IS❤️IN 2

5K 167 77
                                    

Selepas kejadian menampar bekas tunang tempoh hari, tanpa sengaja..Syakir dan Naura mengenali antara satu sama lain. Awalnya, Syakir cuba menyelamatkan Naura dari dilanggar kereta..dan sehinggalah Syakir mengikuti Naura dalam diam. Syakir sendiri tidak mengerti kenapa dia lakukan sebegitu, sedangkan dia memang tidak mengenali Naura. Dia bertindak dengan mendengar kata hati. Atau sebab Naura mengingatkan dia pada seseorang?

"So, kau dah ready nak pergi Semporna ni?" Tanya Syakir apabila mereka sudah berada di Airport.

"Ready lah...soalan apa you ni? Macam nak pergi berperang pula?" Balas Naura sambil mengerutkan dahi.

"Aku tanya je...kot kau berubah fikiran. Manalah tahu, kau nak cari tunang kau balik.." perli Syakir. Naura mencebikkan mulutnya.

"Tak kuasa! Sekali I buat keputusan, benda tu tak kan patah balik. Sekali I petik, sepuluh lah datang!!!" Naura tidak mahu kalah.

"Dasar perempuan tak pernah nak kalah kan?" Syakir menggeleng kepala.

"Wellll! Nama pun perempuan, tapi tanpa perempuan...laki tak boleh hidup..am I right, Syakir?" Pandangan mereka bertemu.

"Aku tak nafikan..tapi, sekali lelaki setia...susah dia nak cari pengganti.." balas Syakir.

"Bagi I, sama je macam perempuan..setia itu mahal, curang itu pilihan..setiap apa yang kita buat, baik berfikir dahulu. Kadang I tak faham..apa yang orang nak sedangkan pasangan dia dah cukup baik.." Naura termenung.

"Nafsu.." balas Syakir sekilas.

Naura ketawa sinis. "Allah jadikan lelaki, 9 akal 1 nafsu..tapi perempuan, 9 nafsu 1 akal...tugas seorang lelaki yang bernama khalifah ini, dia kena menjaga dan melindungi seorang wanita. Apabila berkahwin, isteri bukan hamba sebaliknya suami yang harus menyediakan segalanya untuk isteri. Tapi, untuk zaman sekarang ni..I faham, dengan desakkan hidup..suami isteri perlu bekerja mencari nafkah. Tapi, entahlah..yang buat I jadi lagi tak faham..perkahwinan sekarang macam tukar baju. Suka, pakai...tak suka, campak! Kadang I terfikir, mana lelaki yang Allah dah ciptakan untuk melindungi seorang wanita itu? Nafsu? Tak dilayan, kata derhaka..dah dilayan, mencari lain juga..you rasa macam mana Syakir?" Syakir jeda. Terpaku dan terpukul dengan kata kata Naura.

"Bagi aku, semua pangkal dekat hati dan iman kita. Sebab tu, ada ayat niat tidak menghalalkan cara. Sekali kita bersetuju untuk berkahwin..maknanya kita dah ready untuk pikul segala tanggungjawab. Bukan semata niat, nak halalkan benda yang haram sahaja. Kahwin ni, kita nampak mudah..tapi, nak menjalani alam perkahwinan ni..penuh dugaan. Kunci dia, sabar. Suami isteri, kena mainkan peranan penting untuk selalu hangatkan perasaan cinta tu.." Balas Syakir.

"I setuju...wow! Cakap macam ada pengalaman sendiri.." Naura memandang Syakir.

Syakir ketawa. "Sampai Semporna..aku cerita dengan kau..kalau semua cerita dekat Airport ni, sampai sana nanti, aku pandang kau..kau pandang aku..tak syok! So? Simpan sikit cerita.." Naura ketawa kecil dan mengangguk faham.

Bila Syakir ingat semula, dia memang bawa orang putus cinta sahaja mesti ke Semporna. Dulu, Leila Camilla. Sekarang tanpa sengaja, Izra Naura. Memanglah aku tourguide, tapi dah macam doktor love pula. Gumam Syakir. Haihh! Nasib kau lah Syakir..kau yang offer diri juga..

Kali ini, Mabul Water Bungalows menjadi pilihan Naura. Sampai di sana, Syakir telah uruskan semua dan sehinggalah check in Hotel.

"Naura, anything..kau call aku..aku dekat bilik sebelah kau aje.."

"Ohhhh..okay.." balas Naura. Dia sebenarnya penat juga. Maklumlah, pertama kali perlu naik bot hendak sampai ke tempat cantik seperti ini. Kalau pergi Langkawi, flight sampai terus ke pulau. Uwaaa! Penatnya...nak katil...bisik hati Naura.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now