IS❤️IN 79

2.9K 111 44
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Naura semakin sarat dengan kandungannya. Syakir pula semakin sibuk menguruskan IZH Hotel. Setiap hari, Syakir akan menghantar Naura ke rumah ibu dengan abah sewaktu dia keluar bekerja. Tidak berani dia membiarkan Naura seorang di rumah. Naura pula setiap minggu perlu checkup ke hospital dan selepas kejadian bertemu dengan Danish, Syakir sanggup mengosongkan jadualnya demi menemani Naura checkup setiap minggu itu.

"Sayang.."

"Yeee abangg.."

"Petang ni abang balik lewat sikit..kita tidur rumah ibu dengan abah aje ye.."

"Boleh je abang..Naura lagi suka..boleh sembang dengan diorang.." balas Naura sambil tersenyum. Naura sedang memakaikan tie ke leher Syakir.

"Jangan buat kerja sangat hari ni tau..kalau sayang tipu, abang suruh ibu kurung sayang dalam bilik." Pesan Syakir sambil mencuit hidung mancung isterinya itu.

"Sampai hati betul eh nak kurung Naura?" Naura mengecilkan matanya.

"Sayang tu lagi dilarang, lagi dibuat..manalah abang tak geram..duduk ajelah..abang tengok sayang pun tahu sayang tak larat.."

"Hurmm..Izzah pesan tau, nak bersalin ni..kerapkan berjalan..baru senang nak bersalin.."

"Lagi satu sayang lupaa.."

"Apaa?" Soal Naura sambil memandang tepat anak mata itu.

"Kerapkan ber-together..senang buka jalan nanti.." balas Syakir dengan senyum meleret itu.

"Dah tak ada benda lain lah tu nak ingat.." Naura menjeling tajam ke arah Syakir. Syakir pula setia memandang isterinya itu. Sengaja dia mengusik.

"Jom cepat abang..lambat nanti, Naura dah la jalan tak laju.."

"Abang boleh angkat sayang tau.."

"Beratlah abang..abang tengok perut Naura. Besar kan? Tengk pipi Naura, kalah kuih pau tauu.."

"Tak ape..macam ni pun, abang gila dengan sayang..masa pantang nanti, pantang betul betul tau..abang tahu sayang boleh..jangan merungut tau sayang..rezeki Allah bagi yang tak semua orang rasa.." pesan Syakir lagi.

Naura pamer senyum.."In shaa Allah abang..Naura minta abang doakan semoga semuanya selamat..lagi nak dekat ni, lagi Naura nervous..kadang Naura terfikir..kalau jadi apa apa dekat Nuara, abang dengan anak anak macam mana?" Berubah riak wajah Syakir. Dia tidak suka Naura berbicara soal itu. Dia takut dan tidak bersedia jika terjadi lagi perkara yang amat memeritkan itu.

"Sayang nak tinggalkan abang ke?"

"Bukan macam tu abang..Naura nak hidup dengan abang sampai bila bila..Naura cakap kalau ajee.."

"Abang tahu semua tu..ajal maut semua urusan Allah..tapi, abang tak nak sayang cakap macam tu..dia seolah mengalah tau sayang..berjuanglah untuk diri sayang, anak anak dan suami sayang ni..abang akan teman sayang sampai semuanya selesai.." Syakir mengucup dahi Naura. Naura mengangguk faham.

"Naura sayang abang..abang jangan kerja kuat sangat..kesihatan kena jaga..waktu rehat, please abang rehat betul betul..sayang diri abang dulu.." pesan Naura.

"Iya sayang..in shaa Allah..untuk sayang, abang akan buat semua tu..sayang jaga diri juga..duduk rumah ibu dengan abah rehat aje tau.."

"Iya abang..Naura dengar cakap abang..jomlah..nanti abang lambat pula.."

20 minit kemudian..

Izz Syakir (COMPLETE)Where stories live. Discover now