BAB 30

59 9 41
                                    

PANGGILAN daripada Alisha menghentikan langkah Helmi yang sedang berjalan ke kelas. Dia menoleh ke belakang untuk memastikan bahawa memang benar Alisha yang memanggilnya.

Setelah itu, dia meneruskan perjalanan ke kelas semula. Dia tidak mahu rapat dengan gadis itu lagi.

"Abang Helmi! Janganlah marah Alisha..." Alisha mencapai tangan Helmi.

"Lepas, Alisha. Saya tak ada kena-mengena dengan awak." Dingin saja suara Helmi. Dia masih terasa dengan apa yang dilakukan oleh Laila.

Dan dia masih tidak dapat menerima bahawa Alisha itu adik kandungnya.

"Alisha tak tahu yang mama kita sama. Tolonglah, abang. Jangan marah Alisha." Birai mata Alisha sudah ditakungi air. Tunggu masa saja hendak tumpah.

"Sudahlah, Alisha. Awak dah rampas kasih sayang mama saya. Tak payah ganggu hidup saya lagi. Saya tak nak kawan dengan awak," luah Helmi. Dia tanpa berlengah terus berlari meninggalkan Alisha yang sedang menangis.

"Alisha cuma nak ada abang. Alisha tak pernah rampas kasih sayang mama pada abang. Mama yang buat abang, bukan Alisha..." bisik hati kecil Alisha. Sedih.

Helmi termenung melihat luar jendela bilik darjah. Dia sejujurnya rasa bersalah pada Alisha kerana berkata seperti itu tadi.

Tetapi hatinya masih sakit kerana hal semalam. Dia tidak mahu menambah luka yang sedia berdarah.

"Helmi? Dah sampai mana termenung? Baca doa sebelum belajar..." Teguran daripada cikgu menyentakkan Helmi dari lamunan.

"Maaf, cikgu." Helmi menunduk sedikit dan menadah tangan membaca doa sebelum belajar.

Kemudian, dia membuka buku teks sains dan cuba memfokuskan perhatian kepada cikgu yang sedang mengajar.

Fikiran yang serabut itu menghilangkan tumpuannya ketika belajar. Helmi memicit pelipis kanan dengan perlahan.

"Mama... Adik nak mainan itu." Helmi menghalakan jarinya ke arah sebuah lori mainan yang terletak elok di rak pasar raya.

"Boleh. Adik nak warna apa?" soal Laila bersama senyuman manis.

"Warna biyu." Dia meminta lori yang berwarna biru. Laila mencapai mainan tersebut lalu memberikan kepada si anak.

Gembira Helmi setelah mendapatnya. Dia bersorak dan bertepuk tangan.

"Suka betul ya anak mama ini..." Laila mencuit hidung Helmi.

"Meshtilah!"

Memori yang lalu di mindanya semua berkaitan Laila. Helmi memejamkan mata dengan rapat. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia memandang ke papan putih yang penuh dengan nota-nota cikgu.

— — —

"DEMAM kau dah baik belum?" soal Hilman. Khalil mengangguk laju. Gembira sungguh nampaknya.

"Patutlah aktif semacam saja. Kalau tak, tidur saja kerja kau." Dia melagakan bahu dengan Khalil. Lelaki itu tersengih-sengih kambing.

"Itu Idah kan?" Khalil menumpukan perhatian ke arah Syahidah yang sedang berjalan ke arah kereta abangnya.

"Awal betul dia balik sekarang. Selalunya, dia sempat pergi kafe," kata Hilman.

"Tak apalah dia balik awal... Kalau dia balik lambat, bahaya juga. Orang jahat dahlah ramai dekat Malaysia ini," jelas Khalil. Hilman hanya diam tak menjawab.

"Kau sebenarnya rindu dia, kan? Kan? Kan?" Khalil melirik ke arah Hilman yang sedang menggigit bawah bibir.

"Tch, merepek lah cakap dengan kau ini! Mana ada." Hilman berkerut dahi menatap wajah Khalil, serius.

"Cakap sajalah yang kau itu rindu dia. Hilman, walaupun kita ini baru saja kenal, tapi aku dah boleh baca apa yang ada dalam hati kau itu. Aku ini, ibarat doktor cinta yang akan merawat dan memberi khidmat nasihat berkaitan alam percintaan untuk kau." Bahu Hilman ditumbuk perlahan.

"Doktor cinta konon. Kau pun single..." usik Hilman. Sengaja mahu melihat reaksi Khalil.

Ternyata lelaki itu memuncungkan bibir seketika. Lantas tawaan halus muncul di bibir Hilman.

"Tak baik mempermainkan hati dan perasaan anak sulung tahu?" Khalil tidak mahu memandang Hilman.

"Aku pun anak sulung lah," kata Hilman.

"Kau tak faham orang single ini punya kesakitan dan kesenduan." Dia kononnya menyeka air mata meskipun tiada air mata yang keluar.

"Tak, sekarang ini apa kaitan anak sulung dengan single?" Hilman masih tidak mengerti.

"Tak berkait, tapi aku cemburu dengan kau," tutur Khalil, merajuk.

"Kau ini... Dah, dah. Tak payah nak merajuk tipu-tipu. Jom, solat zuhur. Lepas itu, aku nak pergi ambil adik aku dekat sekolah. Kalau lambat nanti menangis pula si Helmi itu." Hilman bangkit dari tempat duduknya dan menunggu Khalil.

"Sempat kau mengata adik sendiri ya?" Ujaran itu mengundang gelakan kecil daripada Hilman.

"Aku cakap benda yang betul kut," balas Hilman sambil berjalan ke masjid bersama Khalil.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now