BAB 58

88 9 16
                                    

"LEPAS ini, kita makan nasi minyak Idah dengan Hilman pula lah." Kening sebelah dijungkitkan secara spontan. Syah tersenyum nakal.

"Tak tahu lagi, abang. Belum tentu Hilman itu jadi jodoh Idah. Yalah, Allah juga sebaik-baik perancang kan..." Syahidah sepertinya tidak yakin.

"Kalau bukan dia pun, abang akan pastikan lelaki yang akan kahwini adik kesayangan abang ini berakhlak dan mengamalkan Islam dengan baik," jelas Syah. Syahidah menyengguk kecil.

"Awak ini... Janganlah cerita fasal hal kahwin dekat Idah lagi. Dia kan kena fokus pada pelajaran dan kerjaya." Riana memaut bahu adik iparnya.

"Entah. Abang selalu macam itu, kak. Suka usik Idah," adu Syahidah.

Lebih mudahlah dia hendak mengelak daripada asyik diusik oleh Syah kerana ada orang yang boleh dijadikan tempat untuk mengadu.

Kak Riana penyelamat Idah!

"Oh, dah pandai mengadu ya... Tak adil. Tak apa, tak apa." Syah mengangguk lambat-lambat. Mata dipicingkan sambil menatap kedua wanita di hadapannya itu.

Kemudian, Syah bangkit dari sofa lalu menaiki tangga hendak masuk ke bilik. Merajuk!

"Mesti Idah manja dengan abang kan?" tanya Riana.

"Dari kecil, kak. Abang saja satu-satunya yang Idah ada lepas ayah dengan ibu meninggal. Lagipun, masa itu Idah tak pernah rasa kasih sayang ibu ayah sebab Idah masih baby. Ada saudara-mara, tapi masing-masing jauh." Senyuman di bibir Syahidah melebar.

"Patutlah. Tapi kakak suka tengok abang dengan Idah. Comel saja. Sebab itu kakak tak bagi Idah sewa rumah. Nanti Idah mesti sunyi," kata Riana.

Dan dia tahu, Syah sememangnya tidak bersetuju jika si adik itu hendak berpindah rumah kerana suaminya itu sangat mementingkan keselamatan Syahidah. Dia risau jika terjadi apa-apa pada adik kesayangannya itu.

Syah memerhatikan gelagat kedua ahli keluarganya yang sedang berbual itu dari tingkat atas. Bibirnya mengulum senyuman.

Ucapan tahmid terhambur dari mulut tanda dia bersyukur atas kebahagiaan yang Allah kurniakan ke atas keluarga kecilnya.

"Kalau arwah ayah dengan ibu ada... Haih..." bisik Syah. Wajah diraup perlahan.

"Mesti lagi meriah." Syah tunduk menekur lantai.

- - -

HILMAN yang sedang duduk sambil membaca buku di pondok itu dituju dengan langkah yang pantas. Syahidah sedang berada dalam masalah yang besar ketika itu.

Salam diucapkan tanpa memandang muka lelaki itu. Hilman menjawab tenang.

"Ya, Syahidah. Kenapa?" soal Hilman.

"S-Saya... Nak pinjam buku itu sekejap boleh tak? Saya tertinggal dekat rumah. Tak sempat baca satu tajuk," pinta Syahidah. Hilman tersenyum manis seraya menghulurkan buku yang diminta itu kepada Syahidah.

"Terima kasih, Hilman. Lepas test itu nanti saya pulang balik dekat awak tau." Syahidah mengambil buku tersebut lalu memeluknya ke dada.

"Sama-sama!" Hilman menunjukkan peace ke arah gadis itu.

- - -

KELUAR saja dari dewan kuliah, Syahidah terus memulangkan buku tersebut kepada Hilman semula seperti yang dijanjikan.

Hilman menunduk sedikit.

"Macam mana jawab tadi? Okey?" tanya Hilman.

"Okey. Alhamdulillah, saya dapat jawab dengan baik. Semua tajuk yang saya baca masuk," tutur gadis itu.

"Alhamdulillah... Tapi kan, hebat juga awak ini." Hilman sengaja memberhentikan ayatnya di situ.

"Hebat apa pula?" Syahidah kehairanan.

"Yalah, awak dapat jawab walaupun baca last minute. Saya yang dah baca daripada semalam pun stuck juga dekat dua soalan tadi," ujar Hilman. Dia berjalan dengan jarak sedikit daripada Syahidah.

"Tak adalah. Mungkin sebab dah last minute kan, otak terus sumbat apa yang saya baca. Entahlah. Tapi saya yakin awak mesti dapat buat yang terbaik. Yalah, budak pandai macam awak mana pernah sambil-lewa kan?" Syahidah tergelak kecil.

"Awak pun apa kurangnya..." balas Hilman, rendah diri.

Sedang mereka berjalan ke tempat parkir, mereka ternampak Khalil yang sudah terlebih dahulu bergerak pulang. Hilman mengerutkan dahi.

Aneh.

Biasanya sahabatnya itu akan menunggunya dan pulang bersama-sama. Tetapi tidak pula pada hari ini.

"Awalnya Khalil balik," tegur Syahidah.

"Itulah... Ada hal kut. Nanti saya tanya dia." Hilman mengemaskan pegangan pada tali beg. Syahidah mengangguk tanda faham.

"Eh, awak balik naik apa? Bukan ke biasanya awak tunggu Abang Syah dekat sana itu." Hilman melirik ke arah Syahidah yang sedang memandang langit itu.

"Saya balik sendiri naik kereta abang. Sebab hari ini abang ada kes dekat hospital, jadi dia tak dapat ambil saya. Kak Aira pun kerja. Alaa, lagipun saya kan ada lesen, tak apa kalau balik naik kereta. Cuma abang itu saja yang terlalu risau," bebel si pemilik bibir delima itu. Hilman tergelak halus.

"Biasalah... Nama pun abang kan," balas Hilman.

"Itulah." Syahidah hanya memerhatikan Hilman menaiki motosikal.

"Saya balik dululah, Syahidah. Nak ambil adik dekat sekolah ini. Assalamualaikum," ucap Hilman ketika menyarungkan topi keledar.

"Okey. Waalaikumussalam." Syahidah menjawab salam lalu berjalan pergi ke arah tempat letak kereta setelah bayangan Hilman mulai menjauh.

— — —

KUYU saja mata Khalil ketika menelefon Hilman. Terkelip-kelip lelaki itu kerana terlalu lama menahan kantuk.

"Man... Sorry, sebab aku balik awal tadi. Aku mengantuk sangat..." Suaranya pun sangat perlahan dan kedengaran letih.

"Tak ada hal lah, Lil. Aku faham. Tapi, apa yang buat kau mengantuk macam itu?" soal Hilman.

"Aku study daripada pukul 12 sampai subuh. Tak sempat tidur." Terlopong mulut Hilman mendengarnya.

"Kau ini biar betul? Khalil, kita ini kalau nak belajar sekalipun, rehat itu kena cukup. Habis itu, masa test tadi itu kau dapat jawab tak?" Hilman berjalan ke ruang tamu. Sofa satu berangkai dituju lalu dia melabuhkan punggung ke atasnya.

"Dapat... Ada dua tiga soalan saja yang aku stuck... Hmm..." balas Khalil.

"Tak apalah, at least kau dah cuba yang terbaik. Semoga berjaya." Hilman memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu.

"Betul. Ini Man, aku letak dulu lah. Nak sambung tidur," kata Khalil. Hilman hanya membenarkan.

Kasihan pula melihat sahabatnya seorang itu. Mengantuk sungguh nampaknya.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now