♤ BAB 72 ♤

92 2 0
                                    

AIR mata Daniel menitis laju. Terasa bagai disiat-siat hatinya melihat keadaan isteri. Tak menunggu lama, kolar baju Kingen dicekak kasar.

Satu layangan tumbukan deras dilancarkan kepada Kingen. “Aku dah cakap jangan sentuh isteri aku!” tempiknya lantang. Merah menyala matanya melontar amarah. Sabar sudah hilang.

Tubuh Kingen ditarik lagi. Wajah itu ingin disepak tetapi Kingen juga melawan.

Kolar baju Daniel sudah berada dalam genggaman tangan Kingen. Begitu juga sebaliknya. Pandangan mereka bersabung tajam sebelum lutut Daniel naik menujah laju mengena perut Kingen.

Terpelosot seterunya itu ke lantai.

Hati masih tidak puas. Kaki mendekati Kingen lagi. Tubuh itu dipanjat lantas bawah leher lelaki itu dicengkam kasar. Tumbukan demi tumbukan datang bertali arus. Hati terlalu geram sampai-sampai dia tidak kisah sekiranya muka Kingen itu hancur.

Sementara itu, Ha-joon dan Hariz mulai bergerak secara senyap untuk melepaskan Jane, Akif dan Puan Salina. Mujurlah mereka tiba cepat. Menolong Daniel pada ketika Kingen dan Sai sedang sibuk dengan tugas penyeksaan.

Setelah berjaya, Hariz mendekati Sai yang sedang memegang gergaji yang hidup itu. Mulai turun untuk mengerat kaki kanan Arif.

“Jangan!”

Pandangan Sai berubah dingin. Tubuh berpusing menatap si pengacau kerjanya.

“Kau! Kau Sai, akak tom yam tu kan?” Terkebil seketika Hariz setelah wajah wanita itu dapat dicam. Rupa-rupanya Eden dengan Sai saling mengenali. Malah, rapat.

Sai mencemik bibir. Malas hendak layan lawan yang tak seberapa. Baik potong daging buat tom yam. Pandangan kembali teralih kepada Arif. Alahai budak ni. Tak padan dengan anak jantan. Cengeng!

Arif yang sedang menangis itu dicemuhnya.

“Berhentilah Sai. Dia bukan lawan kau!” jerit Hariz.

Sai buat tidak layan. “Bosan ah!” Mata gergaji mula sampai ke kaki Arif. Anak remaja itu berdebar tak sudah-sudah. Kudunglah dia kalau sempat diselamatkan.

“Jangan buat gilalah Sai! Kau lawan dengan aku! Kalau aku kalah, kau boleh buat apa aje!” saran Hariz mula buka bunga seni pertahankan diri, mengajak Sai beradu tenaga.

Tindakan Sai terhenti. “Menarik!” sinisnya. Gergaji dimatikan. Urat tubuh dibetulkan sebelum kembali menatap Hariz.

Pandangan mereka menolak antara satu sama lain. Hariz mula masuk, tangan menujah ke hadapan.

Sai mengelak, belakang badan Hariz pula disiku tajam. Tersenyum sinis. Lawan yang tak sekuat mana!

Dalam pada itu, Ha-joon memapah Jane ke tepi dinding. Direhatkan ibu mengandung yang kian lemah itu. Telefon dikeluarkan bagi mendail hospital. Jane perlu segera mendapat rawatan. Darah yang mengalir ditekap kemas dengan jaket miliknya.

Puan Salina menemani Jane manakala Akif berlari untuk melepaskan ikatan yang membelit tubuh kembarnya.

Ha-joon mula bergegas mendapatkan Daniel dan Kingen yang sedang bergelutan.

Bibir yang koyak berdarah, Daniel kesat kasar. Pedih menerima tujahan tangan Kingen namun dia juga puas. Setiap tumbukannya juga meninggalkan kesan calar kepada lelaki itu. Kingen semakin lemah.

Rahang digetapkan. Nafas Kingen tidak lancar namun senyuman sinisnya tidak hilang. Kawasan perut Daniel yang terdedah ruang ditendang deras dengan kaki.

Tangan spontan menekan perut yang terasa perit. Daniel terbongkok menahan sakit. Gigi menyeringai geram. Cuba untuk berdiri stabil. Apabila diselesakan, kepala lebih dulu melaju menyasarkan tulang rusuk Kingen.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now