BAB 38

54 9 13
                                    

TUBUH disandarkan pada badan sofa. Dia menatal skrin telefon sambil menonton video-video yang lalu di gulungan laman sosial Instagram.

Seketika itu, Syahidah mengeluh kecil kerana video yang lalu di skrin telefonnya terasa tidak menarik dan hanya membosankan. Dia menutup telefon dan berniat untuk ke dapur untuk menikmati minuman sejuk di dalam peti sejuk.

"Idah, esok dah mula cuti ke?" soal Syah. Si adik hanya mengangguk bersama senyuman lebar yang menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

"Suka nampak?" Syah tergelak kecil.

"Mestilah..." Syahidah mencapai cawan plastik dari rak lalu menuangkan air sejuk yang diambil dari peti sejuk tadi.

Kemudian, dia melabuhkan duduk ke atas kerusi meja makan. Syah juga melakukan hal sama.

"Hmm, abang. Boleh tak, Idah nak ikut abang pergi tukar nama rumah itu minggu depan? Idah ingat, Idah nak jumpa Aman lah. Dia kan dah nak SPM, jadi Idah nak bagi dia hadiah sikit. Tambah pula, hari jadi dia dah lepas and Idah tak dapat bagi apa-apa pun." Dia mengetuk-ngetuk pemegang cawan itu dengan jari telunjuk kanan.

"Boleh... Tak ada hal lah." Syah dengan ikhlas bersetuju. Syahidah bersorak riang. Tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan Aman!

- - -

MASING-MASING memesan secawan kopi panas sambil berborak santai. Perbualan orang lelaki lah katakan.

Syah berada di situ gara-gara diajak oleh Khalil. Tetapi dia tidak kisah jika apa yang diborakkan mereka itu tidak mendatangkan unsur yang dia tidak gemari.

"Khalil, cuti-cuti ini ada rancang nak pergi mana-mana ke? Atau... Nak kerja?" soal Syah. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri dengan penuh stail.

"Khalil nak balik kampung. Tiga minggu sajalah. Lepas itu, ke sini semula sebab dah kena masuk kerja," jelas Khalil. Syah dan Hilman mengangguk faham.

"Hilman pula?" Dia menatap ke arah Hilman.

"Saya tak ke mana-mana. Cuma... Ada rancang nak bawa adik dengan abah jalan-jalan dekat area KL ini. Yalah, duduk rumah goyang kaki pun bosan juga." Hilman menghirup minumannya sedikit.

"Setuju." Khalil menyampuk.

"Oh ya, abah Hilman dah boleh jalan macam biasa? Ke dia masih duduk atas kerusi roda?" Syah begitu prihatin soal kesihatan orang sekelilingnya.

"Alhamdulillah, abang. Abah dah boleh jalan macam biasa. Tapi, tak boleh lama sangat, nanti kaki abah kebas. Sekarang ini, abah pakai tongkat. Bila rasa sakit saja dia duduk atas kerusi roda." Hilman mengukir senyum.

"Alhamdulillah kalau macam itu. Lama-lama nanti mesti boleh jalan lancar punya. Satu lagi, Idah pernah cakap yang abah Hilman ada heart attack, kan? Dia kerap kena atau tak?" Khalil di sebelah Hilman sedang menahan tawa.

Dia tahu, Syah punya keprihatinan terhadap orang yang sakit ini bukan biasa-biasa. Sedangkan dia juga selalu disoal tentang tahap kesihatan ayahnya di kampung, inikan pula Hilman.

"Dah lama abah tak sakit, tapi dua tiga hari lepas, abah macam tak berapa sihat. Katanya sakit dada. Bila saya nak bawa pergi hospital, dia kata tak payah sebab sakit biasa saja," jawab Hilman.

"Mungkin dia dah boleh control rasa sakit." Syah membuat kesimpulan ringkas.

"Abang, apa salah satu punca serangan jantung ini? Ada orang kata, sebab kolesterol lah, makan tak jagalah, tak selalu bersenam lah... Betul ke?" Kali ini giliran Khalil pula mengajukan soalan kerana tiba-tiba rasa ingin tahunya membuak-buak.

"Semua itu betul. Kolestrol dan sel darah putih membentuk plak yang boleh menyekat aliran darah dekat arteri koronari untuk ke otot jantung. Masa itu, arteri akan sempit dan oksigen tak boleh sampai ke jantung. Bukan itu saja, plak ini juga boleh menyebabkan strok kalau darah dah beku. Lagi-lagi kalau pesakit itu stres atau ada darah tinggi. Bahaya, kan? Sebab itu pesakit atau orang biasa yang sihat macam kita ini pun kena selalu bersenam supaya pengaliran darah ke jantung lebih berkesan dan untuk elakkan plak terkumpul dekat salur darah," nyata Syah, panjang lebar.

"Macam itu rupanya... Faham. Terima kasih, abang untuk penerangan itu." Khalil teruja apabila dapat mendengar perkongsian daripada Syah itu. Hilman juga merasakan hal yang sama.

"Okey yang ini last abang. Idah selalu cakap yang abang ini overprotective, serius lah?" Sengaja Khalil mengusik Syah.

"Itulah. Syahidah kata, abang selalu risaukan dia walaupun dia nak pergi kedai saja," sambung Hilman pula.

Syah tertawa besar. Kedua tangan naik meraup wajah.

"Dah kantoilah selama ini dia membawang fasal abang? Haih, Idah, Idah... Ada saja nakal dia." Syah menghabiskan sisa tawanya yang tertinggal.

"Biasalah, kalau dah nama pun abang, mana tak risau fasal adik kan? Kau orang berdua pun abang juga, mestilah ada perasaan yang sama macam abang. Abang bukan apa, Idah itu satu-satunya adik abang, amanah arwah ayah dengan ibu kepada abang. Jadi abang kena jaga, bimbing dan sayang dia betul-betul. Sebab itu, abang ambil dia awal lepas habis kelas. Abang risau," tutur Syah.

"Yalah, abang. Saya pun selalu risau adik saya dekat sekolah itu. Dahlah budak-budak sekarang ini suka membuli!" luah Hilman, pula.

"Khalil pula risaukan Khalif yang makin lama makin menjadi-jadi perangai dia. Bergaul dengan budak degil kampung. Penat cakap dengan dia." Khalil menghela nafas berat.

"Betul kan, setiap orang abang atau kakak sulung ini mesti akan risaukan adik-beradik dia yang lain. Tak boleh dinafikan pun," kata Syah. Yang lain menyengguk setuju.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now