BAB 12

40 6 17
                                    

KUNCI motosikal Khalil capai dari meja makan. Beg juga dia galas sekali. Kemudian, dia keluar dari rumah lalu mengunci pintu dan gril.

Enjin motosikal dihidupkan sebelum dia bergerak ke rumah ibu dan ayahnya di kampung. Rindu terhadap pasangan ibu ayah itu bakal dilunaskan. Khalil tersenyum lebar di sebalik visor helmet.

Maklumlah, esok dia berniat untuk menemani ayahnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan berkaitan kesihatannya.

Mata terpandang ke arah bakul motosikal. Plastik yang berisi sebuah kotak kecil itu membuatkan Khalil bertambah gembira.

"Nah, Idah ada buatkan roti untuk Khalil dengan Hilman. Jangan lupa makan tau! Lepas dah makan, komen dekat Idah. Baik atau buruk, Idah terima dengan hati yang terbuka." Senyuman terbit lebar dari bibir mungil Syahidah.

"Wow, terima kasih, Idah! Mesti sedap gila ini!" ucap Khalil.

"Itulah. Terima kasih, Syahidah." Hilman juga menzahirkan ucapan penghargaan.

"Tak ada hal lah," balas Syahidah.

"Kejap... Kenapa Hilman dapat dua kotak? Idah ini, tak adil tau!" Khalil memeluk tubuh. Hilman tertawa halus.

"Memang lah. Khalil kan duduk seorang. Idah bagi dua biji roti saja. Hilman ada adik dengan abah dia... Sebab itu, Idah bagi lebih. Faham?" ujar Syahidah. Walau bagaimanapun, Khalil tetap memeluk tubuh sambil memalingkan muka ke tempat lain.

"Merajuk saja kerjanya. Sama macam Abang Syah..." omel Syahidah.

"Kau ini, Lil. Sepatutnya bersyukur sebab Syahidah dah bagi roti untuk kau. Jangan merajuk lah. Dah macam budak-budak!" tutur Hilman.

"Yalah... Aku gurau saja pun," kata Khalil. Syahidah ketawa perlahan.

"Tak apa... Kalau Khalil dah rasa sedap, beritahu Idah. Nanti Idah buatkan lagi. Boleh?" sahut Syahidah. Terus bersinar-sinar mata Khalil mendengarnya.

"Mestilah boleh!" Dia begitu teruja.

Khalil tersenyum-senyum setelah mengingati apa yang dia dan dua sahabatnya bualkan pagi tadi. Dia terasa jengkel juga dengan dirinya sendiri.

Ada pula dia merajuk dengan Syahidah kerana hanya memberikannya dua biji roti berbanding dengan Hilman yang mendapat empat biji roti.

"Yang bukan-bukan saja kau ini, Khalil..." monolognya pada diri sendiri.

- - -

PELUKAN hangat dihadiahkan kepada si ayah. Faizal rasa bersyukur atas kepulangan anak sulungnya yang dirindui.

"Sihat, Khalil?" soal Faizal. Khalil mengangguk. Ucapan tahmid dilafazkan perlahan.

"Ibu mana pula, ayah? Nampak senyap saja rumah ini." Khalil terjengah-jengah di kawasan anjung rumahnya.

"Ibu tak ada. Katanya pergi kedai, tapi tak balik-balik lagi. Adalah itu singgah mana-mana." Faizal tergelak kecil. Begitu juga dengan Khalil.

"Yang adik kamu pula, entah lah. Tadi pukul dua macam itu, dia balik dari sekolah. Tak sampai beberapa minit, hilang dah. Pergi rumah kawan lah itu..." sambung Faizal.

"Merayap saja si Khalif itu. Tunggulah dia nanti." Khalil menggelengkan kepala mengenangkan sikap si adik.

"Tak apalah. Biar saja dia itu. Kamu masuk lah... Rehat ke apa." Faizal memaut bahu Khalil dan membawanya masuk ke dalam rumah bersama-sama.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now