. Kau anak sial! Kau anak yang bawak malang! Apa yang abang Dani dapat, abang tak dapat. Orang gaji dalam rumah tu tak dibenarkan untuk tolong abang. Masa abang umur tujuh tahun, abang terpaksa iron pakaian sendiri sampai melecur tangan tapi abang Dani yang dah berumur 10 tahun, mummy tak benarkan sentuh sebarang peralatan elektrik,” sambung Daniel lagi. Tangisannya makin lama makin deras mengenangkan kenangan buruk itu. Kepala telah direbahkan ke bahu Jane. Memerlukan semangat isterinya itu untuk meluahkan segala-galanya yang selama ini dipendam.

“Setiap kali abang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mummylah orang pertama yang abang nak tunjuk. Tapi mummy koyak kad keputusan abang dan buang ke lantai tapi bila abang Dani yang tunjuk, muka mummy masa tu bangga sangat-sangat. Ada satu masa abang dekat sekolah asrama yang ambik masa hanya dua jam perjalanan untuk pergi dari rumah, tapi mummy sekalipun tak jejak sana. Ummi Ila aje yang jenguk abang. Tapi abang Dani yang belajar dekat Melbourne yang beribu batu jauhnya, mummy sanggup pergi. Abang memang cemburu dengan abang Dani.” Daniel menyeka air mata yang makin lebat.

“Mummy makin benci abang bila abang pernah terbuat silap pukul wajah anak seorang menteri. Habis berbirat betis abang disebat mummy. Memang masa tu abang salah sebab naik tangan kat muka budak tu, tapi dia pun dah melampau. Dia hina papa, kata papa gatal kahwin lain sampai anak ramai. Abang cuma pertahankan papa tapi mummy memang nampak abang aje yang buat masalah masa tu. Tapi dengan abang Dani, layanan tu tak sama. Abang Dani nakal macam mana pun, mummy tak pernah pukul dia. Siap cakap lagi, biasalah budak lagi. Biasalah dia remaja lagi. Tapi dengan abang tak. Mummy akan cakap abang anak tak guna. Tak guna hidup kalau hanya memalukan dia saja.” Daniel menarik nafas.

“Abang sayang mummy sangat-sangat sampai abang buka syarikat sendiri. Cipta krim untuk hilangkan parut caesar mummy tapi tak pernah dihargai. Abang lupakan cita-cita untuk jadi Muai Thai fighter yang professional semata-mata nak bagi tumpuan pada syarikat. Tapi semua tu tak dapat melembutkan hati mummy. Abang dah gagal. Gagal nak dapat semula kasih sayang mummy. Semua ni salah abang, memang abang tak layak lahir dari rahim mummy,” sambung Daniel lagi. Suaranya semakin tenggelam timbul dalam tangisan.

“Abang! Tak baik cakap macam tu. Kelahiran abang takde yang sia-sia. Pasti ada hikmah. Jannah yakin pintu hati mummy akan terbuka suatu hari nanti. Kalau mummy tak nak abang, Jannah ada. Jannah sentiasa nak abang. Jadi, abang jangan cakap macam tu. Abang, Jannah nak jumpa mummy. Jannah nak mummy tahu yang abang adalah anugerah yang terindah dari Allah untuk mummy. Untuk keluarga abang dan untuk Jannah.”

Semakin teresak Daniel menerima kata-kata pujukan isterinya.

Jane mengeratkan pelukan ke atas Daniel. Dia tahu tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan tangisan suaminya itu. Tak pernah-pernah Daniel bertingkah begini. Sesungguhnya, jiwa yang bersedih perlukan sandaran untuk sentiasa kuat. Perlu membuang apa yang terpendam.

“Sakit. Sakit sangat hati ni bila mummy sendiri buang abang. Abang mungkin boleh hasilkan krim hilangkan parut badan, tapi abang tak mampu untuk hilangkan parut luka di hati. Abang sendiri perlukan krim itu. Sakit sangat, yang! Apa lagi yang boleh abang buat untuk kasih sayang mummy? Adakah abang perlu mati dulu baru mummy akan pandang abang?” soal Daniel lirih. Bergetar bibirnya.

Jane mengeleng kepala. “Abang tak boleh cakap macam tu. Abang tak boleh tinggalkan Jannah. Mummy akan terima abang. Mummy akan terima abang, Jannah yakin,” ujar Jane berulang kali. Dia juga turut teresak deras.

Daniel tiada balasan lagi. Dia dah cukup meluahkan. Apa yang dia perlukan sekarang adalah sandaran. Dan, isterinya itu sememangnya insan yang ditakdirkan untuk menenangkannya.

Tangan Jane.menepuk-nepuk perlahan belakang tubuh Daniel sehinggalah suaminya itu tertidur di dalam pelukannya persis anak kecil. Dahi Daniel yang sesekali berkerut itu disentuh untuk mengembalikan Daniel pada tidur yang lena. Pelukan dikemaskan bersama harapan moga hati Daniel bakal sembuh suatu hari nanti.

“Jannah takkan tinggalkan abang dan akan sentiasa bahagiakan abang,” desisnya perlahan bersama kucupan lembut ke kening suaminya itu.

TBC...

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now