IS❤️IN 32

4.5K 167 68
                                    

" Kau meminta ehhh Naura..." balas Syakir. Naura beriak selamba. Elehhh, ingat dia aje boleh usik kita..kita pun boleh lahhhh! Gumamnya.

"Elok elok drive. Jangan fikir I sangat.." seloroh Naura.

"Kau tu, pastikan rumah kunci semua..kau lupa, aku sebat malam pertama nanti.." Naura menjelirkan lidah. Merepek! Gumamnya.

Keesokannya, kembali rutin harian mereka bekerja. Pagi itu, Hazriq mengajak Naura breakfast dan sebenarnya dia ingin tahu cerita. Naura tidak sempat beritahu semuanya. Syakir awal lagi sudah memberitahu Naura tidak dapat menemaninya breakftast itu kerana ada perkara penting yang perlu dilakukan.

"Kau ni kahwin bila sebenarnya?" Soal Hazriq.

"Kenapa?" Balas Naura.

"Aku dengar macam macam gossip dah..kata tunang dulu, ni terus nak kahwin..kau kenapa tak menyabar sangat nak kahwin?" Soal Hazriq.

"Amboi kauuu...bukan aku ehh, kau kena tanya Syakir tu..dia yang buat semua.."

"Dia yang cepatkan ke?" Soal Hazriq.

"Ermmmm..bukanlah nak kata cepatkan..cuma, tak jadi bertunang aje..kitorang terus nikah." Balas Naura.

"Perghhhh! Bukan main duda tu ehh? Habislah kau Nauraaaaaa." Hazriq ketawa kecil.

"Kau diamlah..."

"Hazriq....." panggil Naura.

"Mana Nuh? Macam lama aje tak nampak.."

"Baru reti ingat member kee?" Perli Hazriq.

"Wahh kauuu..seronok perli?" Naura geram. Hazriq buat muka selamba.

"Ada aje...dia busy sikit..biasalah CEO kan..lepas dari event dekat sini hari tu, nampak dia busy.."

"Errrrr..tapi, dia okay aje kann? Dia marah aku ke Hazriq? Tak ada pun dia contact aku.." Naura risau.

Hazriq tersenyum. "Kau ni kan...janganlah difikir sangat. Dia okay aje Naura. Lagipun, dari awal kau dah tolak dia..dia faham..dia ada cakap dengan aku, boleh aje dia paksa kau kahwin dengan dia..tapi, itu bukan cara dia..dia tak nak paksa. Lagipun, Syakir tu perfect untuk kau dan dia ada cakap juga tak nak contact kau sangat..Syakir tu kuat jealous!" jelas Hazriq sambil ketawa.

"Dia cakap dengan kau macam tu?" Naura tidaklah terkejut tapi Nuh ini memang gentle orangnya.

"Haah...hari tu, aku lepak gym..rupanya dia pun pergi tempat yang sama..lepas tu sembanglah..Tracy cari kau tauu.." kata Hazriq.

"Itulahh..tahu, nantilah aku set balik..macam tak sempat aje..tapi, nak kahwin ni..nak jaga badan..takut baju tak muat pula.." balas Naura.

"Cehhhh...jaga badan ke tambah stamina?" Hazriq ketawa.

"Elok kau pun kahwin lah..sorang membiru, ni menguning..haihh!" Rengus Naura.

"Nama pun lelaki......" balas Hazriq sambil menyuap nasi lemak ke mulutnya. Naura pula sedang mencicip minumannya.

"Bila kau balik semenanjung ni?" Soal Hazriq.

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now