BAB 45

64 8 25
                                    

KHALIF melihat mesej yang dihantar oleh abangnya seminit lepas. Dia mendengus kasar.

"Dia ini memang buat semak betul lah!" hambur Khalif. Chin Meng dan Rajesh yang berada di situ berasa hairan dengan perubahan sikap Khalif secara tiba-tiba.

"Kau ini apahal Lif? Mengamuk tak tentu fasal," soal Chin Meng.

"Si bebal itulah! Sibuk mesej aku suruh balik. Dia ingat aku ini nak sangat ikut cakap dia." Turun naik dada Khalil.

"Sabar, Khalif. Tak payah layan abang kau itu... Buat tak tahu saja maa," kata Chin Meng. Ternaik kening sebelah Khalif tatkala itu.

Dia menutup telefon lalu mencampakkan ia ke atas sofa.

"Aku nak keluar pergi kedai kejap, beli rokok." Kunci motornya yang berada di atas meja kopi yang berselerak dengan cawan air dan puntung rokok diambil.

"Mak kau tak marah ke kau hisap rokok?" Rajesh pula bertanya. Ia membuatkan bibir Khalif ternaik membentuk senyuman senget.

"Pergi mampus lah orang tua itu nak marah ke apa. Kisah pula aku." Khalif meloloskan diri daripada rumah itu untuk pergi ke kedai.

- - -

ADIKNYA yang sedang menonton televisyen itu dilihat dari jauh. Vermilionnya melengkung membentuk senyuman nakal. Hilman melangkah dengan senyap ke arah Helmi yang sedang baring di atas sofa lalu kekal statik di belakangnya.

Dalam hati, dia sudah berniat untuk membuat si adik terkejut.

"Man?" Teguran daripada Halim mematikan niatnya untuk menakutkan Helmi.

"Abah... Hilman baru nak takutkan adik. Rosak plan Man tau," ujar Hilman. Halim tergelak-gelak.

"Itulah, lain kali jangan berniat buruk. Kan dah tak jadi..." Helmi turut menggelakkan abangnya yang sudah pandang ke arah lain - acah-acah merajuk.

"Ada-ada saja kamu ini... Ini Man, abah nak minta tolong kamu sikit. Itupun kalau kamu tak kisahlah." Halim berjalan perlahan-lahan menuju ke arah sofa sambil dibantu oleh Hilman.

"Minta tolong apa itu, abah? Man tak kisah pun." Dia setia menunggu abahnya menyatakan apa yang ingin dibantu itu.

"Ubat abah itu dah habis. Sekarang ini, abah kerap sakit dada tiba-tiba, jadi boleh tak kamu tolong belikan ubat itu? Nanti duitnya abah bagi." Hilman melabuhkan duduk di sebelah abahnya.

"Kalau abah sakit, beritahu Man. Kita pergi hospital buat checkup. Jangan tahan sakit sendiri," pesan Hilman. Halim tersenyum kecil.

"Sakit abah tak teruk pun. Masih boleh tahan lagi," kata Halim.

"Yalah, abah. Nanti ubat itu Man belikan. Abah tak payah bagi duit, biar Man bayarkan," jelas Hilman.

"Ikut kamu lah. Janji kamu tak rasa yang abah ini menyusahkan sudah..." Ujaran itu mengundang gelengan pantas daripada Hilman.

"Tak pernah sekalipun Man fikir macam itu, abah." Hilman menyandarkan tubuhnya pada badan sofa. Pipi kirinya dilekapkan pada bahu Halim.

"Manja mengalahkan adik!" Helmi membaling bantal kecil yang berada dalam pelukannya mengenai muka Hilman.

"Astaghfirullahal'azim... Abah, tengok budak kecil terlebih makan ini. Dia baling-baling bantal dekat Man," adu Hilman.

"Sudah, sudah. Tak payah bergaduh. Abah piat telinga kamu berdua baru tahu," ugut Halim, sengaja menakutkan kedua anaknya itu. Masing-masing sudah memegang telinga sendiri kerana takut ditarik.

- - -

USAI menguruskan hal penukaran nama tanah dan rumah, Syah terus memasuki keretanya tanpa memandang wajah Fadil yang sudah gembira sakan.

Syahidah menayang senyuman manis kepada abangnya untuk menyalurkan sedikit ketenangan. Dia juga menghulurkan sebungkus air sirap limau air yang dibeli di kedai makan berdekatan pejabat tanah itu.

"Settle dah masalah. Tamak sangat kan, ambil semua harta itu puas-puas." Syah juga sempat mengucapkan terima kasih kepada adiknya kerana membeli air.

"Betul, betul, betul!" Syahidah meniru gaya percakapan watak sebuah animasi yang pernah ditontonnya semasa kecil.

"Okey, lepas ini kita kena pergi jumpa Aman dekat taman permainan. Then, kita pergi hospital." Syah memulakan pemanduannya untuk ke taman permainan berdekatan rumah lamanya.

"Kenapa nak pergi hospital? Siapa sakit?" Soalan Syahidah mengundang rasa hairan dalam diri Syah.

"Kan Pak Cik Faizal masuk hospital. Khalil tak beritahu Idah ke?" nyata Syah. Si adik menggeleng kepala.

"Kita pergi melawat sekejap. Temankan Khalil dengan Mak Cik Sakinah. Lagipun, keluarga dia orang dah banyak tolong kita." Syah menyedut minuman sejuk itu setelah melafazkan basmalah.

"Itulah. Idah tak pernah jumpa Mak Cik Sakinah. Mesti muka dia macam arwah ibu. Kan, kan?" Suara Syahidah jelas kedengaran teruja.

"Nama pun adik-beradik, mestilah muka ada iras-iras. Macam abang dengan Idah... Tapi abang terlebih hensem." Syah tersenyum bangga.

"Masuk bakul angkat sendiri lah abang ini. Malas nak layan," kata Syahidah. Dia memeluk tubuh sambil menayang wajah selamba. Syah pula tertawa besar melihat reaksi adiknya.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now