♤ BAB 57 ♤

57 3 0
                                    

JANE sedang memerhati ke segenap dewan di sebuah hotel mewah itu. Dia ke situ hanya sekadar ingin melihat dan membantu apa yang patut dari segi dekorasi pentas, susunan meja dan segala yang berkaitan untuk majlis perlancaran produk baru syarikat mereka. Lagi tiga hari, hari istimewa itu bakal berlangsung secara meriah.

Sedang asyik menyusun gubahan bunga di atas meja bulat, Jane menerima satu panggilan daripada Qistina. Segaris senyuman terbentuk di bibir dan lantas dia menarik butang terima panggilan itu.

“Akak! Tengok news!” jerit Qistina lantang membuatkan telinga Jane bingit.

News apa?” soal Jane laju.

“Abang K... Dia dah mati!” ucap Qistina dengan suara perlahan di hujungnya.

“Hah?” Jane terbangun kerana terlalu terkejut. Abang K? Kingen? Azlan dah mati? Macam mana? Lantas telefon dimatikan dan kemudian membuka chat daripada Qistina. Pautan biru yang baru sahaja diterima itu ditekan.

Seorang lelaki lewat 20-an ditemui mati bunuh diri tergantung di sebuah pangsapuri di Ibu Kota.

Jane menekup mulut tatkala membaca butiran berita itu yang jelas mengandungi nama Wan Muhamad Azlan bin Wan Ahmad. Sedang asyik memproses fikiran dengan berita yang baru diterima, dia menerima pula panggilan daripada suaminya lantas panggilan itu terus diambil.

“Sayang kat mana? Stay situ, abang datang ambik. Polis nak jumpa kita pasal Kingen,” beritahu Daniel di hujung talian.

Sebaik sahaja talian dimatikan Jane bergegas keluar untuk menunggu suaminya itu di luar hotel. Hati semakin berdebar. Jika Azlan ialah Kingen telah meninggal itu maka penjenayah sebenar sudah tiada. Maknanya, kes mereka boleh dikategorikan sudah selesai. Tetapi mengapa hatinya berkata sebaliknya?

Dia masih ada rasa kurang enak tentang berita itu seolah-olah perjalanan kes ini masih lagi belum menemui kata tamat tetapi jika benar segala-galanya telah selesai, hatinya akan sentiasa bersedia untuk rasa lega. Mudah-mudahan ini hanya mainan perasaan aku sahaja, ya Allah.

●●●●●

“BETUL ke dia ni sama dengan orang yang kamu report hari itu?” tanya seorang pegawai polis berpangkat inspektor kepada Jane dan Daniel sebaik sahaja mereka tiba di balas polis itu. Nama pegawai polis tersebut ialah Inspektor Syakir.

Jane melihat gambar yang ditunjukkan. Nafas ditarik dalam-dalam. Pegangan tangan Daniel di sebelah dieratkan. Dia perlukan kekuatan untuk hadap semua ini tambah-tambah lagi Azlan pernah menjadi kawannya.

Lama gambar yang memaparkan sekujur tubuh lelaki yang telah dibungkus dalam plastik beg mayat itu diamatinya. Wajah lelaki itu telah memucat dan kebiruan apatah lagi kawasan lehernya yang semakin kehitaman kerana lebam jerutan tali gantung.

Daniel perasan yang air mata Jane mula bergenang mula mengelus bahu isterinya itu supaya kekal tenang dan sabar.

Jane berdeham membetulkan suara lantas kepala dianggukkan sekali bagi menjawab pertanyaan pegawai polis itu. “Ya, saya pasti tuan. Dia lah orang yang dendam dengan saya selama ini.”

Inspektor Syakir menggangguk kepala mula memahami. “Baiklah kalau begitu. Maklumat kamu memang membantu siasatan kami. Lelaki ni memang ahli kumpulan jenayah yang dikehendaki. Dah banyak maklumat pasal dia lebih-lebih lagi hal yang berkaitan pemerdagangan manusia. Dah ramai mangsa buat laporan baru kali ini kami dapat tumpaskan tetapi itulah dia mati bunuh diri pula. Kami masih menyiasat motif dia berbuat begitu.”

Jane sedikit tergamam. “Dia ketua semua jenayah ni?” soalnya.

Sebenarnya, dia sedikit terkilan. Kingen sudah mati tetapi dia masih tiada jawapan tentang hubungan mangsa ayahnya dengan lelaki itu. Dia nak sangat tanya betul-betul terhadap Kingen sendiri dan kalau boleh mahu minta ampun pasal kecuaian ayahnya itu. Dia juga ingin mempersoalkan kenapa dia yang menjadi mangsa untuk semua dendam Kingen itu. Ini sungguh tidak adil buat hidupnya.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now