♤ BAB 31 ♤

74 5 0
                                    

"KORANG semua ready?" soal Jane.

Angela dan yang lain mengangguk. Mereka sekarang sudah bersedia di belakang sebuah pintu yang berkunci.

Jane memegang erat batang besi yang dia jumpa. Yang lain juga sama. Ada yang memegang pisau pembedahan, tidak kira juga ada yang membawa serpihan kaca dan gunting. Bolehlah daripada tiada.

"Angela. Pecahkan pintu tu!" arah Jane kerana kedudukan Angela lebih dekat dengan pintu berbanding dirinya. Dan senjata Angela boleh tahan juga ganasnya.

Kapak besi. Di mana gadis itu jumpa, Jane pun tidak tahu. Tetapi melihat keadaan organ dalam bilik itu, seriau terus jadinya. Fahamlah dia sekarang akan tujuan kapak pemakan orang itu.

Angela membetulkan urat lehernya sebelum segera tangan kecilnya mengangkat kapak besi tersebut. Agak terkial-kial kerana benda itu boleh tahan beratnya.

Melihatkan itu, terus Jane menampung pemegang kapak tersebut. Kini, mereka berdua bersama-sama memegang hulu kapak besi itu. Dan tidak menunggu lama, mata kapak itu mengena juga pada pemegang pintu.

Berkali-kali sehingga menampakkan serpihan kayu pintu. Lagi dan lagi sampailah pemegang pintu itu hancur. Mereka semua terus menarik kuat pintu itu dan menapak keluar.

Hembusan nafas lega mula bertebaran saat menjengah keluar. Mereka menjerit suka kerana berjaya.

Keadaan di luar gelap dan sejuk. Serta merta mereka semua menggigil kesejukan. Apakan daya, pakaian mereka sekarang nipis. Sudah ada yang terbersin.

Jane pula pakaiannya masih sama masa keluar dengan housemates dia hari itu. Dah naik rimas rasanya tetapi mujurlah musim sejuk baunya tidak menyengat sangat. Rasanya dah masuk hari baru. Jane mencongak kebarangkalian berapa lama dia telah dikurung. Rasanya, baru sehari.

Pandangan diluaskan ke sekeliling. Samar-samar tetapi Jane masih boleh meneka. Di atas kepala mereka adalah siling. Bawah mereka berlantai mozek.

Sekeliling ada banyak lot kedai tetapi sudah usang. Ada juga tingkap kaca di hujung kiri dan kanan bangunan itu. Nampaknya, tempat itu adalah sebuah ruangan tertutup yang agak besar. Macam tempat pusat membeli belah.

Rasa ingin tahu mula menebal. Jane membuka luas pintu ruangan tadi agar cahaya lampunya menyebar keluar bagi memudahkan mereka melihat ke sekeliling.

"Awak semua, sini!" Angela tiba-tiba menjerit dari kejauhan. Jane dan yang lain mula berlari mendapatkannya.

"Kenapa? Ada apa?" soal Jane laju.

"Kita dalam bangunan terbiar. Kalau tengok dari sini, sekarang kita duduk di aras paling bawah. Bilik tadi tu bilik bawah tanah!" terang Angela. Dia juga mendongak dan menunjuk ke atas dari tingkap kaca yang pecah. Keadaan di atas yang agak gelap tetapi boleh nampak tingkap-tingkap di aras yang lebih tinggi.

Jane juga dongak ke atas dan melihat keluar dari tingkap itu. Betullah, mereka sekarang di aras bawah. Bilik tadi memang bilik bawah tanah!

Dinding-dinding tepi tingkap itu juga dipenuhi tumbuhan menjalar. Dia rasa melekit saat menyentuhnya. Macam lumut. Nampak macam terbiar sahaja tempat ini sebab boleh nampak semak samun yang memanjang di sekeliling.

Cat putih di dinding-dinding juga merekah dan berkulat. Mozek lantai juga pecah-pecah dan kotor. Di manakah mereka sekarang sebenarnya? Jane penasaran.

"Jom keluar. Mintak tolong orang. Kalau jumpa telefon, terus call polis." Jane buat keputusan.

Kesemua mereka ambil keputusan untuk melompat keluar dari tingkap itu memandangkan tingkap itu sahaja jalan keluar yang ada.

| C🐧|TOGETHER Where stories live. Discover now