BAB 43

51 9 25
                                    

MATA tertancap pada Syahidah yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Syah menarik nafas dalam-dalam sebelum menyapa si adik.

"Idah, nak abang hantar pergi kerja tak hari ini?" Soalan itu langsung tidak dibalas. Malah Syahidah terus meluru ke arah kereta sahabatnya yang sedang menunggu di luar pagar rumah.

"Sorry, Idah." Keluhan kecil terlepas dari mulut.

Syah mengeluarkan telefon pintar dari poketnya lalu mencari nombor telefon Khalil di dalam log panggilan.

Dia menekan nombor tersebut lalu menunggu Khalil menjawabnya.

"A-Assalamualaikum, Khalil." Tergagap-gagap Syah semasa mengucapkan salam.

Khalil di dalam talian mengukir senyuman manis setelah mendengar suara Syah.

"Waalaikumussalam, abang. Ya? Ada apa abang telefon Khalil pagi-pagi ini?" soal Khalil, ceria. Nada yang penuh keceriaan daripada Khalil itu sedikit membuatkan Syah kesal dengan perbuatannya beberapa hari yang lalu.

"Abang... Sebenarnya nak minta maaf sebab marah dan tampar Khalil hari itu. Abang terlalu ikutkan marah. Sorry, Khalil. Abang tak patut buat macam itu. Sepatutnya abang berterima kasih pada Khalil sebab tolong Idah." Matanya yang sedikit berair itu digosok perlahan.

"Hal kecil saja lah abang... Khalil tak ambil hati pun. Sedih sikit saja." Khalil tersengih sambil menjawab.

"Khalil faham, abang masa itu penat sebab baru balik kerja. Lagipun, Idah itu kan adik abang, jadi abang ada hak untuk lindungi dia," sambung Khalil lagi.

"Terima kasih, Khalil..." ujar Syah.

"Sama-sama," jawab Khalil.

"Khalil dah ada dekat kampung lah kan?" soal Syah, menukar topik.

"Tak, abang. Khalil dekat hospital ini. Ayah masuk wad..." Khalil menceritakan segala yang berlaku kepada ayahnya.

"Doktor suruh cari penderma, tapi Khalil tak tahulah abang nak buat macam mana. Kalau Khalil nak jadi penderma untuk ayah boleh kan, abang?" tanya Khalil, polos.

"Boleh. Khalil beritahu doktor, nanti doktor akan buat pemeriksaan sama ada buah pinggang Khalil sesuai ataupun tidak dengan ayah Khalil." Syah menjelaskan kepada sepupunya itu.

"Berapa kos pembedahan itu?" soal Syah.

"RM50000, abang." Jumlah tersebut membuatkan Syah melafazkan istighfar secara berbisik. Meskipun dia merupakan seorang doktor perubatan, dia juga akui bahawa dia tidak mampu untuk menampung kos tersebut, inikan pula keluarga dan pesakit yang menanggung bebanan itu.

"Kalau ada perlukan bantuan apa-apa, beritahu abang. Insya-Allah, yang mana abang mampu, abang tolong," tutur Syah.

"Okey, abang," balas Khalil. Menyedari bahawa tiada apa lagi yang hendak dibualkan, Khalil meminta izin untuk menamatkan panggilan. Salam diujarkan terlebih dahulu dan setelah mendengar balasan daripada Syah, barulah dia menekan butang merah pada skrin telefon.

Syah berasa lega setelah mengucapkan kata maaf kepada Khalil. Segala perasaan bersalahnya hilang dibawa pergi bersama ucapan tersebut.

Vermilionnya perlahan-lahan ternaik membentuk sebuah senyuman kecil. Dia berharap agar Syahidah tidak bermasam muka dengannya lagi.

— — —

BEG sekolah yang digalas adiknya diambil dan diletakkan ke dalam bakul motosikal. Alisha yang masih menunggu kedatangan mamanya terus berlari ke arah Hilman.

"Awal abang hari ini? Selalunya Icha dah balik dulu sebelum abang datang." Alisha menyalami tangan abang sulungnya.

"Abang cuti sem. Itu yang ambil Abang Helmi kesayangan Icha ini awal-awal. Nanti takut dia menangis pula sebab abang lambat. Dahlah cengeng." Hidung Helmi ditarik sehingga merah. Marah si kecil itu dibuatnya.

Helmi memeluk tubuh. Sudahlah sejak Alisha muncul sebagai adik mereka, Hilman lebih melayani gadis itu melebihi dirinya. Ia membuatkan Helmi cemburu.

"Eh, mama dah sampai! Icha balik dulu abang. Assalamualaikum," ucap Alisha sebelum berjalan pergi ke arah kereta Laila.

Hilman menghidupkan enjin motosikalnya. Dia sempat melambai tangan ke arah Alisha bersama senyuman manis.

"Adik, hari ini abang masak istimewa untuk adik tahu! Jangan lupa like, comment dan share," seloroh Hilman sambil tergelak-gelak.

"Sayang sangat dekat adik baru sampai lupakan adik yang lama. Hmph!" Nada rajuknya dikekalkan.

"Kuat cemburu rupanya budak ini. Alaa... Bukan selalu abang manjakan Icha itu. Adik kan dah biasa dapat. Sekali-sekala bagilah peluang dekat Icha pula," kata Hilman. Helmi cuma menggumam perlahan.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now