EPILOG

137 9 19
                                    

"MUHAMMAD Hilman bin Abdul Halim," sebut Syah.

"Saya." Hilman menjawab perlahan.

"Aku nikahkan engkau dengan adik kandungku Nur Syahidah binti Muhammad Suhaimi dengan mas kahwin RM22.50 tunai." Syah melafazkan ijab.

"Aku terima nikah Nur Syahidah binti Muhammad Suhaimi dengan mas kahwin RM22.50 tunai," ujar Hilman.

"Sah."

"Sah."

Seusai perkataan sah itu disebut, Hilman terus melepaskan nafas lega. Syah mengucapkan tahmid secara berbisik.

Doa dibaca oleh tok kadi yang turut berada di situ. Mereka mengaminkan bacaan doa tersebut sebelum memulakan sesi pembacaan taklik.

Hilman benar-benar gementar ketika sesi itu. Syah faham sangat dengan apa yang dilalui oleh adik iparnya.

Selesai majlis tersebut, Hilman berjalan ke arah Syahidah untuk sesi pembatalan air wuduk.

Pandang saja pemilik mata hazel itu, pelbagai jenis perasaan muncul di benak hati.

Gembira.
Terharu.
Bahagia.

Hilman menyarungkan cincin ke jari manis runcing milik Syahidah dengan lemah-lembut. Syahidah menyalami kekura tangan suaminya dengan penuh sopan.

Senyuman dipamerkan pada bibir delimanya.

Momen terindah ini pastinya akan diingatinya sampai ke akhir hayat.

— — —

PELAMIN ringkas itu menjadi tempat mereka bersanding. Syahidah dan Hilman mengambil foto bersama-sama sambil bergurau-senda.

"Amboi, mentang-mentang dah jadi suami isteri, terus tak perasan kita orang dekat sebelah ya?" Feroz menegur Hilman. Aryana pula tersenyum mengusik melihat Syahidah.

"Bagilah aku dengan Syahidah chance nak bermanja-manja sekejap. Kau dengan Yana dah lepas, kita orang ini baru," ujar Hilman.

"Aku dengan Jihan pun dah lepas... Kau saja yang lambat." Mikael menyiku lengan Hilman.

"Biar lambat, asal selamat," balas Hilman sambil menjongketkan kening sebelah.

"Idah, tahniah." Ucapan daripada Jihan itu dibalas dengan terima kasih oleh Syahidah.

"Oh ya... Sebenarnya kan, aku dengan Yana bawa tetamu istimewa untuk kau. Aku tahu kau dengan dia dah lama lost contact. Mesti kau happy," sambung Jihan lagi.

"Siapa? Mana dia?" soal Syahidah, ingin tahu dan tidak sabar.

"Itu..." Aryana menghalakan jari telunjuknya kepada sepasang suami isteri yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Aina!" Syahidah bangkit dari tempat duduk lalu berjalan mendekati Aina. Mereka membalas pelukan bersama.

"Kau sihat, Idah?" Aina bertanya khabar.

"Alhamdulillah. Kau?" Syahidah menyoal perkara sama.

"Alhamdulillah, sihat juga. Ya Allah, lama dah tak jumpa kau. Rindu..." Aina meleraikan pelukan tersebut. Kekura tangan Syahidah dipegang tulus.

"Itulah. Aina, aku minta maaf tau sebab tak dapat pergi majlis kau, tak dapat jemput kau datang-"

"Aip, tak payahlah cakap macam itu. Aku faham. Kita kan terus lost contact lepas kau pindah itu," pintas Aina.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now