JANE tatap passport miliknya di tangan. Sekarang, diri sudah berada di lapangan terbang antarabangsa Incheon. Di sisinya, adalah Saleha, Qistina dan Laila yang berwajah begitu teruja. Masing-masing berpakaian menarik. Namun, hati masih galau. Berbelah bahagi kerana Ha-joon. Kerana buat kali terakhirnya dia tidak akan dapat berjumpa dengan lelaki itu. Ha-joon masih belum sedar.
Turut bersama mereka ialah Datuk Lim Kok Seng. Dia akan turut serta menghantar mangsa pulang pada hari ini. Mereka sekarang masih berada di dalam sebuah bilik sementara sebelum dibawa keluar. Tidak boleh bergerak sewenang-wenangnya kerana ada ramai wartawan sudah menunggu di luar.
Mereka juga perlu mengenakan topeng hitam bagi mengelakkan wajah mereka menjadi mangsa lensa kamera pihak wartawan. Ini juga penting untuk menjaga privasi mereka.
“You all nampak tak sabar...” Datuk Lim sekadar mengusik.
“Mestilah Datuk. Dah lama kami tunggu saat-saat ni.” Laila tersengih ceria.
“Balik nanti terus jumpa family. Jangan pergi tempat lain lagi. Mesti family you all rindu sangat. Dah bagitahu mereka kan?” soal Datuk Lim.
Laila hanya mengangguk perlahan. Dalam hati sedikit pilu sebab tiada siapa pun yang bakal menantinya kecuali nenek yang sudah uzur di rumah orang tua.
“Hmmm, saya tak dapat nak contact kakak saya. Mungkin dia dah tukar nombor.” Saleha pula bernada sayu. Selama dua bulan lebih ditahan, selalu dia mendail nombor kakaknya, berharap akan bersambung namun sampai ke hari ini tidak berjawab. Mungkin benar kakaknya memang sudah menukar nombor, itu yang sukar untuk dihubungi.
“I see... Takpe, you boleh suprise dia nanti. I jamin dia pun tak tahu macam mana nak contact you. You masih ingat kan jalan balik rumah?” usik Datuk Lim.
“Hehehe... Mestilah ingat, takkan tak ingat.” Saleha tersengih malu.
“Yang lain macam mana? Family tunggu kat airport?” Datuk Lim memandang Jane dan Qistina.
“Saya tak. Saya balik sendiri nanti,” jawab Jane senafas. Memang dia akan naik bas terus ke Terengganu. Dia mana ada keluarga di Kuala Lumpur. Kenalan pun tiada. Keluarga pula kesukaran untuk ke airport. Lagipun, memang mak dan adik-adiknya masih tidak tahu tentang dirinya yang akan pulang.
“Mana boleh macam tu. Takpe, nanti I arrange orang untuk hantar you ke rumah. Bahaya balik sendiri. Or you memang sengaja nak suprise mereka?” Kening Datuk Lim terangkat.
Jane menggeleng kepala. “Saya tak nak susahkan Datuk. Betul, saya boleh naik bas sendiri nanti.”
“No good la Jane. I kena pastikan yang you sendiri akan sampai ke tempat you nanti. Jangan tolak ya...”
Jane terdiam sebentar.
“Datuk, dia memang macam ni. Tak nak bebankan orang lain. Tapi saya sokong Datuk. Kita pun masih tak tahu sama ada penjenayah ni memang ada di Korea aje ke atau memang base mereka di Malaysia. Ana, kau ikut ajelah apa yang Datuk suruh...” Laila memandang Jane.
Jane pandang Laila. Agak terkejut kerana Laila seakan-akan boleh meneka yang penjenayah sebenar masih bebas.
“Yes, Jane. Kawan you ni ada betulnya. Mana tahu memang ada penjahat sebenar masih berlegar di Malaysia. You ikut ajelah cakap I. I kena pastikan you sampai dengan selamat ke rumah you. Betul-betul depan family you. Baru hati I tenang sikit.” Datuk Lim mengutarakan hasratnya penuh harapan.
Jane berfikir sebentar dan tidak lama kemudian dia mengangguk setuju. Setuju kerana dia pun masih belum tahu apa tindakan Kingen seterusnya. Mana tahu jika sebenarnya, Kingen sudah menanti di lapangan terbang menunggunya dengan senyuman yang bakal memberi mimpi ngeri sekali lagi malah lebih dasyat.
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...