BAB 1

113 13 6
                                    

PERPUSTAKAAN dituju Syahidah. Dia menyegerakan pergerakan ke sana. Beberapa buku yang berada di dalam pegangan dikemaskan.

Meja yang terletak di sebelah rak yang paling hujung dipilih kerana tidak ramai pelajar di situ. Lebih tenang fikirnya.

Sedang dia mengulang kaji pelajaran, kelibat Hilman yang lalu berdekatan situ menerpa penglihatan. Tatkala itu, kedua iris hazel bertaut lalu masing-masing cepat menundukkan pandangan.

Syahidah mengukir senyuman manis ke arah Hilman, manakala Hilman hanya membalas dengan senyuman tawar. Dia tidak mahu menunjukkan rasa suka kepada Syahidah lagi.

Mungkin dengan senyuman tawar yang diberikan, membuatkan Syahidah faham bahawa hatinya sedang sakit kerana cinta yang diberi langsung tidak dibalas.

Syahidah menyambung bacaannya yang tertangguh.

"Mana pula Khalil ini, dah janji nak study dekat sini tapi batang hidung dia tak muncul-muncul pula!" kata Syahidah di dalam hati.

Dari jauh, Khalil melambaikan tangan ke arah Syahidah. Lebar sungguh senyumannya seolah-olah tiada rasa bersalah.

"Assalamualaikum, Idah..." ucap Khalil. Syahidah menjawab salam yang diucapkan perlahan.

"Ini, beg Idah yang tertinggal dekat kereta Khalil semalam. Asyik lupa saja." Beg berwarna hitam yang dihadiahkan oleh Aman dihulurkan kepada pemiliknya.

"Terima kasih sebab pulangkan!" Terasa lega hati Syahidah saat melihat beg itu masih berada dalam keadaan elok tanpa kerosakan.

Tatap saja beg itu, teringat pula pada Aman yang berada jauh di Johor. Pasti adiknya itu sudah lebih tinggi daripadanya sekarang ini.

"Idah study apa saja?" soal Khalil.

"Study untuk kuiz lepas ini." Dagu ditongkatkan sambil mata fokus ke arah aksara yang terkandung di dalam buku tersebut.

Hilman yang sedang duduk di salah sebuah meja kosong memerhatikan kedua mereka.

"Tak sangka awak dengan dia rapat macam ini sekali," monolog Hilman.

Tidak mahu berlama-lama di situ sambil disajikan dengan Syahidah dan Khalil yang baginya sedang sibuk bercinta, dia berlalu pergi dari perpustakaan.

Rasa cemburu kian menggunung di dalam hati.

"Dia... Tak buka buku pun dari tadi. Tapi dah keluar. Belajar dekat tempat lain kut," kata Syahidah.

"Siapa?" soal Khalil. Dia memusingkan tubuh memandang belakang.

"Hilman," jawab Syahidah. Khalil mencebik sedikit.

"Kenapa Khalil macam tak suka saja bila Idah sebut nama Hilman? Khalil kenal dia ke?" Soalan cepumas diajukan kepada Khalil.

"Tak adalah. Khalil cuma... Pelik. Idah suka dia ke?" Dia pula mengembalikan satu soalan cepumas kepada Syahidah.

Merah pipi Syahidah dibuatnya.

"Tak," bohongnya.

"Yalah itu." Khalil seperti tidak percaya dengan pernyataan Syahidah.

"Okeylah. Khalil tak nak kacau Idah belajar. Sambunglah," arahnya.

— — —

HILMAN pulang ke rumah. Pintu rumah dibuka sambil mulut mengucapkan salam. Halim dan Helmi yang sedang duduk berbual di ruang tamu menjawab salam tersebut serentak.

"Hilman, macam mana kelas hari ini? Okey?" soal Halim semasa Hilman menyalami tangannya.

"Alhamdulillah, okey saja abah. Penat sikit saja lah," katanya. Halim tersenyum sedikit.

"Kamu pergilah mandi bersihkan diri dulu. Lepas itu, kita makan. Adik tengah panaskan lauk untuk kamu." Mata Hilman membulat sekejap.

"Adik masak ke abah?" tanya Hilman.

"Ya. Adik masak. Dia belajar dari YouTube," balas Halim.

"Wah, nak mandi cepat-cepat! Tak sabar nak rasa air tangan adik!" Hilman begitu teruja dengan berita tersebut.

Dia langsung masuk ke bilik lalu mengambil pakaian untuk membersihkan diri. Air ditadahkan di atas tangan lalu disapu rata pada wajah.

"Segar sikit..." Hilman bersenandika sendirian di dalam bilik air.

Seusai mandi, Hilman menyisir rambut sambil melihat cermin. Minyak wangi disemburkan pada baju.

Dia setelah itu meluru ke dapur untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh Helmi.

"Abang, makanlah dulu. Udang masak buttermilk. Istimewa untuk abang. Adik masak sendiri tau. Tapi sambil tengok video lah," ujar Helmi, bangga.

"Pandai! Abang nak rasa. Mana tahu tak sedap, boleh abang komen." Sengaja dia bergurau. Paip air dibuka untuk mencuci tangan.

"Sedaplah. Abah dah komen dulu sebelum abang," balas Helmi, tidak berpuas hati dengan kata-kata si abang.

Hilman menuangkan nasi ke atas pinggan. Begitu juga dengan lauk udang tersebut. Dia duduk di atas kerusi.

"Nampak menyelerakan!" Hilman membaca basmalah lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut. Mata dipejam rapat untuk mengamati setiap rasa yang terkandung di dalam lauk tersebut.

"Alhamdulillah, sedap. Pandai adik masak," katanya. Helmi tersenyum bangga.

"Kan adik dah cakap. Mesti sedap punya." Hilman tertawa kecil.

Dia meneruskan menyuap makanan ke dalam mulut sehingga habis. Singki dituju untuk mencuci pinggan yang sudah diguna.

"Abang, nanti ajarkan adik kerja sekolah Matematik boleh tak? Susahlah soalan yang cikgu bagi itu," pinta Helmi.

"Tak nak belajar dari YouTube?" sindir Hilman.

"Abang... Bolehlah..." Nada memujuk digunakan Helmi.

"Ya. Mestilah boleh," balas Hilman.

Dia berjalan ke ruang tamu. Bahu si adik dipaut.

"Apa yang adik tak faham itu? Soalan KBAT ke?" Hilman menyoal. Helmi mengangguk mengiyakan apa yang dinyatakan Hilman.

"Insya-Allah, senang saja itu. Soalan budak darjah empat kut..." ujar Hilman, berlagak.

"Sombong." Helmi memeluk tubuh. Punggung dihenyakkan pada sofa.

"Sombong dengan budak pendek ini apa salahnya." Pantas lengannya ditumbuk kuat oleh Helmi.

"Jahat lah abang ini!" Bibir merah Helmi mencebik sedikit.

"Tak sakit pun." Hilman tergelak-gelak melihat muka Helmi yang merah itu.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now