BAB 18

48 7 21
                                    

OTOT tangan diregangkan terlebih dahulu. Penat sangat setelah menunggang motosikal seharian di atas jalan raya.

Perut yang berkeroncong membuatkan dia mengeluh berat. Rasa menyesal mencucuk dada.

"Kalau lah aku makan apa yang ibu masak tadi, tak adalah lapar sampai macam ini... Dahlah kat dapur ada mi segera saja! Ahh!" rungut Khalil.

"Jika... Kau bertemu aku begini... Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi... Dipenjara-- Eh, masak dulu!" Khalil tertawa sendiri.

Dapur dituju lalu dia mula menyibukkan diri dengan memasak mi segera untuk mengalas perut.

"Kenapa tak ada yang sudi dengan aku ya? Sedihlah hari-hari macam ini. Dahlah ada adik pun tak guna. Kena hidup bersendirian macam ini pula... Ibu, ayah, nanti carikan jodoh untuk Khalil ya?" monolog Khalil sambil tersenyum-senyum.

Setelah beberapa minit berperang di dapur, barulah dia dapat menikmati hidangan tersebut dengan hati yang gembira.

"Assalamualaikum!" Kedengaran suara seseorang melaungkan salam di luar rumah. meletakkan mangkuk mi segera itu di atas meja kopi lalu terus membuka pintu rumah.

"Waalaikumussalam." Salam dijawab dengan perlahan.

Terpacul wajah jirannya ketika itu. Khalil senyum manis.

"Ini Lil... Ada lauk sikit. Makanlah ya?" Jabir menghulurkan plastik yang berisi bekas makanan itu. Ia bertukar tangan.

"Terima kasih, Jabir. Semoga murah rezeki," ucap Khalil, ikhlas. Jabir mengaminkan doa tersebut.

"Sama-sama. Aku balik dulu lah. Assalamualaikum," ujar Jabir. Khalil mengangguk sedikit bersama jawapan salam tadi.

Pintu rumah ditutup kembali. Dia berjalan ke arah sofa lalu meletakkan plastik tersebut di atas meja kopi. Ia dibuka perlahan-lahan.

"Kari ayam! Wah, siap ada nasi lagi!" Teruja benar nada suara Khalil saat itu.

"Terbaiklah, Jabir!" Khalil menghabiskan sisa mi segeranya lalu menikmati kari ayam tersebut pula.

"Lepas makan, tidur... Eh, tak boleh. Gemuk lah nanti! Tak hensem!" Di menggeleng laju. Comel!

Bekas makanan dan mangkuk dibawa ke singki untuk dicuci bersih. Sabun digunakan untuk menghilangkan minyak yang terlekat pada bekas dan mangkuk tersebut. Kemudian, dia meletakkan ia di dalam rak pinggan untuk dikeringkan.

"Selesai... Bolehlah layan drama Turki kejap." Khalil melangkah ke ruang tamu semula. Telefon pintar dicapai lalu dia membuka aplikasi YouTube untuk menonton drama yang menjadi kegemarannya itu.

Khalil, Khalil... Ada saja perkara menghiburkan hati yang dia lakukan.

- - -

PIPI dikembungkan tanda diri itu sedang dilanda angin kebosanan yang melampau. Syahidah tidak duduk diam di atas katilnya. Sekejap berpusing ke kanan, sekejap berpusing ke kiri.

Hendak tidur, tetapi mata masih segar. Hendak melayan anime, tetapi telefon masih belum dicas penuh.

Syah pula tiada di rumah malam itu kerana pergi bermain badminton dengan kawan-kawannya. Syahidah mahu ikut, tetapi tidak dibenarkan oleh si abang.

"Dekat sana semua lelaki. Kalau Idah ikut, nanti mata dia orang tertumpu pada Idah saja. Dosa itu!"

Pesanan dari Syah itu berlegar-legar di sekitar ruang minda.

"Apalah cerita Aman sekarang?" Indera penglihatan menghadap ke arah siling putih tanpa berkelip.

Sedang dia melayan perasaan, bunyi gril rumah dibuka lebih menarik perhatian. Ketika itu, tahulah dia bahawa Syah sudah pulang dari gelanggang badminton.

Syahidah menuruni katil lalu pergi menyambut kedatangan abangnya.

"Abang!" sapa Syahidah, riang. Syah mengurut dada akibat terkejut dengan tindakan si adik.

"Dah tak sabar nak tengok abang mati ke?" tegur Syah.

"Tak baiklah cakap macam itu... Abang tak kesian ke dekat Idah? Tak suka lah." Bibir delima itu mencebik.

"Dah, jangan nak cebik bibir sangat. Abang tarik bibir itu baru tahu!" Sengaja Syah mengugut. Syahidah mengerutkan dahi tanda protes.

"Budak comel ini ada juga kena cubit pipi itu dengan abang," usik Syah. Pantas kedua pipinya ditekup dengan tangan. Takut dicubit. Syah tertawa besar.

"Idah pergilah tidur sana. Walaupun esok tak ada kelas, tidur awal itu penting supaya badan kekal bertenaga." Pesanan tulus ikhlas dia berikan.

"Hm, abang pun selalu tidur lewat. Lepas itu nak cakap Idah pula," balas Syahidah.

"Abang lain, Idah lain." Itu saja jawapan yang mampu diberikan oleh Syah.

"Sama saja. Abang manusia, Idah pun manusia. Dua-dua kena jaga kesihatan," bidas Syahidah.

"Yalah, abang kalah kali ini." Syah mengaku kalah.

"Idah masuk tidur dulu. Abang pun tidur juga!" Sempat dia memberi amaran. Syah mengangguk.

"Selamat malam, abang. Assalamualaikum," tutur Syahidah, lembut.

"Waalaikumussalam." Syah menjawab salam tersebut dan tersenyum manis. Dia menghantar pemergian adiknya ke dalam bilik melalui pandangan mata.

MENANTI KAMU 2 [C]Where stories live. Discover now