BAB 48

59 7 31
                                    

SEMINGGU berlalu dengan cepat dan hari ini pembedahan untuk memindahkan buah pinggang itu akan dilakukan ke atas Khalil dan Faizal.

"Ibu... Jangan risau ya? Insya-Allah, Khalil dengan ayah selamat. Ibu doakan tau. Lagipun, ini cuma pemindahan buah pinggang, risikonya tak besar mana pun," ujar Khalil, tenang. Sakinah mengangguk kecil sambil memegang kekura tangan kanan anaknya.

Seketika kemudian, beberapa orang jururawat masuk dan meminta izin untuk membawa Khalil ke dewan bedah. Sakinah cuma membiarkan sahaja. Dalam hati, dia berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan kedua cinta hatinya itu.

Sakinah juga keluar dari wad itu dan berjalan ke ruangan menunggu. Mata tertancap pada pintu dewan bedah yang tertutup itu. Lama.

Dia membuka telefon pintar dan melihat mesej-mesej yang dihantar oleh Syahidah.

Mak cik, Khalil dengan pak cik dah masuk dewan bedah ke?

Alhamdulillah. Dah.

Kita banyakkan istighfar dan doa mak cik. Insya-Allah semuanya akan okey.

Ya, Idah.
Mak cik harap macam itulah.

Suka dia melihat Syahidah yang bersikap prihatin. Sakinah menutup telefonnya. Dia memejamkan mata rapat-rapat sambil menunduk ke bawah.

Perasaan risau dan bersyukur bercampur-baur di dalam hati ketika itu.

— — —

AMAN membuka bungkusan yang diberikan oleh Syahidah dengan berhati-hati. Dia ternampak sebuah buku yang bertemakan persahabatan dan beberapa jenis rantai kunci yang cantik-cantik belaka.

Lantas bibir Aman melukiskan senyuman manis.

"Kak Idah ini kalau tak comel satu hari memang tak sah!" monolog Aman, sendirian di dalam bilik.

Tanpa aba-aba, pintu biliknya dibuka oleh Amin. Tiada ketukan atau salam pun diucapkan. Ia membuatkan Aman geram dengan sikap adiknya itu.

Tidak beradab langsung!

"Siapa bagi? Awek kau?" soal Amin, sekadar berbasa-basi.

"Kakak aku. Kenapa? Ada masalah yang buat kau tak puas hati? Ke sebab kau tak dapat?" Sengaja Aman membakar hati adiknya.

"Kau masih berhubung dengan anak yatim yang sibuk menumpang itu? Ini kalau mak dengan ayah tahu... Habislah kau," kata Amin.

"Mak dengan ayah tahu. Dan dia orang tak marah. Yang kau menyibuk apa hal? Keluarlah, Amin. Selagi kau tak ubah mulut dengan hati kau yang biadap itu, selagi itulah aku takkan bagi layanan baik sebagai seorang abang pada kau. Aku dah lama bersabar dengan perangai kau ini," jelas Aman, lantang.

Dia tidak risau jika Amin akan membencinya, sebaliknya dia risau jika Amin akan terus kekal dengan sifat kurang ajarnya sehingga mencecah usia dewasa.

"Berubahlah, Amin. Walaupun Kak Idah dengan Abang Syah itu bukan adik-beradik kita yang sama-sama lahir dari perut mak kita, kau tetap kena anggap dia orang macam adik-beradik kandung kau sendiri. Kita pun dah lama duduk dengan dia orang, dan kita dah tahu baik buruk dia orang... Kenapa kau masih tak puas hati?" Aman bangkit dari tempat duduk dan berjalan ke arah Amin.

"Aku cuma tak puas hati sebab dia orang sibuk menagih kasih sayang mak dan ayah." Amin tunduk menekur lantai.

"Kasih sayang? Celah mana kasih sayang yang abang dengan kakak dapat dulu? Kau tak rasa bersalah ke cakap macam ini? Amin, sepanjang kau hidup dengan abang dan kakak, pernah ke setiap kali kau buat salah, kau tanggung sendiri? Tak kan? Sebab setiap kali kau buat salah, yang tanggung semua itu abang dengan kakak. Dia orang kena pukul, kena maki hamun... Sebab kita! Kau sedar tak?" Kedua bahu Amin ditepuk kuat.

"Aku pun tahu yang aku tak layak nak marah kau, tegur kau, bagi kau nasihat panjang-panjang sebab aku pun sama saja macam kau dulu. Sibuk bencikan kakak dengan abang." Aman menghela nafas berat.

"Tapi, sekarang aku dah sedar... Aku dah sedar semua kesilapan aku. So, aku nak berubah. Aku nak tebus balik semua kesalahan aku pada Kak Idah dengan Abang Syah. Dan aku nak kau pun buat benda sama. Kalau kau minta maaf dengan dia orang, aku yakin dia orang akan maafkan kau. Sebab Kak Idah dengan Abang Syah bukan jenis manusia yang suka berdendam," tutur Aman sebelum dia melangkah pergi dari situ meninggalkan Amin yang sudah menangis sendiri.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now