BAB 39

45 9 18
                                    

KERETA diparkir di anjung rumah. Syahidah keluar dari perut kereta dan berjalan ke arah pintu untuk membukanya. Setelah membuka pintu, barulah dia memasuki rumah bersama ucapan salam.

Tanpa dia sedar, seseorang sedang mengekori gerak-gerinya sejak tadi.

Syahidah meletakkan beg tangannya di atas meja kopi. Dia ingin menutup pintu rumah. Namun, belum sempat dia melakukan hal itu, seorang lelaki bertopeng menolak tubuhnya ke dinding seraya mengunci pergerakannya.

Syahidah kaget. Dia cuba melepaskan diri, tetapi segalanya gagal. Lelaki itu tersenyum jahat di sebalik topeng yang dipakainya.

"Lepaslah! Argh!" Lelaki yang tidak dikenali itu menekan bahu Syahidah dengan kuat pada dinding.

Syahidah tidak berdaya untuk melawan. Setelah itu, lelaki bertopeng itu menarik tudung yang terpasang elok menutupi mahkota Syahidah sehingga ia tercabut.

Bawah dagunya terluka disebabkan hal itu.

"Apa yang kau nak buat dekat aku, huh? Pergilah!" jerit Syahidah.

"Aku dah lama nak rasa kau. Dah lama aku nak tahu apa yang kau sorok di sebalik baju dengan tudung labuh kau itu. Mesti terjaga kan?" Lelaki itu membisik ke telinga Syahidah.

Membulat mata Syahidah apabila diberitahu tentang itu. Dia ketakutan.

"Tolong! Tolong!" Syahidah melaung kuat meminta tolong.

"Jeritlah kuat-kuat... Lagi aku suka." Dia memegang kekura tangan Syahidah. Tetapi Syahidah pantas menepisnya.

Belum pernah lagi ada lelaki selain abangnya yang berani menyentuhnya.

Waktu itu, Khalil sedang berada di hadapan pagar rumah Syahidah. Niatnya datang ke situ untuk memulangkan bekas makanan sahaja.

"Patutlah Abang Syah selalu risaukan Idah, cuai betul sampai pagar pun terlupa nak tutup," omel Khalil sambil menggeleng perlahan.

"Jangan kacau akulah! Tolong!" Suara jeritan Syahidah menyentakkan Khalil. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah itu. Bekas makanan itu dia hanya tinggalkan di atas motosikal. Dia lebih merisaukan keselamatan Syahidah di dalam.

"Duduk diam-diam lah, perempuan!" marah lelaki itu.

Khalil dengan pantas menghadiahkan sepakan kuat ke wajah lelaki itu.

"Kau ini siapa datang ganggu kerja aku?" soalnya. Khalil tidak menjawab sebaliknya memberikan sebuah penumbuk sulung ke arah lelaki tersebut.

Namun tumbukan itu berjaya dielak dan lelaki itu memberikan sepakan tepat mengenai bahagian abdomen Khalil. Dia jatuh terduduk dan memegang bahagian yang terasa sakit itu.

Lelaki itu melihat Khalil yang sudah terjatuh terus mencapai lengan Syahidah lalu menariknya kasar. Syahidah cuba melepaskan diri daripada cengkaman lelaki itu.

Dan dirinya terhumban ke belakang. Pinggangnya terhentak pada dinding.

"Lelaki gila nafsu!" Khalil bangkit lalu menumbuk dada lelaki itu dengan kuat sehingga dia terbatuk-batuk.

"Keluar sebelum aku pukul kau sampai lunyai." Khalil menjegil ke arah lelaki itu.

Disebabkan tidak mahu terus bergaduh dengan Khalil, lelaki itu berlari keluar dari rumah itu.

"Aku takkan biar kau terlepas, budak." Kata-kata lelaki itu hanya dibiar pergi dibawa angin.

"Idah okey? Nak Khalil bawa pergi klinik tak? Ke nak Khalil telefon Abang Syah?" soal Khalil, dengan sopan tanpa melihat bahagian rambut Syahidah yang terdedah.

"Terima kasih... Khalil." Suara Syahidah tersekat-sekat kerana dia sedang menangis.

"Tak apa. Yang penting Idah selamat," ujar Khalil.

Dia ingin berlalu pergi dari situ, tetapi secara tiba-tiba dia disapa dengan tatapan tajam daripada Syah yang baru pulang dari hospital.

"Abang, tadi ada orang kac-"

"Kau buat apa dekat adik aku?" Syah menyoal, dingin.

"Tak, abang. Khalil cuma nak selamatkan Idah tadi..." tutur Khalil, perlahan-lahan.

"Betul, abang." Suara Syahidah kedengaran lemah menyampuk.

"Kau tak payah menipu aku, Khalil. Kau nak rosakkan adik aku ke? Huh? Jawab!" sergah Syah.

"Selama ini aku percayakan kau sebab kau sepupu aku, rupanya perangai kau lagi teruk daripada iblis!" Sebuah tamparan diberikan ke wajah Khalil. Tersentak Khalil ketika itu.

"Aku takkan maafkan kau, Khalil. Keluar." Jari telunjuk kiri dihalakan ke arah pintu rumah.

"Abang tolong percaya-"

"Keluar!" Syah langsung tidak mahu mendengar penjelasan dari Khalil. Dia lebih mementingkan keselamatan Syahidah daripada perasaan Khalil.

Dengan hati yang berat, Khalil keluar dari rumah itu. Dia menaiki motosikal, dan terus pulang ke rumah semula.

Syah mendekati adiknya. Perasaan resah menjalar di dalam hati Syah waktu itu.

"Idah, jom abang bawa pergi klinik." Rambut Syahidah yang menutupi seluruh wajahnya Syah elus dan selitkan pada telinga.

"Pinggang Idah sakit, abang..." adu Syahidah.

"Tak apa, abang papah Idah masuk kereta ya? Kejap, abang pakaikan tudung." Syah mencapai tudung sarung Syahidah yang berada di atas lantai lalu menyarungkan ia secara berhati-hati bagi menutupi bahagian rambut adiknya itu.

"Abang, Khalil sebenarnya tak-"

"Idah punya dompet ada dalam beg itu ke?" pintas Syah. Syahidah menghela nafas berat sebelum mengangguk kecil.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now