BAB 56

71 6 16
                                    

SEJADAH dihamparkan ke atas lantai. Kemudian, Sakinah meletakkan kerusi di atasnya. Dia juga membantu Khalif yang baru selesai berwuduk untuk duduk di atas kerusi tersebut.

"Terima kasih, ibu." Ucapan itu dibalas dengan senyuman sahaja. Sakinah setelah itu keluar dari bilik anak bongsunya lalu memasuki bilik.

Khalif merenung sejadah tersebut. Terbit perasaan kesal di dalam hatinya kerana telah meninggalkan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Niat solat subuh dipasang di dalam hati sebelum dia mengangkat takbiratul ihram dengan bersungguh-sungguh.

Khalil yang baru selesai solat itu hendak pergi ke tandas dan matanya secara tidak langsung terarah pada adiknya yang sedang solat. Spontan bibir Khalil melengkung membentuk senyuman manis.

"Baguslah kalau kau dah berubah." Khalil bersenandika sendirian. Tidak mahu berlama di situ, dia berjalan ke tandas semula.

Setelah beberapa minit, Khalil masuk ke dalam bilik Khalif. Ketika itu, si adik sedang menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT. Khalil hanya mendengar bisikan halus yang keluar dari bibir itu, tetapi ayatnya tidak jelas.

Seusai mengaminkan doa, Khalif berpaling ke arah abangnya yang sedang duduk di birai katil. Senyuman dilemparkan kepada Khalil.

Dan itu membuatkan Khalil terpempan. Tidak pernah-pernah lagi si adik itu tersenyum manis dengannya.

"Abang." Sekali lagi Khalil terkedu.

"Abang? Sejak bila kau reti panggil aku abang?" soal Khalil. Khalif tergelak halus. Dia bangkit dari kerusi lalu berjalan dengan berhati-hati ke arah katil.

"Sejak tadi... Kenapa? Salah?" Tangan kanan dihulurkan ke arah Khalil - minta bersalaman.

Khalil cuma menyambutnya tanpa syak-wasangka.

"Tak salah pun. Aku pelik sikit," jelas Khalil.

"Abang, Khalif nak minta maaf banyak-banyak dengan abang sebab jadi adik yang menyusahkan, yang selalu benci abang. Khalif banyak curi duit abang. Insya-Allah, kalau Khalid dah kerja nanti, Khalif ganti balik semuanya," ujar Khalif.

"Aku maafkan kau, Lif. Lagipun, kau itu adik aku. Aku tak boleh nak berdendam dengan kau. Fasal duit itu... Tak payahlah ganti. Aku halalkan." Khalil menerima ucapan permohonan maaf itu dengan berlapang dada.

"Dahlah... Kau rehat. Aku nak masuk bilik. Nanti ibu marah pula kalau nampak aku berjalan-jalan ke sana ke sini." Khalil menggelakkan diri sendiri.

"Itulah, abang... Degil," komen Khalif.

"Eleh, kau pun sama!" Khalil memeluk tubuh. Dia bangun dari tempat duduk.

"Sikit saja degilnya... Abang itu, banyak!" Khalif galak mentertawakan abangnya.

"Oh, dah pandai kau sekarang ya? Siaplah, aku mengadu dekat ayah!" Khalil berjalan keluar dari bilik itu sambil protes.

"Khalif boleh mengadu dekat ibu!" laung Khalif dari dalam. Sengaja ingin mencari fasal.

"Tak nak kawan kau!" Khalil membalas.

"Tak kisah pun..." kata Khalif.

"Woi, kau baru saja minta maaf dekat aku! Tak apa, aku tarik balik kata-kata aku tadi. Tak nak maafkan." Khalil masih tidak berpuas hati.

"Janganlah macam itu, abang," jawab Khalif, sedikit sedih. Nada murung kedengaran pada penghujung ayatnya.

Khalil pula tergelak-gelak membiarkan adiknya berasa serba-salah.

"Seronok betul dapat kenakan dia!" Hati Khalil melonjak-lonjak kegembiraan.

— — —

EMPAT tin susu pekat itu diambil dari rak. Sesekali dia melihat ke arah Syahidah yang sedang memilih tepung kastard. Entah apalah yang si adik itu ingin lakukan menggunakan tepung tersebut.

Maklumlah, sepanjang tempoh cuti itu, Syahidah selalu meluangkan masa di dapur. Nanti macam-macam jenis pencuci mulut dia hidangkan pada Syah setiap kali waktu makan.

Ketika itu, seseorang menegurnya dari belakang. Syah menoleh ke arah tersebut. Kedua pasang iris hazel itu bertaut, namun masing-masing cepat menunduk ke bawah. Senyuman manis terukir di bibir Syah.

"Aira. Seorang saja?" soal Syah.

Riana mengangguk.

"Baru saja balik kerja. Lepas itu, ibu saya minta tolong belikan barang keperluan dapur untuk pelajar dekat tahfiz sekali. Itu yang ke sini... Awak? Pun seorang juga ke?" Riana membalas soalan Syah tadi sebelum dia menanyakan soalan sama.

"Tak lah. Saya datang dengan adik itu." Syah menunjuk ke arah Syahidah yang sedang memilih serbuk agar-agar pula. Si adik itu tidak perasan dia sedang berbual dengan Riana.

"Itu Syahidah?" Syah mengangguk perlahan. Riana senyum.

"Hm, Syah. Saya dah beritahu pada walid dengan ummi fasal kita. Walid kata... Kalau awak betul-betul sukakan saya, jumpa dengan dia dulu. Bincang langkah seterusnya. Katanya, tak manis lah kalau kita berdua tanpa sebarang ikatan. Itupun kalau awak berani lah." Riana membiarkan Syah berfikir seketika.

"Insya-Allah... Saya datang." Syah menunduk segan.

Syahidah meletakkan tepung kastard dan serbuk agar-agar yang dipilih ke dalam troli. Dia memandang wajah Riana dengan tertanya-tanya. Kemudian, dia berkalih pula melihat Syah.

"Abang, siapa ini?" bisik Syahidah.

"Kak Aira yang Idah selalu tanya itu..." jawab Syah, juga berbisik. Melopong sekejap mulut Syahidah.

Dia mendekati Riana dan menyalami tangan gadis itu.

"Tak sabar nak tengok kakak dengan abang duduk atas pelamin." Ujaran itu membuatkan Syah menggeleng kecil.

"Sabar, Idah. Dia pula yang sibuk," kata Syah. Adiknya tersengih-sengih.

"Gurau saja lah, abang," ujar Syahidah. Riana tertawa perlahan melihat gelagat dua beradik itu. Comel sungguh!

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now