DANIEL menyusun pakaiannya mengikut urutan warna, bermula dari warna cerah hinggalah ke warna yang paling gelap. Semuanya, sudah siap diseterikakan.
Baginya supaya menjimatkan masa sehari-hari dan juga elektrik. Sudah tiga hari dia pindah masuk, tetapi hari ini baru dia ada masa untuk mengemas segalanya. Dan selama tempoh itu, dia masih belum bertembung dengan Jane.
Kereta yang dia sewakan pun sudah dilanjutkan tarikhnya agar memudahkan proses menjejaki gadis itu.
Katil yang terhidang dan mengambil hampir separuh ruang bilik utama dipandang. Lama matanya melekap pada katil saiz queen yang tersarung cadar berwarna pink dan penuh dengan corak bunga asal dari Jepun, sakura.
Selama 72 jam dia di apartmen itu, sofa lah yang menjadi tempat dia melepaskan lelah. Diam sejenak dia melihat benda yang menyakitkan hati ada menemaninya sekarang.
Bunga sakura. Sangat menjurus ke arah kewanitaan. Ya, menandakan tempat tersebut adalah persinggahan sebentar Melisa. Nampaknya, masih ada sisa-sisa yang perempuan itu tinggalkan.
Daniel mengeluh kesah. Irama bengang di hati juga terasa. Dia tahu, dia kena buat sesuatu untuk menghapuskan sisa-sisa tersebut.
IPhone miliknya yang enak terdiam di atas meja solek bergaya vintage itu dicapai. Nombor perkhidmatan barangan perabot di Korea dicari.
"Saya nak tempah katil saiz king. Hari ni juga hantarnya."
Usai berurusniaga, dia ke dapur. Air putih dicari bagi memenuhi ruang tekak yang terasa kering. Telefon berbunyi pula. Kali ini, nama Hariz yang tertera.
"Niel, barai! Barai!" jerit Hariz selepas Daniel menarik butang hijau.
"Kau ni, takde salam terus barai. Apa yang kalut sangat ni?"
"Krim tu rosak. Habis semua pecah! Semua team deparment tengah kalut ni. Mana nak dekat tarikh launching lagi!" Bertubi-tubi Hariz menerangkan keadaan.
"Kau biar betul? Salah dekat mana? Macam mana boleh pecah?" Berkerut-kerut dahi Daniel saat bertanya. Dada mula melantun rasa tak sedap.
"Kami tengah cari punca la ni! Guard semua injured. Paling teruk volunteer warded. Tak tahu apa yang dah jadi semalam, CCTV pun rosak teruk. Huru-hara habis stok. Kau balik lah sebelum keadaan jadi lebih teruk! Nak kena siasat betul-betul benda ni," gesa Hariz
"Tapi, urusan aku tak selesai lagi!"
"Kau tunggu apa lagi? Tunggu lingkup bisnes ni baru kau nak balik?" marah Hariz.
"Riz, tak payah la cakap macam tu," tegah Daniel.
"Habis kau tu, tak payah lah sibuk hal orang!"
"Aku bukan sibuk, tapi aku dah janji. Kau tahu kan, aku takkan mungkir janji. Kau cover aku.
Lepas semua settle aku balik. Buat masa sekarang, kau report polis dulu pasal masalah ni""Kau tak suruh pun aku memang dah report. Aku dah call off tempahan dewan hotel dah pun. Memang sekarang kita rugi banyak." Hariz bernada risau.
"Pasal volunteer tu, teruk sangat ke?" tanya Daniel selepas terdiam lama.
"Entahlah! Tapi kulitnya iritated. Aku dengar macam family nak saman."
"Apa?! Saman?" tanya Daniel laju.
"Ya. You heard me well. Saman!" tegas Hariz.
"Pujuk dia Riz. Kita bayar kos perubatan berapa pun, tak pun pampasan. Silap jugak sebenarnya kita minta volunteer untuk test produk kita."
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...