♤ BAB 67 ♤

75 3 0
                                    

RAHANG Eden tegang. Tubuh tersandar lebar di sofa. Mata terpejam tetapi kenangan bersama kedua sahabatnya terbayang. Tangan naik menyentuh dada.

Dia akui, dia sayangkan persahabatan mereka bertiga tetapi dendamnya lebih melangit. Hati lebih memilih untuk tunaikan dendam itu berbanding hubungan yang sudah bertahan lama.

Tangan naik mengurut pelipis kening. Kusut. Kalau peristiwa 13 tahun yang lalu tidak terjadi, semua yang dia ada sekarang tak akan tercapai. Kekayaan, kuasa, dan perempuan hanya sekali petik. Apa yang dia perlukan, sekelip mata sahaja dah dapat tapi dia akui, jiwanya memang sunyi.

Bersendirian di suite mewah, tiada kehangatan sebuah keluarga. Isteri? Tak pernah terfikir dia nak ada komitmen perkahwinan kecuali melepaskan benih haram merata kepada perempuan jalang di luar sana. Silap juga dia. Patutnya, perempuan tu, dia ratah dulu sebelum lempar ke Korea tapi hatinya jijik. Anak pembunuh tak layak menyentuh kulitnya.

Mata melilau segenap suite yang lengkap perabot mewah. Alangkah indah kalau mama dan ayah ada bersama. Bahagia benar. Jiwa yang dewasa masih terselit jiwa remaja yang belum sembuh lukanya.

Mata tersorot pada lukisan tatoo di tangan kekarnya yang sudah bertahun. Kalau tak kerana kala jengking dan naga, dia takkan ada apa yang dia punya kini.

“Sakit Pak Su! Jangan sebat Adan lagi,” rintihnya perit kepada seorang lelaki lewat 30-an itu daripada terus melibasnya dengan rotan.

Ya, dia adalah Adan Mukriz. Remaja 15 tahun, pada 13 tahun yang lalu. Hilang tempat bergantung. Kehilangan besar pada usia yang begitu muda. Ketika masih bersekolah di sekolah menengah.

Libasan rotan Pak Su Jali, adik bongsu ayah, terbias dalam kepala. Pedih di punggung macam terkoyak, boleh dirasai sampai ke hari ini. Silapnya cuma kecil. Mengemis nasi daripada sepupu sendiri. Perut kelaparan diabaikan, apabila meminta diherdik sebagai anak yang bawa malang.

Kalaulah ayah dan mama ada, hidupnya takkan melarat sebegitu. Kasih ayah dan mama memang cemerlang. Memang tulus. Rindunya...

Tanpa sedar, matanya basah. Terkenang peristiwa lama.

Pak Su Jali dan keluarganya memang manusia paling binatang. Harta peninggalan arwah ayah dimakan habis. Membiarkan dia merempat sampai terpaksa masuk ke rumah anak yatim. Namun, pada usianya 16 tahun, dia melarikan diri demi sebuah kebebasan.

Dengan perasaan membuak-buak, dengan maklumat yang ayah dilanggar lari oleh sebuah lori, dia tanam dendam. Tanam sampai subur hingga ke hari ini. Dia nekad, keluarga itu tidak akan mati senang, melainkan seksaan dari awal.

Tekad yang kuat membawa pertemuan dengan ketua kongsi gelap S Dragon Tail. Bertahun-tahun berlatih. Diuji ketahanan. Membunuh. Mencuri. Apa lagi yang dia tidak buat? Merogol? Sudah beracap kali. Demi apa? Demi meraih kepercayaan ketuanya yang digelar Scorpion.

Sekolah? Dia tetap pergi. Demi amanah ayah dan mama, mesti belajar sampai universiti. Cuma pengajaran di sekolah, dia keraskan hati untuk menerimanya. Bertumbuk, berkelahi di tandas sekolah adalah benda biasa. Tapi dia pandai makan, pandai simpan. Setakat kena gantung dua minggu apa ada hal? Lagipun, dia ada penaung! Apa yang dia perlu takut?

Tugas terakhir adalah membunuh keluarga sendiri. Dia sasarkan keluarga Pak Su Jali. Habis anak beranak itu bermandi darah pada suatu malam namun hingga kini dia tidak pernah tertangkap. Kejayaannya itu, menaikkan sahamnya. Menguatkan kepercayaan ketua kumpulan. Akhirnya, inilah dia sekarang bergelar Kingen.

Honor in vengeance.

“Eden nama kau? Aku Daniel. Ni, sepupu aku, Hariz. Kita group sekalilah. Aku tengok kau macam takde group lagi. Orang lain semua macam dah cukup.”

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now