♤ BAB 15 ♤

104 11 6
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia.

PAGI yang cerah. Bunyi kicauan burung di udara menenangkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Mak Diah, pembantu rumah keluarga Encik Zamarul sedang tekun membancuh air di dapur. Sesekali bibir menyanyikan lagu kegemaran yang terpasang di corong radio.

“Asyik... Asyik... Asyik... Asyik-asyiknya bercinta aaa... Seakan dunia... Milik berdua... Satukan rasaaaa... Ewah...”

“Ehem...” Kedengaran suara garau berdeham di belakang tubuh gempalnya.

“Eh, abang... dah lama ke kat belakang Diah? Maaflah Diah tak sedar abang datang. Abang nak air? Diah buatkan.” Mak Diah tersengih-sengih malu.

“Amboi-amboi Diah, macam mana awak nak sedar? Sakan ya awak menyanyi? Saya dari tadi duduk perhatikan awak aje tahu. Awak bancuhkan saya teh saja lah,” kata Pak Rahmat, suami Mak Diah sambil membuka helaian surat khabar untuk menjadi tatapan mata.

Pagi-pagi elok penuhi fikiran dengan membaca. Membaca itu kan jambatan ilmu. Barulah otak itu tak lembap nak berfikir.

Hehehe... Yelah! Saya buatkan air dulu,” balas Mak Diah dengan senyuman malunya. Malu sebab tertangkap masa sedang happy-happy berdangdut!

Usai sahaja meletak mug yang terisi air teh di hadapan suaminya, Mak Diah meneruskan tugasannya yang lain.

“Mak Diah... Ooo... Mak Diah!!!”

Kedengaran satu suara yang memanggilnya lantang dari kejauhan.

“Allah Akbar!” Mak Diah spontan mengurut dada kerana terkejut. Alhamdulillah, Hidup lagi wanita bernama Sa’diah ni.

“Pergi sana cepat, kawan baik awak dah seru tu!” suruh Pak Rahmat dengan bibir mulut memuncung ke arah datangnya suara itu.

Mak Diah mencebikkan bibir. Saja la tu kenakan kita. Huh!

“Ya, Puan. Mak Diah is coming...”

Mak Diah tiba di tangga di tengah-tengah banglo mewah itu. Dia memandang si empunya diri yang nyaring memanggil namanya tadi. Anggun bergaya majikannya dengan sepersalinan yang serba mewah dan putih.

Wanita itu tiap-tiap hari berpakaian berona putih, cream, susu, beige, nude dan seangkatan dengannya. Kadang buat hati tuanya berfikir, tak ada pakaian berwarna lain ke yang menjadi pilihan majikannya itu? Namun begitu, semakin lama semakin dia alah dengan dress code tersebut.

Mak Diah kembali menjenguk realiti. Senyuman manis diukir di bibir tanda menyenangi wanita bangsawan itu. Puan Nurjuwita adalah majikannya selama 30 tahun. Luar dan dalam perangai wanita itu tersemat kemas di dalam kocek ingatannya.

“Selamat pagi, puan,” sapanya mesra. Senyuman dimaniskan sehabis baik.

“Pagi!” balas wanita itu juga mesra.

“Mak Diah, sarapan semua dah siap ke? Mak Diah masak apa hari ini?” tanyanya pula sambil kepala mengintai ke ruang makan.

“Mana air? Takde pun terhidang?”

“Makanan dah siap puan. Tunggu air saja belum dihantar. Saya masak bihun goreng saja puan. Maaf puan, puan tunggu kat meja ya,” kata Mak Diah.

“Hmm... baik lah kalau macam tu! Oh ya, Mak Diah, Dani dah bangun? Saya tak nampak pun dia lagi. Tak kerja ke dia hari ini?”

“Dah puan. Awal-awal lagi dia dah pergi kerja.”

“Awalnya! Apalah yang hendak dikejarkan sangat? Sampai sarapan dengan saya pun tak sempat?” Puan Nurjuwita mengeluh lemah.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now