BAB 7

53 9 34
                                    

MENUNGGU kedatangan Khalif memang menyebalkan. Dia sendiri berjanji ingin berkumpul di jalan gerbang masuk utama kampung sebelum memulakan perlumbaan.

Chin Meng sudah menyerabutkan rambutnya yang panjang menutupi bahagian mata itu. Penat menunggu daripada bertanding.

"Mana itu Khalif? Lambatlah!" Rajesh bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

"Aku telefon pun tak dapat ini... Aku rasa dia ada masalah dengan mak bapak dia itu. Kau pun tahu dua orang tua dia itu macam mana kan?" kata Rushdi.

Bunyi motosikal yang datang dari arah kampung membuahkan senyuman daripada bibir Rushdi.

"Hey, brothers! Sorry lambat. Ibu aku bising tadi." Enjin motosikal dimatikan. Sebatang lolipop dikeluarkan dari poket. Plastik pembalutnya dibuka lalu gula-gula itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Jom, kita race sampai simpang dekat Warung Hanum! Siapa menang, dapat duit daripada semua yang kalah. Apa macam? Syok tak syok?" ujarnya.

Yang lain pun apa lagi, setuju saja kerja mereka. Siapa saja yang tidak suka jika wang yang dipertaruhkan dalam pertandingan?

Halal dan haram juga diketepikan asbab itu.

"Aku baling mercun ini dekat bawah. Mercun ini meletup saja, kita mula. Setuju?" soal Khalif. Mukanya kelihatan yakin bahawa dia akan memenangi perlumbaan tersebut.

"Setuju." Jawab ketiga mereka serentak.

Pemetik api dan mercun bola dikeluarkan dari poket seluar. Sumbu pada mercun tersebut dibakar lalu ia dibaling sedikit jauh daripada mereka.

"Sedia semua!" laungnya.

Bunyi letupan yang kuat kedengaran menyebabkan masing-masing memecut laju di atas jalan raya.

Kelihatan Khalif sudah berada jauh di hadapan sementara kawan-kawannya yang lain masih ketinggalan di belakang.

Rushdi tidak berpuas hati lalu menambah kelajuan motosikalnya. Dia hanya ingin menewaskan Khalil yang merupakan juara bertahan setiap kali perlumbaan diadakan.

Dia juga pada masa yang sama tidak mahu duitnya diberikan kepada Khalif.

"Susah betul nak lawan dia ini!" marahnya. Dia semakin hampir dengan Khalif, namun Khalif lebih bijak.

Khalif menambah kelajuan - tidak mahu dikalahkan sesiapa.

"Jangan mimpilah kau nak kalahkan aku, Rush!" laung Khalif, kuat.

Beberapa orang kampung yang baru pulang dari masjid terkejut dengan perbuatan mereka. Bunyian kuat dan nyaring daripada motosikal masing-masing membuatkan telinga mereka sakit.

"Apalah budak-budak zaman sekarang ini? Masjid tak mahu pergi, ajal pula yang dicari." Pemuda tersebut menggelengkan kepala.

"Itulah. Semoga mereka dikurniakan hidayah dari Allah SWT. Aamiin..." Tok imam itu hanya mendoakan kesejahteraan mereka. Pemuda tadi juga mengaminkan doa tersebut.

Khalif dan Rushdi sudah hampir tiba di simpang Warung Hanum. Perlumbaan tersebut semakin sengit Pada minit-minit terakhir.

Rushdi dengan perasaan tidak puas hatinya, manakala Khalif hanya bersantai-santai kerana sudah agak dia yang akan menjadi juara.

"Aku menang! Sudahlah, Rush... Menyerah saja. Tengok Meng dengan Rajesh, walaupun kalah, dia orang tetap seronok. Kalah dan menang itu kan adat resam pertandingan." Khalif ketawa besar. Batang lolipop dibuang ke dalam semak-samun.

"Dah, dah. Aku nak duit. Cepat-cepat, aku nak kena balik terus ini. Kalau tak, habis bernanah telinga aku kena bebel." Tangan dihulurkan meminta wang.

Chin Meng dan Rajesh dengan rela hati menyerahkan wang masing-masing yang berjumlah RM50 kepada Khalif.

"Ini saja? Punyalah jauh kita race, ini saja duit yang kau bagi? Aku bengang lah macam ini. Nasib baik aku menang, kalau tak habis dua ratus aku." Dalam pipi digigit geram. Jelingan tajam dihadiahkan kepada kedua mereka.

"Itu saja yang kita orang ada maa..." kata Chin Meng.

"Betul itu, Lif. Itu pun duit aku curi appa aku punya." Khalif dan Chin Meng serentak menepuk dahi dengan penjelasan dari Rajesh.

"Bodohlah kau ini," komen Chin Meng.

"Rush, duit." Khalif masih menunggu Rushdi menghulurkan duit atas kemenangannya.

Rushdi dengan tidak ikhlas meletakkan RM60 ke atas telapak tangan Khalif.

"Macam ini baru betul! Terima kenyataan yang kau dah kalah. Terima kasih ya? Aku nak ciao dulu. Bye!" Dia dengan selamba bergerak pulang ke rumah.

Ketiga kawannya itu terkulat-kulat mengenangkan wang masing-masing yang sudah lesap diberi kepada Khalif.

"Tak guna betul! Koyak dompet aku," kata Rushdi.

"Tak apalah, Rush... Kita pun dah kalah-"

"Kau bolehlah Meng. Aku tak boleh terima dia menang. Siaplah kau Khalif! Satu hari nanti, aku akan kalahkan kau. Tengok sajalah." Tidak mahu berlama-lama di situ, dia juga pulang ke rumah sambil diikuti oleh Chin Meng dan Rajesh.

— — —

HELMET ditanggalkan dari kepala. Dia melangkah ke arah pintu rumah lalu membukanya. Masuk-masuk saja dia dah ternampak kelibat ayahnya yang berjalan ke dapur. Pintu rumah dikunci dari dalam.

Kunci motor pula diletakkan pada tempat gantung kunci yang disediakan.

"Haus gila..." Tekaknya ibarat padang pasir yang tandus kerana kehausan. Dia membuat keputusan untuk ke dapur membasahkan tekak.

"Khalif? Kamu pergi mana? Berpeluh-peluh sampai macam ini sekali ayah tengok." Teguran daripada Faizal menghentikan langkahnya. Dia berada tepat di hadapan lelaki separuh abad itu.

"Rumah kawan. Lepak sekejap," jawabnya mendatar.

"Lewat sangat kamu balik ini. Esok kamu nak ke sekolah, kan?" Lembut saja Faizal menutur. Dia tidak gemar berkasar dengan anak-anak sejujurnya.

"Ayah, Khalif dah lapan belas tahun. Ikut suka hati Khalif lah nak balik awal ke, balik lewat ke. Khalif tak susahkan ayah dengan ibu pun!" ujarnya, lantang.

"Ayah cuma risaukan kamu..." Faizal melepaskan nafas berat setelah Khalif berjalan melepasinya masuk ke dalam bilik.

Dia sudah hilang rasa haus selepas bercakap dengan ayahnya.

"Tak payah risau lah! Ish, semak betul orang tua ini. Bila nak mampus aku tak tahulah!" Tiada langsung rasa hormat pada si ayah.

Faizal dengar segala yang dituturkan anaknya di dalam bilik itu, tetapi dia masih mampu tersenyum perit.

"Salah ayah sebab terlalu manjakan kamu." Dia bermonolog perlahan. Sebak menguasai dada saat itu.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now