BAB 22

57 9 20
                                    

SIJIL penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita itu dia tunjuk kepada Helmi. Memekar senyuman Helmi saat ia dihalakan ke arahnya.

"Alhamdulillah... Tahniah, Alisha! Awak memang terbaik lah." Helmi beriak teruja dengan pencapaian Alisha.

"Terima kasih, abang... Alisha gembira sangat bila dapat tahu yang Alisha menang. Walaupun masa pertandingan itu Alisha bergigil-gigil dekat atas pentas." Dia tertawa kecil apabil teringat momen diri itu berasa gementar apabila berada di hadapan audiens.

"Tak apalah. Asalkan Alisha dah buat yang terbaik untuk capai kemenangan. Mesti ibu dengan ayah Alisha bangga dengan Alisha, kan?" kata Helmi.

"Itulah. Mama dengan papa mesti gembira dan yakin Alisha boleh berjaya." Penumbuk dikepal sebagai tanda semangat.

"Saya pun harap Alisha akan berjaya dalam apa jua urusan." Helmi mendoakan Alisha. Alisha turut mengaminkan doanya.

"Alisha, saya masuk kelas dulu lah. Nanti lambat pula. Dahlah kelas saya jauh," ujar Helmi bersama gelakan halus. Alisha mengangguk faham dan membiarkan Helmi berlalu pergi dari situ.

"Kalaulah Icha ada abang..." bisik hati kecil Alisha.

- - -

TUDUNG bawal labuh berwarna biru langit dipakainya. Namun tidak sampai beberapa minit, dia membukanya lalu mencampakkan ia ke lantai.

Rasa tidak yakin dan bisikan kecil yang terlalu merendahkan diri membuatkan Syahidah memilih untuk memakai tudung berwarna gelap.

"Kulit kau bukannya cerah mana. Tak sesuai pun untuk tudung warna lembut. Buta ke, Idah?" Bisikan yang semakin kuat muncul di dalam hati itu membuatkan air mata Syahidah mengalir pantas ke pipi.

"Kau tak cantik. Daripada zaman sekolah lagi kau asyik kena ejek kut. Tak sedar diri ke?" Semakin deras air mata yang merembes keluar dari empangan.

"Idah..." Panggilan daripada Syah membuatkannya cepat-cepat menyeka air mata. Dia tidak mahu si abang itu menyoal macam-macam.

"Merah pipi itu dah kenapa? Pakai blusher tebal sangat ke?" tanya Syah bersama tawaan kecil.

"Mana ada... Blusher pun Idah tak pernah guna abang." Syahidah menjawab tenang.

"Dah itu? Pipi ini merah sebab apa? Menangis eh?" Syah perasan sangat dengan keadaan wajah si adik itu. Syahidah diam tidak menjawab.

"Apa yang buat Idah sedih ini? Cuba cerita dekat abang." Syah menyandarkan bahu sebelah kirinya pada muka pintu bilik si adik.

"Tak ada yang penting pun. Kalau Idah cerita, mesti abang ketawakan saja nanti." Alasan itu tidak diterima oleh Syah. Dia tetap bertegas agar Syahidah membuka cerita tentang masalah yang dihadapi.

"Yalah, sebenarnya Idah insecure. Idah tak cantik. Kulit agak gelap. Tak macam kawan-kawan yang lain," luah Syahidah. Si abang membalasnya dengan gelengan perlahan.

Dia sememangnya tidak bersetuju dengan pernyataan Syahidah.

"Setiap manusia diciptakan dengan kecantikan yang berbeza-beza. Macam dalam surah at-Tin ayat empat, Allah SWT berfirman yang bermaksud, sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya yakni berkelengkapan sesuai dengan keadaannya. Kenapa perlu menyoalkan apa yang Allah dah kurniakan kepada kita? Idah tak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah kurniakan?" Sengaja dia menghentikan ayatnya untuk melihat reaksi Syahidah.

Ternyata si adik memilih untuk menunduk dan terus mendengar segala penerangan yang diberikan.

"Adik abang ini cantik. Sangat cantik. Hanya orang yang tertentu saja mampu menilai kecantikan Idah ini. Abang minta sangat dekat Idah... Jangan bersikap menghukum apa yang Allah dah kurniakan pada diri kita. Takut kelak Allah tarik semua nikmat itu, kita tak boleh nak buat apa-apa lagi. Masa itu, penyesalan yang muncul dalam hati pun tak berguna. Ingat Idah, you are special for the chosen one." Setiap ujaran yang terkeluar dari mulut Syah menyentap segenap ruangan hati Syahidah.

Syah berjalan ke arah tudung berwarna biru langit yang berada di atas lantai itu. Dia bertindak mengambil tudung tersebut seraya menghulurkan kepada Syahidah.

"Pakai tudung ini Idah. Idah nampak lagi cantik kalau pakai ini. Percayalah cakap abang." Syah cuba meyakinkan adiknya.

"Tak nak lah, abang. Idah pakai tudung hitam sajalah macam biasa," jawab Syahidah.

Syah merendahkan tubuhnya agar dapat menatap wajah adiknya yang menunduk itu.

"Cuba. Tudung ini kan, hadiah yang abang bagi masa hari jadi Idah yang ke lapan belas tahun. Idah tak suka dengan pemberian abang? Tak apalah, abang bagi tudung ini dekat pesakit abang saja esok. Mungkin dia akan lebih gembira," ujar Syah, murung. Lantas Syahidah mengambil tudung tersebut dari tangan abangnya.

"Janganlah bagi orang lain," kata Syahidah. Syah terus tergelak-gelak.

"Tahu takut! Lain kali, cakaplah bukan-bukan lagi. Abang tak nak kawan Idah." Syah membalas. Syahidah tersenyum tipis.

"Idah pakai ya? Abang tunggu dekat luar," sambung Syah. Syahidah mengangguk tanda faham.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now