BAB 10

54 7 12
                                    

TEPUNG yang sudah digunakan diikat semula dan disimpan di dalam rak. Syahidah yang telah memasukkan roti berinti daging lada hitam itu ke dalam ketuhar melabuhkan duduk di atas sofa sementara menunggu ia masak sepenuhnya.

Syah pula yang baru selesai mencuci kereta menegur si adik.

"Dah siap roti itu?" soalnya. Syahidah menggeleng.

"Baru masukkan dalam oven. Kenapa? Abang dah lapar ke lepas cium bau yang sedap daripada roti itu?" Senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Sikit." Syah tersengih kecil. Adiknya pula ketawa dengan balasan si abang.

"Banyak ke Idah buat?" soal Syah lagi.

"Tak banyak... Sepuluh biji saja," jawab Syahidah.

"Banyak lah itu. Siapa nak habiskan nanti?" Syah hairan.

"Idah nak bagi dekat Hilman dengan Khalil sekali. Dua biji untuk Khalil, empat biji untuk Hilman. Yang lagi empat biji itu untuk kita berdua." Syahidah memberi penjelasan kepada abangnya.

"Oh, macam itu rupanya. Baguslah," kata Syah.

"Idah, minggu depan, kita pergi rumah Pak Long, boleh? Ada benda penting untuk kita bincangkan dekat sana. Kalau Idah ada, lagi mudah abang punya urusan." Syahidah mulai pelik dan tertanya-tanya tentang urusan yang dimaksudkan abangnya.

"Urusan apa?" Syahidah mengerutkan dahi menatap raut wajah serius milik Syah.

"Berkenaan arwah ayah dengan ibu. Semua itu penting untuk kita selesaikan." Syah membalas.

"Baik, abang." Syahidah menurut sahaja. Asalkan dia tahu bahawa Syah akan sentiasa melindungi dirinya sekiranya apa-apa berlaku.

Syah melambai-lambai tangan di hadapan muka Syahidah. Adiknya ini kalau termenung memang sukar untuk disedarkan.

Hidung mancung milik Syahidah dicubit perlahan. Pantas tangan si adik menepis tindakannya.

"Apa ini main cubit-cubit hidung? Abang..." Riak muka garang ditayangkan. Syah mengatur tawa - tidak terkesan dengan riak muka tersebut.

Sudah terbiasa.

"Abang, Idah nak tengok gambar arwah ayah dengan ibu yang dekat dalam dompet abang itu, boleh? Rindulah..." tutur Syahidah, sedih. Senyuman simpul memekar di ulas bibir Syah.

Dia bangkit dari duduk lalu mengambil beg dompet yang berada di atas rak kecil bersebelahan katil di biliknya. Kemudian, dia menerpa ke arah Syahidah lalu menghulurkan dua gambar yang diminta.

Syahidah mengamati wajah manis kedua insan yang bergelar ibu dan ayahnya itu dengan mata yang berkaca. Tunggu masa saja empangan hendak pecah merembeskan air mata.

Dia membawa kedua gambar itu ke dalam pelukan untuk melepaskan rindu. Syah yang menyaksikan situasi tersebut turut menahan sebak di dada.

Dia tahu sangat bagaimana rasanya kehilangan orang yang disayangi. Lagi-lagi apakala adiknya itu langsung tidak pernah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada kedua ibu dan ayah mereka.

Pastinya Syahidah lebih terkesan.

"Idah rindu... Rindu ibu ayah..." Esakan kecil kedengaran daripada mulutnya. Syah mendekati Syahidah untuk memujuknya.

"Nanti masa pergi rumah Pak Long itu, kita lawat kubur arwah ayah dengan ibu ya? Jangan menangis dah. Abang tak nak tengok Idah sedih-sedih." Syahidah mengangkat wajah setelah mendengar pujukan abangnya.

"Senyum sikit," arah Syah. Si adik menurut dengan mengulas senyuman nipis.

"Barulah manis!" Syah tertawa geli hati. Syahidah pula segan dipuji sebegitu.

— — —

KAKI melangkah masuk ke dalam rumah setelah mendengar balasan salam dari dalam. Helmi menyapa abangnya yang sedang duduk bersila di atas sofa sambil tangannya ralit menatal skrin telefon.

Hilman menoleh ke arah Helmi. Senyuman ditayangkan kepada adiknya. Namun begitu, senyuman tersebut mulai mengendur saat ternampak sebuah plastik kecil berwarna merah dipegang oleh Helmi.

"Apa yang ada dalam plastik itu?" Dengar sahaja soalan itu yang diajukan, pantas Helmi menyembunyikan plastik tersebut pada belakang tubuh.

"Tak ada apa-apa." Sengihan muncul pada bibir. Hilman menjungkitkan kening.

"Abang tanya, apa yang ada dalam plastik itu? Kenapa adik perlu sembunyikan dekat belakang?" Nada suara Hilman bertukar dingin. Dia mula mengesyaki sesuatu daripada perlakuan adiknya itu.

"Tak ada apa-apa lah, abang." Helmi diserang rasa cemas. Dia takut dirinya tertangkap oleh Hilman.

"Adik ada buat sesuatu yang tak baik belakang abah dengan abang kan? Baik mengaku sekarang, sebelum abang pergi sana dan rampas benda itu." Hilman memberikan amaran.

Halim yang baru keluar dari bilik itu tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di dalam rumahnya saat itu. Melihat pada raut wajah Hilman dan Helmi, dia dapat mengagak terdapat pergaduhan kecil antara kedua anaknya.

"Man, ada apa ini? Nampak marah sangat abah tengok," tutur Halim.

"Abah tengoklah. Adik ini dah pandai buat benda bukan-bukan belakang kita. Entah apa yang dia bawa balik dari sekolah... Bila Man tanya, dia sembunyikan benda itu dekat belakang," adu Hilman. Iris hazelnya masih tidak lepas menikam tajam iris hitam pekat milik Helmi.

"Abah, adik tak buat apa-apa pun. Percayalah cakap adik..." Helmi takut. Halim memandang kedua anaknya bersilih-ganti.

"Hilman, kamu tak boleh tuduh sembarangan macam itu... Adik, cuba tunjuk dekat abah apa yang adik bawa itu. Sini." Halim menyuruh Helmi mendekatinya.

"Ini, abah." Plastik merah itu dibuka dan ditunjukkan kepada abahnya.

"Gula-gula?" Halim berkerut hairan.

"Adik sorokkan sebab tak nak abang minta saja. Bukannya adik bawa benda tak elok pun. Kenapa abang suka tuduh-tuduh adik? Abang benci sangat ke dengan adik sampai asyik rasa ragu-ragu dengan adik?" luah Helmi.

Mana tidaknya, setiap hari dia menahan rasa sakit hati kerana Hilman selalu memarahinya.

"Tak ada apalah." Hilman bangkit dari duduk lalu masuk ke dalam bilik. Tidak mahu lama-lama bertekak dengan Helmi. Serabut.

Halim menggeleng kepala melihat sikap Hilman. Belakang Helmi ditepuk lembut.

"Tak apa, adik. Jangan fikirkan sangat fasal abang itu. Biar abah yang nasihat abang kamu nanti." Dia senyum manis. Helmi menyengguk lambat-lambat.

"Adik masuk bilik dulu ya. Rehat," ujar Halim.

"Okey, abah." Helmi meloloskan diri ke dalam bilik.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now