"LEHA, barang dapur kita semua dah habis. Bila kita nak pergi belanja?"
Saleha, rakan serumah Jane sedang mengetip kuku di ruang tamu mula mengangkat wajah memandang Jane. Gadis itu sedang sibuk menyidai pakaian di ampaian yang terletak di balkoni apartmen.
"Aku pun tak tahu. Apa kata kita tunggu semua free baru kita pergi beli?"
"Aku ikut ajelah mana-mana. Tapi sekarang kita nak makan apa? Bahan nak masak pun takde!" omel Jane.
Kedengaran pintu utama dikuak dari luar. Melihatkan dua orang gadis berjalan masuk sambil tersenyum dengan membimbit beberapa beg plastik. Jane dan Saleha membalas juga dengan senyum mesra.
"Jangan risau! Aku dah tapau makanan baik punya!" jerit Laila. Dia mendengar rungutan rakannya itu sebelum masuk tadi.
"Apa-apa?" tanya Saleha kalut dan mula berlari mendapatkan Laila.
"Nasi lemak yang dijual oleh orang Malaysia kat sini!" jerit Laila sambil tersenyum riang. Qistina yang tiba bersamanya tadi, mendapatkan pinggan dan cawan di dapur.
Jane yang masih dengan kerjanya yang belum siap, membiarkan sahaja lagak rakan-rakan serumahnya itu.
"Ana, tinggalkan aje dulu. Mari makan. Tadi, kau jugak yang merungut tak tahu nak makan apa kan?" ajak Laila sambil membuka bungkusan plastik dan menghidangkannya di atas pinggan.
"Ye, Kak Ana, mari makan dulu. Kejap lagi Qis sambung kerja akak tu!" ajak Qistina pula.
"Hmmm, yela-yela," balas Jane. Dia terus ke sinki.
"Nasi lemak ayam ke? Siapa jual?" tanyanya saat tiba di hadapan ketiga-tiga rakan serumahnya selepas membasuh tangan.
Laila mengangguk.
"Orang kita jugak. Blogger yang dah lama tinggal kat Korea ni. Aku nampak poster makanan dia dekat bus stop. Dia open order seminggu dua kali aje. Ini pun nasib baik aku dah tempah dari minggu lepas. Shh!! Tapi senyap-senyap aje tahu. Jangan sampai Bigboy tahu!" terang Laila dengan hujungnya kedengaran berbisik.
"Oooo.. no problem!" ucap Qistina dan Saleha bersama gaya menutup zip di mulut. Jane sekadar mengangguk sambil mengambil nasi lemak kepunyaannya.
"Wei, sedap giler! Memang langkah kanan kan Ana? Takde makanan tup-tup dapat," kata Saleha dengan mata bersinar-sinar menikmati makanannya.
"Kau ni Leha, kalau dapat makan, sampai tak ucap terima kasih pada orang yang membeli!" sergah Jane.
"Terima Laila dan Qis. Nanti aku belanja korang pula ya," ucap Jane.
Saleha cebik bawah bibir. "Terima kasih korang. Tahu-tahu aje aku kebulurkan?"
Qistina dan Laila yang mendengar hanya menggelengkan kepala melihat telatah rakannya yang satu itu. Mereka berempat akhirnya menikmati nasi lemak ayam sambil berborak-borak.
Tidak lama kemudian, Jane sedar akan sesuatu.
"Eh, Leha, tadi kau makan, kau basuh tangan tak lepas ketip kuku?"
Saleha terkebil-kebil cuba mengingati. "Aku lupa nak basuh!"
Yang lain hanya ketawa mengenangkan tingkah Saleha yang sentiasa lupa dan kalut itu. Laila dan Qistina tepuk dahi, Jane pula menggeleng kepala.
"Itulah, tak sabar sangat nak makan. Banyak kuman tahu tak?" ujar Jane selamba.
Saleha tersengih-sengih. Dia akhirnya bangun, sinki di dapur menjadi tujuan.
"Dah habis makan, baru ingat nak basuh tangan?" jerit Jane.
●●●●●
"MALAM ni, kau tak kena kerja ke Ana?" tanya Laila saat dia memandang Jane sedang termenung di balkoni. Laila lengkap dengan gaun pink singkat bertali halus. Ditutup kawasan yang terdedah dengan winter coat berbulu berwarna hitam bagi melindungi diri daripada kesejukan.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...