PETANG itu sangat mendamaikan bagi mereka yang menjalani hujung minggu dengan aktiviti yang menarik tetapi tidak bagi Jane.
Jane melangkah malas menuju ke arah pintu lif. Setibanya di lif, punat turun ditekan. Sabar dia menunggu ketibaan lif yang nampaknya masih berhenti di tingkat satu. Lambat lagilah maknanya. Iyalah. Dia kan tinggal di tingkat l2! Memang makan masa lah jawabnya. Sesekali dia menguap tahan mengantuk.
Dia peluk pula tubuh yang terasa sejuk. Musim sejuk belum berakhir. Semakin hari semakin tidak menentu suhunya dapat Jane rasakan. Hoodie cap berwarna putih dan jooger pants hitam yang dikenakan pada batang tubuhnya yang tinggi lampai 165 cm itu tidak mampu menghilangkan rasa sejuknya.
Jam tangan diintai. Awal lagi, baru pukul tiga petang! Aish, lambat lagi ke lif ni? Aku dah lapar! Hati merungut tidak sabar.
Petang itu, dia sendirian. Hendak diajak rakan serumah ikut serta namun niatnya terbantut memandangkan ketiga-tiga mereka masih terbungkam tidur. Biarlah diaorang rehat. Penat sangat agaknya. Bisik hatinya.
Asyik menunggu lif, telinga Jane terdengar pula suara riuh rendah yang hadir dari apartmen yang satu aras dengannya, tambah-tambah lagi dekat sangat dengan lif. Memang kuatlah kedengaran. Bunyi orang flush toilet pun mungkin jelas. Apartmen ni pun bukanlah mewah sangat sampai nak kena pasang dinding yang soundproof.
“Macam serius aje bunyinya. Ada pergaduhan family ke?” Jane tertanya-tanya. Kepala sudah terintai-intai ke arah bunyi riuh itu. Sekilas, dari kejauhan, dia melihat seorang lelaki keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Lelaki itu berdiri pula di hadapan pintu apartmen yang kelihatan sedikit terbuka.
Bertambah rasa ingin tahu Jane setelah melihat wajah lelaki itu terpamer sedikit tegang walaupun Jane melihatnya dari kedudukannya sekarang. Lelaki itu berdiri tidak lama di situ kerana hanya beberapa saat sahaja, Jane lihat dia telah kembali masuk ke dalam apartmen tersebut.
Terkelip-kelip mata Jane seketika. Pelik dengan situasi itu. Akhirnya, dia tidak mahu ambil tahu. “Biarlah diaorang. Bukan hal aku pun. Orang dekat sini memang bergaduh tu kalau boleh hendak seluruh dunia tahu! Pergaduhan laki bini la tu. Ermm... entah apa-apa!” omel Jane sendirian.
Mana lif ni? Ramai sangat ke orang yang guna lif hari ni? Aduhai! Baru di tingkat tiga? Tahulah hari cuti pun tapi ini dah lambat sangat mengalahkan traffic light! Hati Jane merungut lagi.
Memerhati tanda naik yang terpamer di bahagian atas pintu lif yang bergerak agak lambat membuatkan Jane makin tidak sabar.
Perutnya makin lama makin berlagu ibarat si ikan kaloi yang menanti makanan daripada si bawang merah yang tidak kunjung tiba.
Walaupun begitu, saat tingkat lif hampir tiba di arasnya, telinga Jane masih dapat mendengar butir-butir bicara yang hadir daripada pergaduhan itu.
Ada dalam pelbagai bahasa! Kagum dia seketika. Multi language diaorang ni rupanya. Sekejap dalam bahasa Korea! Sekejap English! Sekejap guna bahasa Melayu!
Wait, what? Bahasa Melayu? Jane terkedu.
Ada bangsa dia juga ke tinggal di aras yang sama? Tak pernah tahu pun! Dia sudah penasaran. Telinga mula memainkan peranan. Mula tertarik dengan situasi tersebut.
Tubuh sudah tersedia merapat ke arah apartmen itu bagi membolehkannya mendengar dengan lebih jelas. Lif yang sudah tiba akhirnya tidak dihiraukan.
“Alang-alang dah dengar ni, dengar ajelah sampai habis! Takdelah nanti aku termimpi-mimpi!” bisiknya perlahan.
●●●●●
DANIEL kembali menghadap realiti yang disaksikan sebentar tadi selepas dia meluru keluar untuk mencari kekuatan diri di luar apartmen.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romansa○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...