♤ BAB 39 ♤

57 3 0
                                    

KEADAAN di hospital agak sesak kerana masih waktu melawat tetapi Jane berjaya menyelinap masuk untuk mencari bilik VIP yang menempatkan pesakit orang kaya seperti Ha-joon.

Yeon Seok di sebelah dikerling. Lelaki itu datang menemaninya hari ini atau lebih tepat mengawasinya supaya tidak melarikan diri. Semalam, dia meminta tolong dengan lelaki itu untuk membenarkannya keluar sekadar untuk menjenguk rakan.

Awalnya, Yeon Seok menolak, kerana takut dia akan menghilang. Jane tidak berputus asa untuk memujuk. Habis segenap bangunan pusat tahanan itu dia mengejar Yeon Seok.

Pelbagai cara dia buat untuk mengambil hati seperti memberinya makanan yang dimasak sendiri. Beri pujian melambung-lambung. Tak cukup dengan itu, dia turut menawarkan diri untuk membasuh pakaian lelaki itu. Sampai-sampai membuatkan Yeon Seok rimas!

Sudahnya, di sinilah mereka sekarang dalam operasi melawat Ha-joon. Di hospital kebangsaan Korea ini. Berpakaian pula ala-ala pencuri. Serba hitam ditambah juga dengan mask hitam.

Mereka berdua tiba di ruangan yang dicari-cari. Awalnya, mereka ada bertanya di kaunter tetapi maklumat tentang Ha-joon agak sulit.

Maklumlah, risau biliknya nanti akan menjadi target untuk musuh membalas dendam. Kata penjaga kaunter, semua ini adalah arahan daripada keluarga dan pihak hospital sendiri. Sudahnya, mereka sendiri yang meliar mencari sehinggalah sekarang telah dijumpai. Tetapi ada masalah pula.

Di depan bilik Ha-joon itu sudah tersedia dua orang bodyduard keluarganya. Macam mana nak lepas kalau macam ni? Jane gusar.

Dia pandang Yeon Seok di sebelah. Mereka sekarang menyorok di hujung dinding sebelum masuk ke laluan kiri iaitu di mana bilik Ha-joon ditempatkan. Sesekali, ada doktor jalan melepasi, terus mereka berdua buat-buat sedang berbual.

Jane intai di sebalik dinding itu. Dia buntu bagaimana hendak bolos daripada dua orang bodyguard tersebut. Kalau main terjah aje boleh kantoi lagi mendatangkan masalah. Tidak mahu. Tidak mahu!

Kedengaran pintu bilik Ha-joon dikuak dari dalam. Terus Jane menyorok sedikit. Tuan Kang menapak keluar dari bilik tersebut. Dia juga telah berjalan membelok ke sebelah kanan bersama bodyguard yang sentiasa ada itu.

Jane mengurut dada. Mujurlah pak cik tua itu tidak perasan akan kehadirannya. Jika tidak, pasti kecoh hospital ini dengan kemarahannya. Dalam masa yang sama, Jane mengeluh lega sebab halangan utama sudah pulang. Tinggal dua orang bodyguard lelaki itu sahaja lagi.

“Jane...”

Terkedu tubuhnya pabila mendengar namanya dipanggil. Dia tahu siapa. Daniel!

Kepala menoleh ke arah Daniel. Yeon Seok juga sama.

Mata mereka bertaut. Wajah Jane tanpa riak. Dia rasa berjauh hati dengan Daniel sebab tidak memberitahu perkara sebenar tentang Ha-joon.

Daniel rasa serba salah. Tak sangka boleh jumpa Jane di hospital ini. Macam mana Jane dapat tahu pasal Ha-joon? Dia juga faham reaksi Jane. Pasti gadis itu sedang marah.

“Awak buat apa kat sini, Daniel?” soal Jane mendatar.

“Saya datang nak lawat Ha-joon sebelum balik. Err... Jane, saya boleh jelaskan!” Daniel cuba menerangkan hal sebenar sebelum Jane membuat andaian yang lebih jauh.

Jane senyap. Dia kembali mengintai ke bilik Ha-joon. Dia tak pasti nak jawab apa bila berdepan dengan Daniel. Nak marah tapi macam nak tahu sebab apa Daniel menipu dia.

Yeon Seok tidak mahu masuk campur. Dia menjauh sebentar.

“Jane... saya bukan tak nak bagitahu awak! Saya cuma...”

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now