BAB 20

59 8 29
                                    

"MAMA!" laung Alisha ketika ternampak mamanya yang sedang menunggu di dalam kereta. Laila menggeleng kecil melihat kerenah anak perempuannya seorang itu.

"Icha, Icha... Excited betul anak mama hari ini? Ada apa-apa ke?" soal Laila semasa Alisha sedang memasuki perut kereta. Setelah itu, dia memulakan pemanduan.

"Mama, Icha dah dapat kawan baru! Tapi... Dia darjah empat." Alisha memulakan cerita. Laila masih tekun mendengar sambil tersenyum manis.

"Icha panggil dia Abang Helmi," sambung Alisha. Kali ini, senyuman Laila mulai kendur.

"Dia baik sangat. Pandai pula itu," puji Alisha terhadap Helmi.

"Siapa nama ayah dia?" Alisha hairan dengan soalan yang dikemukakan mamanya. Dia mengerutkan dahi.

"Kenapa pula mama tanya nama ayah dia?" Alisha tidak menjawab sebaliknya mengajukan sebuah soalan lain.

"Mama cuma nak tahu. Sebab ada kawan mama yang nama anak dia Helmi juga... Mana tahu betul, kan?" bohong Laila semata-mata untuk menepis segala perkara negatif yang difikirkan anaknya.

"Oh, entahlah. Icha pun tak ingat nama ayah dia." Alisha tersengih kecil.

"Apalah Icha ini... Boleh pula dia tak ingat ya?" Laila menggeleng kecil bersama tawaan halus di bibir.

— — —

KEPALA ditongkatkan di atas meja belajar semasa menyempurnakan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya pagi tadi. Alisha tersenyum sendiri.

Dia begitu gembira hari itu kerana berjaya mendapat seorang kawan buat pertama kalinya. Maklumlah, selama ini dia hanya bersekolah di rumah. Papanya membayar cikgu untuk mengajarnya.

Jadi, dia sememangnya tidak pernah merasa suasana di sekolah. Namun, setelah dipujuk berkali-kali, baru lah papa dan mamanya bersetuju untuk menghantarnya ke sekolah.

"Esok nak jumpa Abang Helmi lagi!" Alisha bersorak perlahan.

"Icha, kenapa tak masuk tidur lagi ini?" Wafiq menegur perbuatan anaknya dari muka pintu. Alisha memapar senyuman ke arahnya.

"Icha tengah siapkan kerja sekolah... Lepas itu, teringat dekat Abang Helmi." Wafiq mendekati Alisha.

"Siapa pula itu?" tanya Wafiq. Alisha menghela nafas panjang.

"Mama tak beritahu papa lagi ke? Hm... Sebenarnya, Abang Helmi itu kawan baru Icha. Dia darjah empat," tutur Alisha. Wafiq mengangguk faham.

"Untung lah... Baru masuk sekolah dah dapat kawan. Ha, dekat sekolah tadi, semua okey kan? Ada orang buli Icha tak? Icha duduk semeja dengan siapa? Dia baik tak?" Mod terlalu melindungi diaktifkan. Berbondong-bondong soalan diajukan kepada si anak.

"Papa... Banyaknya soalan." Alisha mengeluh lagi. Wafiq mengusap kepala anaknya dengan lembut.

"Mestilah banyak. Papa risau ya bila anak kesayangan papa ini pergi sekolah," kata Wafiq.

"Icha okey. Tak ada orang buli pun. Lagi satu, Icha duduk dengan Yana. Dia pun kawan baru Icha. Dia baik," terang Alisha satu persatu sekaligus menjawab kesemua soalan yang ditanya Wafiq.

"Macam ini baru papa puas hati. Dah, pergi tidur," arah Wafiq. Alisha menurut. Dia bangkit dari kerusi lalu berjalan ke arah katil. Tubuh dihempas ke atas tilam.

Wafiq pula bertindak menarik selimut lalu menutupi separa tubuh anaknya agar tidak kesejukan.

"Good night, papa," ujar Alisha.

"Good night, my little Icha." Wafiq mengukir senyuman manis kepada Alisha sebelum menutup lampu meja belajar. Kemudian, dia keluar dari bilik tersebut menuju ke biliknya semula.

— — —

ALAT kawalan jauh televisyen diletakkan di atas meja kopi. Helmi bangkit dari sofa untuk masuk ke bilik. Sudah berkali-kali dia menguap kerana menahan rasa kantuk.

"Adik." Panggilan daripada Hilman menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Hilman yang sedang berjalan keluar dari dapur.

"Ya, abang," jawabnya.

"Abang nak keluar. Esok baru abang balik. Kalau abah tanya, cakap yang abang tidur rumah kawan ya?" beritahu Hilman. Helmi menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan jawapan si abang.

"Abang nak tipu abah ke?" Helmi menyoal. Lantas Hilman menggeleng laju.

"Tak adalah... Abang memang tidur rumah kawan abang. Nak teman dia siapkan tugasan," jelas Hilman.

"Oh, okey. Nanti adik cakap dekat abah. Hati-hati, abang." Helmi senyum.

"Ya. Assalamualaikum." Pintu rumah dibuka. Helmi menjawab salam tersebut lalu membiarkan Hilman pergi melaksanakan urusannya.

Hilman mengunci pintu dan gril rumah lalu terus bergerak ke rumah Khalil.

Sebelum itu, mesej terbaharu daripada Khalil dibaca pantas.

Nanti belikan aku burger boleh tak?
Hehehe... Tiba-tiba rasa lapar lah.
(⁠ʃ⁠ƪ⁠^▽^⁠)

Mengada-ngada (⁠눈⁠‸⁠눈⁠)

Sejurus selepas itu, motosikalnya meluncur laju membelah kesunyian malam.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now