“JANE, awak...” Belum sempat Daniel berkata-kata, Jane lebih awal memotongnya.
“Daniel, awak buat apa dekat kejiranan sini?” Suaranya sedikit naik.
Jane meraup wajah. Tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Sehabis baik dia cuba untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu tetapi nampaknya tak berjaya.
Buktinya, Daniel kini sihat-sihat sahaja ingin berbual dengannya. Jane keresahan. Dari awal melihat Daniel dia sudah tak senang duduk. Terbayang ugutan Helmi, dia terus menarik tangan Daniel ke lorong kecil yang terdapat di sebelah kedai serbaneka tersebut. Saleha disuruhnya balik ke apartmen tanpa perlu menunggu dia selesai.
Daniel tidak menjawab pertanyaan Jane. Sebaliknya dia senyum lega.
“Alhamdulillah, saya dah jumpa!” tutur Daniel lembut.
Jane memandang aneh. “Hah? Jumpa? Jumpa apa?”
“Saya dah jumpa awak. Merata saya cari! Kenapa awak lari Jane? Saya mintak maaf, kalau sebab saya ajak awak balik Malaysia buat awak lari. Saya takkan paksa lagi kecuali dengan kerelaan awak sendiri.”
Jane melepaskan keluhan kecil. “Daniel, saya tak salahkan awak, tapi saya memang tak boleh nak ikut awak!”
“Sebab apa? Sebab boyfriend awak tu ke?”
Jane terkelu. Boyfriend? Celah mana pulak datangnya boyfriend ni? Jane tertanya-tanya. Kenapa Daniel kata begitu?
“Saya tak faham la apa yang awak cakap!”
“Dia yang bawak awak keluar dari hotel tu, bukan boyfriend awak kan?”
Hotel? Soalan Daniel membuat Jane hilang kata-kata. Beberapa ketika, Jane teringat akan kejadian tempoh hari. Helmi yang menjemputnya dari hotel itu. Sahlah yang Daniel menyangka Helmi adalah boyfriendnya!
Tetapi macam mana Daniel dapat tahu dia balik dengan siapa pada hari itu? Jane pelik. Akan tetapi, fikir punya fikir Jane akhirnya mengeluh lega. Nampaknya dia boleh manfaatkan keadaan itu untuk hentikan Daniel.
“Kalau saya kata, dia boyfriend saya, awak nak buat apa?” Kening Jane terangkat.
Mempamerkan aksi seorang wanita yang nakal walhal hati terketar-ketar. Memang bukan gayanya untuk bertindak begitu.
Daniel sedar perubahan Jane tetapi dia tidak cepat melatah. Dia menyembunyikan senyuman. Melihat tingkah Jane yang nakal, timbul idea di benak fikirannya untuk mengusik gadis itu.
Dia nak tengok sejauh mana Jane hendak bermain dengannya. Bukannya dia tak boleh meneka hakikat yang sebenar. Informasi daripada Kevin memang betul-betul berguna.
Daniel menghampiri Jane selangkah demi selangkah. Dia pamer lagak badboy pula.
Jane yang menyedari tingkah Daniel cuba mengawal air mukanya namun melihatkan lelaki itu semakin mendekat, dia rasa gerun pula. Hatinya bergolak pelbagai rasa. Bertahan! Hatinya menyuruh supaya tetap steady.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...