BAB 14

42 8 16
                                    

KHALIL mencuri-curi dengar segala yang dibualkan oleh Khalif bersama rakannya di telefon dari tepi pintu bilik.

"Pukul satu lebih ini, kita race lagi macam hari itu. Aku keluarkan seratus. Tapi kau orang bagi lebih sikit lah. Jangan bagi lima puluh ringgit saja. Aduh..." kata Khalif. Dia mendengar apa yang dibalas Chin Meng setelah itu.

"Kau tanya aku kenapa lambat? Weh, abang aku ada dekat rumah ini. Kalau si Khalil itu tahu, habis aku. Kantoi lah yang aku guna duit yang dia bagi itu untuk lumba! Bengap sangat lah kau ini, Meng!" hamburnya lagi.

Mata sekejap-sekejap melihat ke arah pintu. Takut juga kalau-kalau ada yang tahu perbualannya ketika itu.

"Tak ada, tak ada. Aku tetap nak lumba malam ini. Kau nak join, kau datang. Tak nak sudah!" Panggilan tersebut terus dimatikan oleh Khalif.

"Semak betul lah!" Dia membuka pintu bilik. Tersembul wajah Khalil yang sedang menahan amarah. Dia menjegilkan mata ke arah adiknya.

Tajam sungguh tikaman matanya ketika itu.

"Kau cakap apa tadi? Lumba?" Khalil merapati tubuh Khalif yang masih tegak berdiri di muka pintu.

"Aku tanya, jawablah!" Lantang suaranya menyergah Khalif. Si adik mengundur ke belakang setapak demi setapak.

Dia tahu, jika Khalil sudah mengamuk, tiada apa lagi yang boleh menenangkan lelaki itu.

"Kau tipu aku, kau tipu ibu ayah... Kau ini bodoh ke apa? Aku punyalah percayakan kau, tapi kau langsung tak kesian kan aku. Kau ingat aku ini hamba kau? Eh, Khalif. Nasib baik kau ini adik aku tahu? Kalau tak, aku dah bantai kau cukup-cukup. Dah lama aku tahan sabar dengan perangai kau yang macam setan ini." Turun naik dada Khalil saat itu. Dia sudah tidak mampu menghalang rasa geramnya lagi.

"Kenapa kau diam? Tak reti nak menjawab? Dengan ayah ibu, kau berani pula?" soal Khalil.

"Kau tak payah sibuklah, Lil. Aku nak lumba haram ke, lumba halal ke, ikut suka hati akulah! Kalau tak nak bagi duit, tak apa. Aku boleh cari lah," sambung Khalif pula.

"Tak payah sibuk kau kata? Suka hati?" Kolar baju adiknya ditarik. Khalif cuba melepaskan diri. Dia menolak tubuh Khalil ke belakang.

"Kau cuba fikir sikit boleh tak? Ayah itu sakit lah! Kau tak kesian ke? Selama ini, ayah sayang gila dekat kau, langsung tak pernah marah kau... Sekarang, kau buat apa dekat ayah? Kau marah ayah, kau melawan cakap ayah. Kau ingat kau siapa, Khalif?" Dia menolak Khalif semula.

"Kesian? Kau suruh aku kesian? Huh, buat apa aku nak kesian... Ibu ayah itu kan sayang dekat kau seorang saja. Yalah, kau belajar pandai. Ada kerja apa semua. Aku ini? Belajar tak seberapa. Siapa nak kisah?" ujar Khalif.

"Kau ini memang tak reti bersyukur!" Satu tumbukan dihadiahkan kepada Khalif pada pipi kanannya. Khalif juga tidak mahu kalah. Dia membalas beberapa tumbukan kepada Khalil.

Faizal yang ternampak aksi kekecohan yang berlaku antara kedua anaknya itu segera menghentikannya. Dia menarik Khalil yang sedang menghalakan sebuah penumbuk pada wajah Khalif.

"Sudah, jangan bergaduh... Khalil, bangun. Jangan macam ini... Kamu berdua kan adik beradik, tak bolehlah bertumbuk sesama sendiri." Dia mendekati Khalif pula. Belakang tubuh si bongsu itu ingin diusap-usap, tetapi ditepis kasar.

"Kau tak payah berkasar dengan ayahlah!" Khalil menolak adiknya ke dinding. Dia pantang melihat ayahnya diperlakukan seperti itu.

"Khalil... Dah, cukup." Dia cuba melepaskan tangan Khalil yang sedang menolak Khalif ke dinding. Berpeluh-peluh dahi si anak sulung itu.

"Cukup apa lagi ayah? Dia ini dah melampau!" Khalil jatuh terduduk. Dia meraup muka dengan kasar kerana air mata sudah mula merembes dari birainya.

"Kalau kau tak masuk campur, aku tak melampau pun." Selamba saja Khalif membalas.

"Kamu diam, Khalif! Mulut kamu tak payah nak kurang ajar!" Giliran Faizal bersuara.

Kali ini, tiada lagi suara lembut yang menyapa halwa telinga. Waktu itu, Sakinah juga terkejut. Buat pertama kalinya, Faizal memarahi Khalif.

"Ayah dah lama sabar! Kamu ingat ayah tak tahu yang kamu berlumba malam-malam guna duit yang abang kamu bagi? Ponteng kelas, merokok, pergi mana-mana sampai tak ingat nak balik rumah, solat tinggal... Sampai bila nak layan sikap buruk itu? Berubahlah, Khalif! Kamu dah besar!-"

"Kau diam lah, orang tua! Kau yang sepatutnya fikir, bila nak mampus. Asyik menyusahkan orang saja... Sakit itulah, sakit inilah. Kalau kau nak susahkan orang lain, jangan libatkan aku. Ini tidak, kau yang sakit, aku pula yang kena hantarkan kau pergi hospital apa semua. Kenapa tak suruh si bebal ini hantar kau saja? Dia kan anak yang soleh," luah Khalif. Di samping tubuh itu, Khalil sedang merenung wajahnya dengan riak mendatar.

"Dah habis membebel? Huh!" Satu tamparan kuat diberikan buat si adik.

"Kurang ajar!" sembur Khalil.

"Bagus sangatlah cakap macam itu dekat ibu ayah. Bagus! Kau memang anak yang baik. Dah siap-siap tempah nama dekat pintu neraka ya? Memang terbaiklah..." Khalil menepuk tangan dengan gah di hadapan wajah adiknya.

"Ayah tak pernah ajar kamu untuk jadi biadap sampai macam ini. Ayah tak minta kamu hantarkan ayah ke hospital pun kalau ayah sakit. Tak apalah, biar ayah mati saja lagi baik... Itu yang kamu nak kan?" Faizal menarik nafas dalam-dalam.

"Khalif... Ayah kecewa dengan kamu." Sebaris ayatnya yang terakhir itu dituturkan dengan hati yang tidak rela.

Faizal setelah itu masuk ke bilik tanpa menoleh ke belakang lagi. Sakinah mengikuti langkah suaminya.

"Tunggu sajalah balasannya nanti. Aku tak puas lagi pukul kau tahu tak? Siap kau esok!" Khalil menolak kuat si adik hingga terjelepuk jatuh ke lantai. Geram.

Kemudian, Khalil berlalu masuk ke biliknya. Nafasnya kedengaran kasar. Dada juga berombak kencang.

"Pukul lah! Aku tak hairan pun!" balas Khalif dengan senyuman sinis di bibir.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now