“TAK boleh ke abang ubah fikiran? Jannah risau dengan korang. Kat sana macam-macam yang kita tak tahu. Helmi pun dah bagi amaran yang Kingen tu gila!”
Di dalam kereta itu Jane pandang Daniel dengan penuh kerisauan. Mereka sekarang berada di depan bangunan Sunshine Bakery & Academy. Sudah beberapa minggu Jane menjadi pelajar sepenuh masa di situ.
Daniel tersenyum pendek lalu menarik Jane ke dalam pelukan. Erat.
“Abang bukan pergi bertiga aje. Abang ada ramai orang untuk tolong.”
“Abang bukannya polis. Ha-joon dengan Hariz pun. Buatnya jadi apa-apa kan susah?” Jane masih belum merelakan lelaki itu pergi.
Kedengaran Daniel mengeluh lemah. Pelukan ke atas Jane pun terlerai. Pipi isterinya itu dipegang kasih. “Sayang doakan abang ya? Abang cuma tinjau-tinjau aje. Tak buat apa pun.”
“Tapi Jannah risau. Risau sangat.” Jane sebak. Hatinya tidak keruan untuk melepaskan.
“Abang pergi kejap aje. Lepas tu abang terus balik,” janji Daniel. Dia masih berkeras. Kalau bukan hari ini bila lagi?
“Janji?” Jane terdiam lama sebelum menjawab. Tercebik-tercebik bibirnya menahan tangis.
Daniel mengangguk. Kepala kemudian ditekapkan ke perut Jane. Perut isterinya yang berlapik baju itu sudah nampak timbul beberapa inci, lantas satu kucupan hangat singgah di situ.
“Baby jaga mama ya? Jangan nakal-nakal. Nanti papa balik belikan susu pisang.”
Jane tergelak kecil sambil mengelus-elus rambut Daniel. “Tak nak susu pisang. Nak mee kari yang abang masak. Nak banyak-banyak. Kan baby kan?” seloroh Jane.
Daniel kembali bertatapan dengan Jane. “Kalau nak abang masak mee kari, kenalah ada pengerasnya kan?” Wajahnya terselit kenakalan bersama mata dikenyitkan sebelah.
Jane menelan liur. “Abang, Ha-joon dengan Hariz dah tunggu kat sana, marah pulak diaorang nanti kalau abang lambat.” Tangan mula menarik pintu untuk keluar dari kereta. Walaupun Daniel sudah menjadi suaminya, namun aura lelaki itu tidak pernah luntur untuk bikin hatinya sentiasa berirama rama-rama berterbangan dengan muzik debaran.
Ketawa Daniel terlepas jua.
“Dah! Salam abang,” ujarnya selepas sisa ketawa habis.
Jane meraih tangan Daniel lalu dicium penuh kasih. “Jaga diri abang.”
“Jangan balik selagi abang tak jemput. Tunggu kat dalam bangunan, jangan tunggu kat luar,” tegas Daniel.
Jane mengangguk lalu keluar dari kereta mewah itu. Tangan kemudian melambai pergi suaminya yang menderu laju sebuah Range Rover silver menuju ke destinasi.
Usai sahaja kereta itu hilang dari pandangan, kaki terus menapak masuk ke dalam bangunan kelas bakery tersebut.
Mudah-mudahan diaorang pulang dengan selamat. Doa Jane di dalam hati.
●●●●●
KELIHATAN beberapa orang lelaki memegang kad terup mengelilingi sebuah meja bulat di depan sebuah bangunan tiga tingkat. Nampak bangunan macam beroperasi menjual pelbagai warna cat dinding bangunan namun siapa tahu yang luarannya hanya teknik penyamaran semata-mata.
Daniel dan Ha-joon berjalan menghampiri bangunan tersebut. Mengejutkan pemain-pemain kad terup itu lantas mereka berdiri bersama wajah yang bengis. Namun, kedua mereka tidak gentar.
Senyuman sinis Daniel lemparkan sambil menunjukkan sekeping token milik kumpulan itu.
Menyedari tujuan Daniel dan Ha-joon, mereka semua tersenyum manis. Menerima tetamu dengan hati yang terbuka.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...