“SSIBAL! (sial!)” bentaknya kasar.
Di pagi gelap yang hening. Hanya beberapa manusia malam sibuk melakukan pekerjaan mereka tetapi itu tidak dihiraukan oleh seorang lelaki pemilik nama Kang Ha-Joon. Tayar kereta Audi A7 miliknya disepak berkali-kali bagi melepaskan geram.
Tidak cukup dengan itu, tangan menumbuk pula cermin pintu kereta itu. Berkecai ke atas jalan dan menarik perhatian orang yang lalu lalang. Pastinya mereka berasa kerugian apabila melihat nasib cermin pintu kereta mewah itu yang menjadi mangsa pemiliknya. Tetapi sayang, Kang Ha-joon tetap dengan amarahnya.
Tangan yang mula berdarah dan berasa pedih tidak dihiraukan. Sekali lagi Ha-Joon menendang pintu kereta itu sehingga kemik. Marah sungguh dia pada pagi-pagi buta ini. Kerana Jane, kereta kegemarannya menjadi mangsa.
Waktu itu, jika bekas teman lelaki Melisa tidak datang membuat kacau pastinya dia sedang bergembira dengan Jane. Ralat hatinya kala ini.
Jika sebelum ini wanita-wanita langganannya yang berjaya dia takluki tidaklah terasa berat kerugian dan amarahnya untuk dilepaskan pergi.Tetapi kenapa setelah dia berjaya melanggan Jane, wanita yang ditawarkan oleh adiknya dia begitu ingin memiliki gadis itu. Ingin melindunginya.
Baginya, gadis itu berbeza. Gadis itu kelihatan tidak ghairah seperti pelacur pro yang lain. Seakan-akan, itu pertama kali dia melayan pelanggan. Malu-malu dan penuh misteri.
Egonya tercabar apabila Daniel dengan selambanya membawa Jane pergi tanpa sempat dia berbuat apa-apa. Dia tidak inginkan wang milik Daniel. Yang dia mahukan adalah Jane!
Teringatkan Jane dia menjadi tidak tentu arah. Ingin rasanya menarik kembali tangan Jane tadi ke dalam pelukannya namun dia sedar, Jane bekerja secara haram. Jane orang Malaysia begitu juga Daniel. Jadi, sudah tentu yang berhak menyelamatkan Jane adalah Daniel.
“Hyung...” panggil Kang Haru, adiknya dengan lemah. Dia sedang dipapah oleh Melisa. Rakan-rakan mereka yang lain juga ada bersama membantu.
Ha-Joon hanya memandang kosong pada adiknya. Teman wanita Haru, Melisa apatah lagi. Baginya, ini semua salah mereka. Salah mereka, Jane pergi. Salah mereka juga, dia sekarang tidak pasti apa yang dirasakan. Bagaikan suatu kehilangan yang besar.
Ya, dia berasa kosong, sunyi, dan sedih tanpa Jane. Perasaan aneh apakah ini? Ingin diusir jauh tetapi dia juga tidak mahu mengusir wajah Jane. Pelik. Walau hanya beberapa jam, wajah Jane seakan-akan bersemadi tenang di hatinya.
“Oppa, I am so sorry...” Kali ini Melisa pula bersuara meminta maaf. Sedar kesilapan mereka pada lelaki itu.
Ha-Joon tetap seperti tadi. Diam seribu rasa. Tanpa memandang ke arah kedua makhluk di hadapannya terus dia meluru masuk ke dalam kereta mewah itu.
Telefon pintarnya dicapai lalu satu nombor didail.
“I want her legally, whatever it takes!” katanya mengakhiri perbualan bersama wajah yang dingin.
Beberapa saat seketika enjin kereta itu menderu kuat pergi meninggalkan mereka di belakang. Sikit pun Ha-Joon tidak ada rasa kasihan meninggalkan mereka terutama adiknya. Pandai-pandailah dia balik sendiri. Bisik hatinya.
Kereta dibawa laju bersama semangat baru. Semangat ingin mengambil kembali Jane sebelum gadis itu selamat pulang ke negaranya. Walaupun Jane di mana sekalipun akan tetap dia cari. Jane miliknya dan dia pasti.
TBC...
YOU ARE READING
| C🐧|TOGETHER
Romance○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjikan kebahagiaan harta. Gaji yang lumayan dan taraf hidup yang mewah sememangnya menarik minatnya untuk...