♤ BAB 6 ♤

146 13 0
                                    

BUNYI kuat hempasan pintu apartmen itu betul-betul mengejutkan Jane yang sedang asyik mendengar pertelingkahan tersebut. Jane mula gelabah untuk kembali ke kedudukan asal. Tidak mahu kelihatan sangat yang dia sedang busybody dengan masalah orang. Butang lif ditekan kembali.

Dalam kelam kabut, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Earphone dicapai lalu disumbat ke dalam telinga. Nasib baik dia ingat nak angkut sekali earphone ini tadi.

Earphone yang tiada fungsi untuk nokia 3310nya. Earphone yang hanya digunakan untuk mendengar lagu daripada MP3. Tetapi masalah sekarang dia tertinggal MP3nya! Masalah sungguh! 

Walau macam mana sekalipun dia kena berlakon. Tiada lagu pun tidak apa. Janji dia tak tunjuk yang dia pasang telinga peduli masalah orang. Akhirnya, dia gunakan jua earphone tersebut sebagai prop lakonan yang mungkin tak akan berapa nak menjadi itu. Action!

Dari ekor matanya, dia nampak kelibat lelaki itu sedang melangkah menuju ke arah tempatnya berdiri sekarang. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya lif cepat tiba. Dah kenapa aku nak berdebar tak tentu pasal ni? Bukan dia tahu pun aku ni orang Malaysia!

Syukur rasa hati wajahnya tidak kelihatan kemelayuan sangat. Nasib baik juga sempat sapu dengan bedak nipis tadi. Kalau tidak kantoi tengah curi-curi dengar!

Daniel yang baru tiba di hadapan lif perasan akan gelagat gadis itu yang serba tidak kena. Namun dia tidak ambil peduli. Buat masa sekarang, dia tiada mood hendak pedulikan keadaan sekeliling.

Kecurangan Melisa memberi beban kepadanya. Tangan naik mengurut pelipis keningnya yang tebal. Kepala terasa berpusing.

Hatinya kecewa. Kalau bukan sebab Alif, teman sekampus Melisa memberitahunya satu jam lebih awal tentang kecurangan gadis itu, sampai mati dia mungkin ditipu hidup-hidup.

Wanita yang dia jaga, sayang dan hormat selama ini berlaku curang padanya. Hati lelaki mana yang kuat? Memori mereka selama empat tahun itu nampaknya macam angin lalu sahaja di hati Melisa. Cepat betul gadis itu berubah hati.

Daniel tak menyangka niatnya hari ini ingin mencipta momen manis bersama Melisa nampaknya terkubur begitu sahaja. Niatnya datang Korea adalah untuk menjemput kekasih hati dan memberitahunya bahawa segala usaha dia telah membuahkan hasil. 

Nekadnya pada malam ini, dia ingin melamar Melisa namun segala-galanya musnah sekelip mata! Melisa bermain kayu tiga pula di belakangnya.

Yang paling dia tidak tahan, wanita itu sanggup merosakkan diri dengan membuat perkara terkutuk itu. Dia akui yang dia pun bukan orang yang alim mana.

Pernah ke kelab malam juga tetapi tidak adalah sampai bawa perempuan ke tempat tidur! Nafsu mudanya masih lagi dijaga. Pantang tujuh keturunannya merosakkan anak gadis.

Kini, Daniel tekad. Orang dah tak hendak buat apa terhegeh-hegeh lagi. Hari ini, dia cuba untuk akhirkan cintanya pada Melisa. Hari ini juga, dia ingin lupa segala-galanya. Dan, cinta tulusnya nanti hanyalah akan diserahkan kepada seseorang yang betul-betul menghargainya. 

Dan, seseorang itu bukan lagi Melisa. Tidak berbaloi usaha mencintai kalau akhirnya tetap dicurangi. Masih adakah cinta itu? Dia tertanya-tanya dan akhirnya mengeluh lemah. Sesak betul dadanya hari ini.

Jane tetap berdiri tegak di sisi lelaki itu. Dia mengerling sedikit dari ekor matanya. Sugul wajah lelaki itu jelas terpapar. Keluhan lemah lelaki itu juga turut dirasai.

Pergaduhan sebentar tadi memang jelas di telinganya. Firasat mengatakan lelaki itu telah teraniaya. Hatinya kesian tetapi itu bukan hal dia.

Pandangan dihala tepat pada pintu lif. Sesekali dia menggerakkan bibir bagi menunjukkan yang dia sedang menyanyi padahal memang jelas tiada lagu yang tersambung dengan earphonenya. Peduli apa? Janji berlakon! Huhuhu

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now