BAB 28

44 7 16
                                    

WAJAH Rushdi langsung tidak dipandangnya. Khalif begitu benci dengan orang yang dengan rela hati melibatkan diri dalam aktiviti penagihan dadah.

Dia hanya melayani Chin Meng dan Rajesh sepanjang mereka selesai berlumba tadi. Melihat ketiga mereka tidak mengendahkan kehadirannya, Rushdi akur dan pulang ke rumah dengan hati yang dipenuhi amarah.

Dia menyumpah seranah terhadap Khalif kerana memulaukan dirinya seperti sampah.

Tin minuman kopi diinjak-injak lalu disepak masuk ke dalam semak-samun. Khalif bersandar pada tiang pondok.

"Khalif, sudah masuk pukul satu pagi maa... Kau tak nak balik ke? Aku sudah ngantuk lah." Chin Meng menggosok mata sepetnya, manakala Rajesh sedang menguap besar tanpa menutup mulut.

"Woi, dah macam badak air! Besar betul mulut kau buka ya? Tutuplah, bodoh," tegur Khalif bersama kata-kata kesat.

"Aku pun mengantuk lah, Lif. Kau nak suruh kita orang lepak sini sampai pukul berapa?" soal Rajesh.

"Kau orang nak balik, baliklah! Aku nak duduk sini sampai esok pagi. Malas aku nak duduk rumah. Buat serabut kepala otak saja," kata Khalif.

"Haiyaa, kau ini Khalif. Tak ada kesian ke dekat kau punya bapak sama mak? Dia orang tunggu kau balik tahu? Kalau tak kesian, baik kau mampus sajalah... Jadi anak pun tak ada guna punya," sembur Chin Meng.

"Itulah, Khalif. Aku pun sama juga macam kau. Appa aku selalu marah kalau aku bikin salah. Tapi, aku tak suka buat dia susah hati. Sebab itu, aku nak balik cepat... Kau baliklah." Belakang tubuh Khalif ditepuk perlahan oleh Rajesh.

Definisi sahabat baik sudah dia ketahui. Dua orang sahabat di hadapannya ini sentiasa dianggap nakal oleh orang sekeliling, tetapi dalam kenakalan mereka, terdapat keprihatinan dan kebaikan yang tersendiri.

Tersentuh hati Khalif setelah mendengar kata-kata Chin Meng dan Rajesh.

"Yalah... Aku balik. Terima kasihlah sebab join game malam ini. Kalau kau orang tak ada, aku mesti bosan." Khalif menghela nafas panjang.

"Kita kawan maa... Mesti mahu susah sama susah, senang sama senang!" tutur Chin Meng.

"Betul, betul. Aku setuju!" Rajesh mengangguk tanda setuju dengan lenggok kepalanya. Khalif tertawa besar.

"Muka saja ganas, tapi dalam hati ada taman..." Sengaja dia mengusik kedua mereka.

"Hati mesti mahu ada taman lah, dey! Kalau tak, siapa mahu kahwin sama aku? Apalah ini budak..." kata Rajesh.

Chin Meng juga tergelak-gelak dengan ujaran Rajesh.

"Dahlah. Jom, balik." Masing-masing menaiki motosikal sendiri sebelum akhirnya membawa diri ke rumah.

Khalif tersenyum sendiri sepanjang perjalanan pulang. Inikah yang dikatakan kawan-kawan jahat? Kalau Rushdi itu dia tidak boleh nafikan lagi.

Tetapi Chin Meng dan Rajesh tidak jahat. Mereka cuma nakal, sama sepertinya.

Sejak sekolah rendah lagi mereka menjadi sahabat baik. Tiada erti benci dalam kamus hidup mereka bertiga. Hanya kasih sayang dan perasaan gembira saja yang mekar sepanjang masa.

Memanglah mereka sering bergaduh, tetapi itu tidak menggugat ikatan persahabatan yang terbina kukuh.

Pintu rumah yang tidak berkunci dibuka. Ia ditutup dan dikunci dengan mangga setelah dia masuk. Kaki melangkah longlai menuju ke bilik tidur untuk mendapatkan rehat.

Khalif melihat telefon pintarnya. Mesej daripada Khalil dibaca pantas sebelum dia menaip jawapan ringkas.

Ahad depan, kau teman ayah pergi hospital. Cuba menabur jasa pada ibu dengan ayah sikit. Jangan asyik terkejar-kejar untuk jadi anak derhaka saja.

Yalah.
Tak payah bagi ceramah malam-malam buta ini. Aku meluat nak baca.

Telefon ditutup kembali. Mesej yang baru dihantar oleh si abang tidak dibaca. Esok pagi sajalah dia balas. Baginya, adik-beradik tidak sepenting kawan-kawan.

Meskipun tanggapannya itu sudah terang lagi kan nyata salah.

"Macamlah kau bagus sangat, Lil. Silap-silap dekat KL itu, kau lagi teruk daripada aku. Sebab itu, waktu cuti sem pun tak nak balik. Lepas itu acah-acah bagi nasihat dekat aku macam ustaz. Syaitan bertopengkan manusia betul!" omel bibir kering itu.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now