BAB 3

61 12 4
                                    

HILMAN menatap muka Khalil, dan Khalil menatap muka Hilman. Saling berpandangan. Kemudian, tawa meletus dari bibir kedua mereka.

"Kau... Sukakan Idah kan?" Khalil menyoal Hilman bersama senyuman nakal. Hilman menggeleng kecil - tidak mahu mengaku.

"Cakap sajalah. Tak payah menipu diri sendiri. Aku tak kisah pun kalau kau suka dia." Khalil menghabiskan air sirap limau dengan sedutan terakhir.

"Ya. Aku suka dia. Sejak sekolah menengah lagi. Tapi aku tak pernah luah. Aku takut dia tak selesa," balas Hilman.

"Bila masuk sini, aku nampak kau rapat sangat dengan dia. Aku jadi... Jealous. Tak tahu pula kau orang sepupu. Aku minta maaf sebab buruk sangka dengan kau, Khalil." Hilman rasa bersalah.

Khalil tersenyum manis. Dia memaut bahu Hilman.

"Tak apa. Kau tak tahu, kan? Tak ada hal." Kata-kata Khalil sedikit melegakan hati Hilman.

"Satu saja yang aku nak bagitahu kau. Idah itu, nampak saja peramah, ceria... Tapi dia selalu pendam masalah. Dia cerita pun, dekat abang dia saja. Dia dah lalui macam-macam perkara sejak kecil, Hilman. Aku harap, kalau kau betul-betul ada perasaan dekat dia, tolong jangan buat dia jatuh lagi." Nada suara Khalil bertukar serius.

"Jujur aku kata, dia pun tak nak luahkan perasaan dia dekat kau. Alaa, kau pun kenal dia macam mana... Dia segan. Dan dia tak nak fikir fasal benda ini masa belajar. Jadi, aku harap kau faham," tutur Khalil.

"Terima kasih, Khalil," ucap Hilman.

"Sama-sama! Ha, kau asasi perubatan, kan? Aku pula asasi perundangan. Boleh kita jadi kawan?" Tangan dihulurkan kepada Hilman.

"Mestilah boleh." Hilman menyambut huluran tangan tersebut. Dia mengukir senyuman lebar.

Mereka kemudian keluar dari kawasan kafeteria menuju ke lot parkir motosikal.

— — —

SYAH yang baru pulang dari hospital disapa dengan ceria. Terus wajah yang kepenatan itu berubah gembira kerana disapa begitu.

"Idah, kenapa tunggu abang balik ini? Tak mengantuk ke? Hm?" Syah melabuhkan duduk di sebelah adiknya. Syahidah menggeleng kecil.

"Saja tunggu abang. Boleh makan sama-sama. Idah bosan makan seorang diri," kata si adik. Pipi dikembungkan sebentar.

Syah tertawa kecil melihat gelagat adiknya.

"Yalah. Kesian Idah, lapar. Jom makan. Lepas makan, abang nak mandi dan terus tidur!" Ujaran itu dibalas dengan jelingan tajam daripada Syahidah.

"Kenapa?" Sekali lagi dia dibalas dengan jelingan tajam. Syah semakin hairan.

"Tak reti nak baca surah al-Mulk ke, surah as-Sajadah ke? Pakai tidur saja kerjanya." Ia sedikit sebanyak menyentap hati kecil Syah.

"Betul lah. Lupa pula. Terima kasih adikku Idah sebab ingatkan," ucap Syah. Masih lagi terharu.

"Sama-sama, abang. Lepas ini, jangan lalai ya," pesannya siap-siap. Syah mengangguk laju.

Mereka menjamu selera bersama pada pukul 0954 malam. Kalau hari-hari macam ini, boleh bertambah berat badan jawabnya.

"Abang, macam mana kerja hari ini?" soal Syahidah setelah menghabiskan sisa makanan di dalam mulut.

"Alhamdulillah, okey. Agak bergetar
juga tangan abang masa buat coronary angioplasty tadi. First time punya fasal. Alhamdulillah, pesakit itu selamat." Senyuman lega diukir oleh bibirnya. Syahidah juga mengucapkan tahmid.

"Hebatnya abang," puji Syahidah, ikhlas.

"Tak adalah. Abang masih dipantau oleh doktor pakar," kata Syah.

"Tak apalah. Asalkan abang dapat buat dengan baik." Syahidah meyakinkan abangnya.

"Ya, betul itu." Syah menyuapkan nasi ke dalam mulut selepas itu.

"Idah basuh pinggan dulu ya." Dia meminta izin. Syah hanya membenarkan.

Syahidah kagum dengan abangnya yang telah berjaya menamatkan pengajian dan telah mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pakar bedah jantung.

Usaha dan penat lelah si abang kini terbalas jua. Syahidah bangga dan terharu dengan abangnya.

Dia juga berharap agar dirinya dapat menjadi seperti Syah suatu hari nanti.

"Idah, bekas ini biar abang basuh. Idah pergi masuk tidur ya. Esok ada kelas kan? Idah kena tidur awal," pesan Syah.

Syahidah pada awalnya tidak mahu membiarkan Syah mencuci pinggan mangkuk yang sudah digunakan itu. Namun setelah dipaksa, dia akhirnya akur juga.

"Selamat malam abang. Idah nak minta maaf kalau ada buat salah selama ini," ucapnya.

"Selamat malam. Tak adalah. Abang pun nak minta maaf ya. Idah masuk bilik, rehat, okey?" Senyuman masih terpasang di bibir.

"Baik, abang. Assalamualaikum." Sejurus mendengar balasan salam daripada si abang, Syahidah terus memasuki biliknya untuk berehat.

Syah yang selesai mengemas dapur pula memasuki bilik air untuk membersihkan diri sekali gus mengambil wuduk untuk membaca al-Quran sebelum tidur.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now