PROLOG

252 17 18
                                    

"SAYA dah lama menunggu awak... Syahidah." - Hilman

"DAN saya dah lama menanti kehadiran awak." - Syahidah

— — —

Penantian.
Menunggu insan yang dicintai, namun ia berakhir dengan kekesalan asbab insan itu telah bersama dengan pilihan hati sendiri.

Namun...
Adakah semua itu benar-benar berlaku?

Hilman menjadi penunggu yang kecewa.

Disangkakan Syahidah itu juga mempunyai perasaan terhadapnya. Tetapi gadis itu telahpun mempunyai Khalil - yang dijangkakan bahawa lelaki itu kekasih hati Syahidah sekarang.

Hilman duduk termenung di tepi jendela bilik. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Syahidah itu fikirnya membawa sesuatu yang menggembirakan, rupanya menghampakan.

Meskipun gadis itu masih ingat akan dirinya.

"Aku dah janji tak nak bercinta masa belajar. Kenapa aku perlu cemburu bila dia dengan si Khalil itu?" Hatinya yang galau itu berbisik sendiri.

"Tapi aku suka dekat dia. Allahuakbar... Baru aku tahu betapa sakitnya cinta bertepuk sebelah tangan." Wajah diraup kasar.

"Abang, jom lah turun bawah. Abah panggil itu." Suara Helmi yang memanggil dari muka pintu menghentikan lamunannya.

Helmi.
Cepat sungguh si kecil itu membesar.
Dia sudah berusia sepuluh tahun.

"Hm, okey. Abang turun," balas Hilman sambil tersenyum tawar.

Helmi berlalu pergi meninggalkan si abang berjalan di belakang. Dia juga pelik dengan Hilman yang tiba-tiba murung selepas pulang dari kelas tadi.

— — —

"Idah!" Laungan daripada Syah membuatkan Syahidah berjalan pantas ke arah abangnya itu.

"Ya, abang. Kenapa?" soalnya. Syah menghulurkan sebungkus roti putih dan plastik yang berisi barangan dapur.

"Tolong letak dekat dapur. Abang nak ke tandas." Syah tersengih sendiri. Manakala Syahidah menggelakkan abangnya.

Ada-ada saja lawak yang dibuat si abang ini!

Syahidah mengangkat barang-barang tersebut dan meletakkan ia ke atas meja makan. Setelah itu, dia mengambil satu per satu barang lalu menyimpan ia ke tempat yang sepatutnya.

"Boo!" Khalil yang datang entah dari mana sengaja membuatkan Syahidah terkejut.

Hampir saja tin sardin yang dipegangnya terjatuh.

"Terkejutlah!" Syahidah berkerut memandang ke arahnya. Marah.

"Nak tolong, boleh?" soal Khalil.

"Tak apalah. Dah nak siap ini," balas Syahidah. Khalil membuat muka merajuk.

"Nak merajuk pula dia ini. Mengada betul!" komen Syahidah.

Dia kemudiannya menarik kerusi lalu melabuhkan duduk ke atasnya.

"Kenapa Khalil datang tiba-tiba ini? Ada apa-apa ke?" Syahidah mengajukan soalan. Khalil tersenyum kecil.

"Kenapa ya agaknya? Entah lah. Khalil pun tak tahu." Balasan itu membuatkan Syahidah memejamkan mata rapat sambil menghela nafas berat.

Geram juga bila berhadapan dengan Khalil ini. Selalu sangat buat lawak yang tak kelakar itu. Senang cerita, lawaknya terlalu hambar.

"Dia teman abang beli barang. Bosan duduk rumah katanya." Syah yang baru keluar dari bilik air menyampuk.

"Idah, kut ya pun. Hidangkan air untuk Khalil. Tak baiklah tetamu datang tapi tak dijamu apa-apa." Syah membuka peti ais lalu mengeluarkan botol air minuman oren.

Minuman itu dituangkan ke dalam gelas lalu diberikan kepada Khalil. Lelaki itu mengucapkan terima kasih.

"Khalil, terima kasih lah sebab hantarkan Idah balik semalam. Abang ada emergency case pula. Kalau tidak, abang saja yang ambil dia," ucap Syah.

"Tak ada hal lah, abang. Walaupun kena kejar dia semalam." Ayat kedua diujarkan dengan perlahan, namun cukup untuk didengari oleh Syah.

"Kejar Idah? Astaghfirullahal'azim. Idah, Idah... Kenapa sampai nak berlari pula ini?" Pandangan ditalakan kepada si adik yang membuatkan muka tidak bersalah.

"Idah lapar lah abang. Sebab itu Idah lari..." jelasnya.

"Tapi itulah, lari punya lari sampai langgar orang." Khalil menggelakkan Syahidah.

"Haa! Abang tahu tak, Idah langgar Hilman. Tak sangka dia satu bidang dengan Idah. Lepas seminggu jadi pelajar universiti, Idah tak pernah nampak dia dalam kelas, dan dia pun tak pernah nampak Idah. Macam... Kebetulan, kan?" Syahidah sudah tersenyum-senyum. Teringat akan momen dia terlanggar Hilman.

"Kebetulan. Satu universiti, satu bidang. Silap hari bulan, satu pelamin!" seloroh Syah. Wajah Khalil mula berubah.

"Kenapa Khalil? Cemburu ke?" soal Syah. Nada gurau masih dikekalkan.

"M-Mana ada! Buat apa nak cemburu? Itu kan kawan lama Idah..." katanya.

Syahidah sudah tidak fokus dengan perbualan mereka, sebaliknya fikirannya melayang ke situasi semalam.

"S-Syahidah?"

Secara tidak sedar, vermilion mula ternaik membentuk sebuah senyuman manis.

"Idah! Dosa lah fikir macam itu!" marahnya di dalam hati pada diri sendiri.

"Tapi... Harap-harap awak tak berubah hati, Hilman. Saya dah lama sukakan awak. Cuma... Saya tak nak beritahu sebab takut awak tak suka saya." Syahidah menongkat dagu di atas meja.

Khalil yang perasan Syahidah tersenyum sendiri itu berasa tidak senang hati. Dia dapat merasakan bahawa Syahidah itu menyukai Hilman dalam diam.

"Khalil? Jom lah kita berbual dekat ruang tamu. Biarkan si Idah dekat sini. Termenung pula tiba-tiba," ajak Syah. Khalil hanya menurut.

Mereka berdua meninggalkan Syahidah bersendirian di dapur.

####

Selamat berkelana di dalam kisah Hilman dan Syahidah!

Terima kasih atas bacaan anda.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now