IS❤️IN 19

3K 151 127
                                    

Tok!Tok! Pintu bilik Naura diketuk. Naura panggung kepala dan melihat Hazriq di situ.

"Kacau tak?" Soal Hazriq. Naura menggeleng.

"Masuklah.." pelawa Naura.

"Dah lunch?" Tanya Hazriq lagi.

"Belum..tak ada selera.." balas Naura.

"Yee lah..selalu ada orang teman..ni tak ada, mana nak datang selera..." Naura tersenyum kecil. Tahu Hazriq memerlinya.

"Nak aku beli tak?" Naura menggeleng. Tiba tiba pintu diketuk dan personal assistant Naura membawa bungkusan makanan.

"Sorry Miss Naura..ada orang bagi.." diletakkan dan terus keluar dari bilik Naura.

"Bertuah badan..tak dapat jumpa, siap hantar makanan." Naura menjeling Hazriq.

"Makanlah...marah dengan orangnya..makanan tu jangan tak dimakan pula.."

"Tahulah aku..." balas Naura pendek.

"Boleh ke aku tanya ni?" Soal Hazriq. Naura mengangkat keningnya.

"Apa yang jadi sampai macam ni sekali? Aku tak pernah tengok kau macam ni.." tanya Hazriq ingin tahu.

Naura menarik nafas panjang. "Entahlah, Hazriq. Aku kot emosi.." balas Naura.

"Kau emosi? Emosi pasal apa? Orang tak emosi sesuka hati.." kata Hazriq lagi.

Naura menarik nafas panjang kemudian dia menceritakan semuanya kepada Hazriq. Hazriq mendengar dengan tekun. Dia serba salah sebab terbuka cerita tentang bunga itu. Dia tidak tahu pula Syakir boleh cemburu sampai tahap begitu. Hazriq tidak punya niat lain dan sepatutnya Syakir tidak boleh juga untuk cemburu tidak tentu hala.

"Dia sayang kau sangat tu Naura.." kata Hazriq.

"Selagi dia tak cerita semua, aku tak nak letak harapan apa apa. Biarlah benda ni reda dulu..aku tak nak serabutlah fikir.."

"Aku faham..tapi, aku tak rasa dia give up macam itu aje..walaupun dia tak cakap cinta dekat kau..tapi, dia hint kau melalui perbuatan Naura..kau tak nampak ke macam mana?" Duga Hazriq.

"Aku tahu..tapi, aku nak dia jujur..dari awal dia tak pernah cerita semuanya. Aku faham, benda dah lepas aku tak patut tahu pun. Tapi, setiap tempat mesti ada gambar ex girlfriend dia, kau rasa aku boleh fikir apa, Hazriq?" Soal Naura pula. Masing masing diam.

"Tipulah aku tak nampak semua tu..aku tersentuh dengan layanan dan kebaikan dia buat pada aku..sebab itu jugalah, aku boleh ada perasaan pada dia. Aku tak pernah push dia untuk cerita, tapi bila aku biarkan..dia seolah tak perlu nak jujur pula dengan aku..aku tak nak dia suka aku sebab simpati. Seban dia tahu semua cerita lama aku..so, aku agak dia simpati..bukan sayang.." jelas Naura.

Hazriq menghela nafasnya. Dia juga buntu. Bukan tidak mahu bantu, tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana. Masing masing menyimpan perasaan. Tetapi, disebabkan perkara lampau dan tidak berterus terang..membataskan semua.

"So, kau macam mana ni?" Soal Hazriq.

"Aku macam ni ajelah.."

"Kalau dia tunggu kau dekat rumah?" Duga Hazriq.

"Tak datang kot..sebab aku bukan sesiapa Hazriq..buat apa dia nak pujuk?" Kata Naura lagi.

"Kau pun, suka menafikan..inipun dia dah hantar makan untuk kau..tak nampak lagi ke Cik Naura?" Naura mencebikkan mulutnya.

"Biarlah dia..belajar sikit kawal cemburu tu." Balas Naura.

"Cemburu kan tandanya sayang..normal lah tu.."

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now