♤ BAB 38 ♤

54 3 0
                                    

JANE mengeluarkan tray dari ketuhar yang dipenuhi dengan croissant yang sudah keperangan tanda telah matang dan siap untuk dihidangkan.

Bau yang enak menyapa sanubari membuka selera sesiapa sahaja yang terhidu baunya. Orang Perancis kata lebih enak dimakan bersama hot chocolate sambil melihat orang lalu lalang di pinggir jalan. Alangkah nikmatnya!

Saleha masih lagi menggulung doh untuk membentuk croissant. Jane menunggu untuk tray yang seterusnya. Croissant miliknya sudah selesai dibakar dari pagi. Saleha punya masih banyak lagi.

Itulah siapa suruh merayau ke taman kanak-kanak di mana mangsa kanak-kanak ditempatkan. Kata Saleha dia teringin nak melukis dan mewarna. Macam tiba-tiba saja keinginan dia datang.

Sudahnya, dia lambat ke ruang dapur. Sampai pun apabila Jane sudah selesai. Sekarang dia hanya membantu Saleha menyelesaikan doh miliknya sahaja.

“Kau pergi melukis apa je tadi?” soal Jane sambil belakang badan bersandar pada meja di sisi Saleha.

Saleha tidak memandang ke arahnya. Masih fokus. “Aku lukis gambar budak-budak tu main air...”

Bicaranya tiba-tiba senyap. “Ya ALLAH!” jeritnya kalut. Terhenti kerjanya.

“Kenapa?” Jane turut kalut.

“Aku lupa nak bawak masuk. Habislah kena air lukisan aku!”

“Kau ni! Penyakit lupa kau makin kronik lah!” marah Jane.

“Ana tolong aku. Pergi ambil lukisan tu!”

“Kat mana kau letak?”

“Kat pagar tepi taman. Aku dah gulung lukisan tu. Kau cari aje dekat situ!”

Jane melepaskan apron. Membasuh tangan.

“Yelah... aku pergi tapi tak janji jumpa ke tak.” Kaki melangkah keluar untuk ke taman kanak-kanak yang terletak di tingkat paling bawah. Masih ramai kanak-kanak sedang bermain. Betullah kata Leha, diaorang main air! Desis hatinya. Dia pun segera melaksanakan pencarian lukisan tersebut.

Di tepi pagar seperti yang diberitahu Saleha tetapi tidak jumpa. Sudah sepuluh minit mencari tetapi masih belum ditemui. Jane bercekak pinggang. Kalau bukan kerana Saleha minta tolong hendak sahaja dia kembali ke ruang dapur.

Jane membuang pandang ke arah taman permainan yang dilengkapi banyak alatan bermain. Ramai juga kanak-kanak bermain di situ. Hatinya tiba-tiba terusik. Kalaulah dua orang kanak-kanak itu dapat diselamatkan pasti mereka sedang bergembira bermain sekarang. Bibir tersenyum sayu.

Dalam ralit memerhati tingkah sekumpulan kanak-kanak itu, matanya tiba-tiba tertangkap pada beberapa budak lelaki yang sedang bermain kejar mengejar. Dia lebih tertarik pada satu gulungan kertas di tangan budak lelaki yang mengejar.

Itupun dia lukisan tu! Nasib kau lah Leha! Nampak dah lunyai lukisan kau tu.

Jane segera mendapatkan budak lelaki itu untuk meminta lukisan tersebut. Mula-mula budak lelaki itu tidak mahu menyerahkannya tetapi akhirnya terpujuk dengan janji Jane yang akan memberinya roti buatan sendiri.

Sebaik sahaja lukisan itu berganti tangan, Jane mengelus-elus rambut budak lelaki itu. Dia pun meminta diri untuk berlalu pergi.

Ketika kaki mencecah lobi, Jane dikejutkan dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian suit hitam dilengkapi mini mikrofon di telinga. Macam bodyguard yang sedang berjaga-jaga.

Bahu naik tanda malas nak ambil peduli. Mungkin mereka memang dikhaskan untuk menjaga pusat tahanan tersebut. Fikirnya. Niat untuk kembali ke ruang dapur diteruskan.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now